ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 18, 2024 -Sabtu

 
  FIESTA FOTOGRAFI WARISAN PULAU PINANG 3.0 BAKAL MENGHIDANGKAN CITARASA TRADISI PULAU PINANG

Friday 03/05/2024



GEORGE TOWN, 3 Mei (Bernama) -- Bagi memenuhi permintaan ramai, Fiesta Fotografi Warisan Pulau Pinang kembali dengan edisi 3.0. Bertemakan “Citarasa Tradisi Pulau Pinang: Mengabadikan Selera Pulau Mutiara” daripada 9 Mei hingga 28 Julai 2024.

Tema tahun ini membuka peluang kepada para penggiat foto dan video dari berbagai latar belakang dan tahap kemahiran untuk mengetengahkan bakat mereka. Mereka bukan sahaja berpeluang untuk mengabadikan warisan kulinari Pulau Pinang, tetapi jalinan dinamik masyarakat dengan berbagai hidangan. Para peserta berpeluang untuk meneroka keasyikan pemandangan, aroma dan kisah di sebalik sajian tradisi Pulau Pinang.

Fiesta Fotografi Warisan Pulau Pinang 3.0 bakal memaparkan siri bengkel fotografi dan videografi, juga penerokaan foto yang diterajui oleh pakar SONY seperti berikut:

· Bengkel Fotografi
11 Mei 2024, 10.00pg – 1.00ptg, Hotel JEN Pulau Pinang
· Bengkel Videografi
11 Mei 2024, 2.30ptg – 5.30ptg, Hotel JEN Pulau Pinang
· Penerokaan Foto #1: Jalan-jalan Pasar Pagi 
8 Jun 2024, 7.30pg – 11.00pg, New World Park Centre Court
· Penerokaan Foto #2: Jalan-jalan Pasar Malam
8 Jun 2024, 6.30ptg – 9.30mlm, Lebuh Carnarvon

Fiesta ini juga bakal menganjurkan pertandingan menarik dan pameran fotografi yang mempamerkan gambar-gambar finalis dengan imej terpilih daripada jurugambar profesional.

Hadiah bernilai lebih RM35,000 menanti lima belas pemenang dalam tiga kategori. Hadiah termasuk kamera SONY, PS5 dan banyak lagi.

Fiesta ini dianjurkan bersama oleh PPB Group Berhad, anak syarikat hartanah PPB Properties dan SONY Malaysia. Konsep fiesta tahunan ini adalah untuk mempamerkan intipati seni, budaya dan warisan Pulau Pinang yang unik menerusi lensa fotografi dan videografi, serta memupuk bakat tempatan generasi akan datang.

Fiesta tahun lepas menyaksikan lebih 600 peserta di sepanjang kempen selama tiga bulan.

Untuk maklumat lanjut mengenai Fiesta Fotografi Warisan Pulau Pinang 3.0, sila layari laman web www.penangheritagephotofiesta.com.my atau laman Facebook dan Instagram PPB Properties.

Mengenai PPB Properties

PPB Properties, sebuah anak syarikat hartanah PPB Group Berhad, telah membina reputasi cemerlang untuk kediaman, perniagaan dan hartanah komersil yang bernilai tinggi sejak 1982.

Di antara projek terbarunya ialah Megah Rise di Petaling Jaya, Southern Marina Residences di Iskandar Puteri dan Taman Tanah Aman di Pulau Pinang. PPB Properties turut menguruskan beberapa projek perniagaan termasuk tiga gedung membeli-belah di Lembah Klang, Cheras LeisureMall, The LINC KL and Megah Rise, juga New World Park dan The Whiteaways Arcade in Pulau Pinang.
 
SUMBER: PPB Hartabina Sdn Bhd​ 

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama: Triona Law
Eksekutif Kanan Komunikasi Pemasaran
Tel: +6019 390 9912
E-mel: trionalawwh@ppb.com.my

Nama: Shea Fang
Eksekutif Kanan Komunikasi Pemasaran
Tel: +60 14 637 8166 
E-mel: tansf@ppb.com.my 

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.