ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 18, 2024 -Sabtu

 
  SITUASI SEMASA DEMAM DENGGI DI MALAYSIA MINGGU EPIDEMIOLOGI 17 (21 APRIL 2024 - 27 APRIL 2024) 3 MEI 2024

Friday 03/05/2024



KUALA LUMPUR, 3 Mei (Bernama) -- Pada Minggu Epidemiologi ke-17 tahun 2024, jumlah kes demam denggi yang dilaporkan adalah sebanyak 2,237 kes berbanding 2,321 kes pada minggu sebelumnya. Tiada kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan pada Minggu Epidemiologi ke-17 tahun 2024. 
 
Kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan sehingga Minggu Epidemiologi ke-17 adalah sebanyak 52,887 kes berbanding 36,977 kes bagi tempoh sama tahun 2023. Manakala terdapat 39 kematian akibat komplikasi demam denggi telah dilaporkan berbanding  22 kematian bagi tempoh yang sama pada tahun 2023. 
 
Bilangan lokaliti hotspot yang dilaporkan pada Minggu Epidemiologi ke-17 adalah sebanyak 63 lokaliti berbanding 80 lokaliti hotspot pada minggu sebelumnya. Dari 63 lokaliti yang dilaporkan, 51 lokaliti di Selangor, empat (4) lokaliti di WPKL & Putrajaya, tiga (3) lokaliti di Pulau Pinang, dua (2) lokaliti Perak, dua (2) lokaliti di Kedah dan satu (1) lokaliti di Sarawak.
 
Bagi survelan chikungunya, tiada kes direkodkan pada Minggu Epidemiologi ke-17. Jumlah kumulatif kes chikungunya sehingga kini adalah 23 kes. Tiada wabak chikungunya dilaporkan pada Minggu Epidemiologi ke-17. Bagi survelan zika, sebanyak 850 sampel darah dan enam (6) sampel urin telah dijalankan saringan zika dan hasil kesemuanya adalah negatif.
 
Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa mengamalkan langkah-langkah pencegahan kendiri dengan memakai pakaian yang berwarna cerah, baju berlengan panjang dan berseluar panjang serta menggunakan produk penghalau nyamuk (repelan) bagi melindungi diri daripada gigitan nyamuk Aedes. Selain itu, elakkan berada di luar rumah pada waktu puncak gigitan nyamuk Aedes iaitu pada awal pagi dan lewat petang. Dinasihatkan agar melakukan aktiviti semburan aerosol bagi membunuh nyamuk dewasa yang bersembunyi di dalam rumah. Orang ramai juga boleh menyemak status wabak atau hotspot denggi bagi destinasi yang dituju melalui laman sesawang iDengue (https://idengue.mysa.gov.my) sebagai langkah berjagajaga dan seterusnya mengambil tindakan proaktif untuk mengelak terkena jangkitan. Tiada Aedes, tiada denggi, chikungunya dan zika.
 
 
DATUK DR. MUHAMMAD RADZI BIN ABU HASSAN
KETUA PENGARAH KESIHATAN

3 MEI 2024

Sila klik di sini untuk Lampiran


SUMBER : Kementerian Kesihatan Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Farahdila Wati binti Mohd Khamde Khuzaini

Pegawai Perhubungan Awam
Unit Komunikasi Korporat
Kementerian Kesihatan Malaysia
Tel : +603-8883 3470
Faks : +603-8888 6187

--BERNAMA

 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.