|
|
|
|
|
|
AMARAN PENIPUAN PELABURAN PALSU DENGAN PENGGUNAAN TIDAK SAH NAMA DAN IMEJ PETRONAS DAN CEO
Friday 19/04/2024
KUALA LUMPUR, 19 April (Bernama) -- PETRONAS dimaklumkan mengenai penyalahgunaan yang terus tersebar menggunakan nama dan logo syarikat serta nama dan juga imej Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PETRONAS, Tan Sri Tengku Muhammad Taufik. Kebanyakan penyebaran tersebut melibatkan penyalahgunaan perisian kecerdasan buatan (AI) dengan mengubah dan memanipulasi imej serta suara eksekutif tertinggi PETRONAS. Penyalahgunaan imej ini juga dilakukan menerusi akaun palsu pada aplikasi pemesejan dengan kandungan yang tidak benar. Imej yang dimanipulasi tersebut tersebar di internet terutamanya di platform media sosial dan aplikasi pemesejan dengan menyampaikan mesej memanipulasi orang ramai untuk menyertai skim pelaburan palsu. Laporan berkaitan penyalahgunaan ini sedang dibuat kepada pihak polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk siasatan lanjut. PETRONAS menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada dan dapatkan maklumat sahih di saluran komunikasi rasmi PETRONAS.
Media Communications Group Strategic Relations & Communications PETRONAS 18 April 2024
Sumber: PETRONAS
UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI: Nama: Muhamad Helmi Abd Majid Executive, Media Communications Media Communications Group Strategic Relations & Communications Tel: + (603) 2392 3055 (DL) / (M): + (601) 4 228 0877
--BERNAMA |
|
|
|
|
|