ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 30, 2024 -Selasa

 
  SAMBUTAN HARI ULANG TAHUN PERSATUAN ANTARABANGSA BAGI ORANG SESUKU FUQING BERHAD DAN PERSIDANGAN PROMOSI "DUA NEGARA, TAMAN BERKEMBAR" CHINA-INDONESIA TELAH DIADAKAN

Friday 12/04/2024



FUQING, China, 12 April, 2024 /Xinhua-AsiaNet/--

Sambutan Hari Ulang Tahun Persatuan Antarabangsa bagi Orang Sesuku Fuqing Berhad dan Persidangan Promosi "Dua Negara, Taman Berkembar" China-Indonesia telah berlangsung dari 1 hingga 4 April di Fuqing di wilayah Fujian, yang menandakan ulang tahun ke-35 dan berlangsungnya Kongres Perwakilan Ahli Majlis Kesembilan bagi persatuan itu dengan bertemakan "Perpaduan dan Cinta Seikhlas Hati untuk Tanah Air, Menjalankan Tradisi Sambil Berinovasi untuk Masa Depan".
 
Menurut Pusat Penumpuan Media Fuqing, hampir 400 orang Cina di luar negara dari seluruh dunia telah berkumpul di kampung halaman mereka di Fuqing untuk mengenang kembali asal usul mereka, membincangkan mengenai kerjasama dan mengeratkan hubungan.
  
Sepanjang 35 tahun yang lalu, Persatuan Antarabangsa bagi Orang Sesuku Fuqing Berhad itu telah menegakkan prinsip penubuhan mereka iaitu "Perpaduan dan Cinta untuk Tanah Air, dan Pembangunan", secara aktif menyatukan rakan senegara di dalam dan luar negara, memainkan satu peranan penting di dalam memacukan inisiatif pembaharuan dan pembukaan Fuqing serta usaha mereka di dalam mengejar pembangunan yang berkualiti tinggi.
 
Persidangan promosi itu bagi projek "Dua Negara, Taman Berkembar" China-Indonesia diadakan serentak semasa kongres itu. Acara itu menampilkan pemeteraian 10 projek merentasi sektor seperti teknologi, kewangan, pertanian dan hartanah. Penandatanganan ini mewakili satu pencapaian baharu, yang mendorong pertukaran perdagangan antarabangsa, ekonomi dan kebudayaan Fuqing ke satu tahap yang lebih tinggi. 
 
Sumber: Pusat Penumpuan Media Fuqing

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.