ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 01, 2024 -Rabu

 
  MEDISCA MENCATAT LEMBARAN BAHARU: SANJAY D. GOORACHURN DILANTIK SEBAGAI KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF

Thursday 18/04/2024




Table

Dari kiri ke kanan: Tony Dos Santos, Pengasas | Maria Zaccardo, Pengasas Bersama | Sanjay D. Goorachurn, Ketua Pegawai Eksekutif (Gambar: Business Wire)
 


MONTREAL, 18 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Medisca, sebuah syarikat global yang pakar dalam penyelesaian farmaseutikal yang diperibadikan, dengan sukacitanya mengumumkan pelantikan Sanjay D. Goorachurn sebagai Ketua Pegawai Eksekutif baharu syarikat tersebut, manakala pengasas-pengasas syarikat tersebut iaitu, Tony Dos Santos dan Maria Zaccardo, masing-masing beralih kepada peranan penasihat strategik sebagai Pengerusi dan Naib Pengerusi. Bertepatan dengan ulang tahun ke-35 syarikat, keputusan ini menandakan peristiwa penting dalam sejarah Medisca.

Pada tahun 1989, Medisca telah membuka pintunya yang ketika itu terdiri daripada satu pasukan tiga individu dengan dua produk dan visi untuk merapatkan jurang dalam penjagaan pesakit. Hari ini, Medisca merupakan peneraju global dalam perubatan yang diperibadikan dengan lebih daripada 10 lokasi merentasi 5 negara. Diperkasakan oleh tenaga kerja lebih daripada 450 pekerja, Medisca menawarkan portfolio luas lebih daripada 2,000 penyelesaian produk untuk memenuhi keperluan sektor kesihatan yang pelbagai.

“Dalam tempoh 35 tahun, Medisca telah menyaksikan perkembangan yang luar biasa, yang berakar umbi pada tenaga kerjanya dan budaya keusahawanan dinamiknya," kata Dos Santos. "Dengan penambahan set pengalaman dan kemahiran unik Sanjay, kami yakin bahawa ini menandakan permulaan bab baru bagi Medisca.”

Sebagai seorang peguam harta intelek berpengalaman dengan lebih dari 30 tahun, Goorachurn dianggap sebagai salah seorang strategis harta intelek terkemuka di dunia yang bekerja rapat dengan eksekutif kanan syarikat-syarikat swasta dan awam dalam memaksimumkan nilai komersial inovasi dan aset harta intelek syarikat. Kepakaran yang unik dan pengalaman langsung Goorachurn dalam melaksanakan pertumbuhan transformasi bagi syarikat-syarikat kompleks dan global menarik perhatian Dos Santos dan Zaccardo terhadap beliau pada tahun 2016, apabila beliau menyertai pasukan Medisca sebagai penasihat strategik.

"Sejarah Sanjay dengan Medisca merupakan elemen penting yang membawa kepada keputusan kami untuk membawa beliau sebagai Ketua Pegawai Eksekutif baharu kami," kata Dos Santos. "Selama 8 tahun kebelakangan ini, Sanjay telah membina hubungan yang autentik dengan warga Medisca dan membimbing kami melalui beberapa kemenangan yang sangat berjaya, termasuk kemajuan dan perlindungan terhadap inovasi utama kami. Ini adalah penting bagi kami bahawa Ketua Pegawai Eksekutif yang seterusnya untuk syarikat ini adalah seseorang yang bukan hanya mempunyai keupayaan untuk membawa kami ke hadapan, tetapi juga berkongsi nilai-nilai asas yang sama yang menentukan siapa kami."

“Matlamat saya adalah untuk mengekalkan warisan keusahawanan Tony dan Maria serta meneruskan visi syarikat untuk memperkasakan kesejahteraan yang diperibadikan untuk semua,” kata Goorachurn. “Fokus saya akan berpusat pada memperkasakan warga Medisca, mencipta infrastruktur yang lebih terstruktur untuk pertumbuhan strategik, membina perkongsian utama, dan terus memanfaatkan kecemerlangan inovatif yang membezakan Medisca, sambil memperluas kehadiran global kami.”

Perihal Medisca

Ditubuhkan pada tahun 1989, Medisca merupakan pelopor global dalam perubatan yang diperibadikan dan penyelesaian rantaian bekalan farmaseutikal, dengan portfolio luas lebih daripada 2,000 produk yang dilengkapi oleh perpustakaan lebih daripada 10,000 formula ubatan eksklusif dan disesuaikan, kepakaran, dan perkhidmatan dalam pembuatan farmaseutikal, pendidikan kesihatan berterusan, ujian analitikal, dan banyak lagi. Dengan menyediakan penyelesaian yang disesuaikan dengan baik kepada pelbagai sektor kesejahteraan di seluruh dunia, Medisca sedang merapatkan jurang dalam penjagaan kesihatan dan memperkasakan kesejahteraan yang diperibadikan untuk semua. Untuk maklumat lanjut,sila layari www.medisca.com dan ikuti kami di LinkedInFacebook, dan YouTube.

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada: https://www.businesswire.com/news/home/53933380/en
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Butiran hubungan

Komunikasi Medisca
communications@medisca.com
1-800-665-6334
 
Sumber: Medisca

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.