ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 30, 2024 -Selasa

 
  HOTEL VILLA FONTAINE PREMIER/LAPANGAN TERBANG GRAND HANEDA MENAWARKAN BILIK-BILIK YANG MENAMPILKAN JAL, HATSUNE MIKU, LOVE LIVE! KELAB IDOLA SEKOLAH MENENGAH NIJIGASAKI, KANDUNGAN POPULAR YANG LAIN

Monday 01/04/2024

AsiaNet 0200070

TOKYO, 1 April, 2024 /Kyodo JBN/ --

- Berharap agar Tetamu Dapat Mengalami Nilai Baharu Ketika Perjalanan di Jepun –

Sumitomo Fudosan Villa Fontaine Co., Ltd., sebuah Kumpulan Sumitomo Realty, telah mula menawarkan bilik-bilik tamu yang menampilkan Japan Airlines, sebuah syarikat penerbangan utama Jepun, Hatsune Miku, LINE FRIENDS dan watak-watak lain yang popular di seluruh dunia di Hotel Villa Fontaine Premier/Lapangan Terbang Grand Haneda. Ia adalah hotel lapangan terbang yang terbesar di Jepun dengan 1,717 buah bilik dan bersambung terus ke Terminal 3 Lapangan Terbang Haneda (Lapangan Terbang Antarabangsa Tokyo).

Imej:https://kyodonewsprwire.jp/release/202403148023?p=images

Hotel itu telah menguntukkan dan mereka khas kira-kira 100 bilik tamu yang menampilkan watak-watak popular dari Jepun dan tempat lain untuk meningkatkan nilai penginapan di hotel berkenaan. Syarikat itu berharap agar tetamu akan menikmati pengalaman unik mereka berhampiran Lapangan Terbang Haneda, lapangan terbang terbesar di Jepun yang menyasarkan untuk menjadi sebuah negara yang berorientasikan pelancongan.

Laman web rasmi: https://kyodonewsprwire.jp/attach/202403148023-O1-5q8131VY.pdf

Sumitomo Fudosan Villa Fontaine sedang bekerjasama dengan syarikat penerbangan dan watak-watak berikut di dalam projek itu (mengikut susunan abjad):

- Hatsune Miku

Enam Watak Piapro -- Hatsune Miku, seorang penyanyi maya yang popular di seluruh dunia, Kagamine Rin, Kagamine Len, Megurine Luka, MEIKO dan KAITO -- akan berada di dalam projek itu. Ia merupakan kerjasama yang pertama bagi kesemua enam Watak Piapro dengan sebuah hotel.

- Japan Airlines

Satu rekod terdiri daripada 24 bilik tamu adalah untuk kerjasama dengan JAL, jumlah yang sama dengan destinasi bagi penerbangan antarabangsa syarikat penerbangan dari Haneda. JAL memulakan perkhidmatan antarabangsa apabila ia melancarkan penerbangan di laluan Haneda-Honolulu-San Francisco.

- Projek Seni Kanosei oleh Kumpulan TOPPAN ("kanosei" bermaksud "kemungkinan" dalam bahasa Jepun)

Ia adalah sebuah projek yang dilancarkan oleh Kumpulan TOPPAN, sebuah syarikat percetakan terkemuka Jepun, untuk mempromosikan hasil karya yang dicipta oleh artis-artis kurang upaya di bawah tema "kemungkinan dan bakat yang tidak terhingga." Sebahagian daripada caj penginapan yang dibayar oleh mereka yang menginap di bilik tamu yang diperuntukkan bagi projek ini disumbangkan kepada Pertubuhan Seni Tanpa Sempadan dan artis-artis kurang upaya untuk menyokong aktiviti mereka.

- KOKUYO

KOKUYODOORS, sebuah kedai yang dikendalikan oleh syarikat alat tulis utama Jepun, KOKUYO, menyelia reka bentuk dan susun atur bilik-bilik berkenaan. Ini adalah kali pertama sebuah hotel telah menjalin kerjasama dengan syarikat alat tulis itu dalam cara sedemikian.

- LINE FRIENDS

Bilik tamu telah diperuntukkan untuk kerjasama dengan "LINE FRIENDS." Warna lembut dan cita rasa Jepun terdapat di dalam reka bentuk unik bilik-bilik itu yang hanya boleh dilihat di hotel ini.

- Love Live! Kelab Idola Sekolah Menengah Nijigasaki

Bilik tamu bertemakan Love Live! Kelab Idola Sekolah Menengah Nijigasaki, satu daripada hasil karya di dalam sebuah siri projek multimedia Jepun "Love Live!".

- Sirotan

Bilik-bilik kerjasama adalah dengan "Sirotan," sebuah watak anjing laut yang comel, oleh Creative Yoko Co., Ltd. Para tetamu boleh menikmati budaya pop Jepun semasa menginap dengan Sirotan.

Maklumat mengenai Hotel Villa Fontaine Premier/Lapangan Terbang Grand Haneda

Hotel itu yang dihubungkan dengan Terminal 3 Lapangan Terbang Haneda adalah sesuai untuk tetamu yang menginap di sana bagi sebelum & selepas ketibaan/berlepas. Hotel itu meliputi pelbagai keperluan, bukan sahaja perniagaan tetapi untuk masa lapang. Ia menawarkan sarapan pagi awal di Grand Aile, yang dibuka dari pukul 6 pagi hingga 1 pagi.

Maklumat mengenai TAMAN LAPANGAN TERBANG HANEDA

Kompleks komersial itu menampilkan hotel lapangan terbang (*) terbesar di Jepun dengan 1,717 buah bilik, kedai & restoran, sebuah spa onsen, dewan acara dan sebuah terminal bas.

(*) Bilangan bilik tetamu di premis itu adalah yang terbesar di antara kesemua hotel lapangan terbang di Jepun, menurut satu penyelidikan oleh JTB Tourism Research & Consulting Co. pada September 2022.

Sumber: Sumitomo Fudosan Villa Fontaine Co., Ltd. 

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.