ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 18, 2024 -Sabtu

 
  MARY KAY INC. MENGUMUMKAN PENGEMBANGAN KE DENMARK, MENGUKUHKAN KOMITMEN KEPADA PEMERKASAAN WANITA DI SCANDINAVIA

Friday 03/05/2024



Table
Mary Kay Inc., jenama kecantikan global yang terkenal dengan komitmen terhadap pemerkasaan dan keusahawanan wanita, amat teruja untuk mengumumkan bahawa produk tersebut kini akan dijual di Denmark. Denmark, yang terkenal dengan tumpuan yang kuat kepada kesaksamaan jantina dan hak wanita, berdiri sebagai satu daripada masyarakat paling egalitarian di dunia, menduduki tempat ketiga di Kesatuan Eropah (EU) dalam Indeks Kesaksamaan Jantina. (Foto: Mary Kay Inc.) 
 
DALLAS, 3 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Mary Kay Inc., jenama kecantikan global yang terkenal dengan komitmen terhadap pemerkasaan dan keusahawanan wanita, amat teruja untuk mengumumkan bahawa produk tersebut kini akan dijual di Denmark. Langkah strategik ini menandakan pencapaian penting dalam misi Mary Kay untuk memperkaya kehidupan wanita di seluruh dunia. Selaras dengan pelancaran ini, produk Mary Kay kini boleh didapati di semua pasaran Scandinavia dan Nordic melalui kerjasama dengan Lesley Cosmetics, pengedar sah Mary Kay di Scandinavia.

Denmark, yang terkenal dengan tumpuan yang kuat kepada kesaksamaan jantina dan hak wanita, berdiri sebagai satu daripada masyarakat paling egalitarian di dunia, menduduki tempat ketiga di Kesatuan Eropah (EU) dalam Indeks Kesaksamaan Jantina1. Permintaan negara untuk peluang berinovatif bagi wanita sentiasa ada. Ketersediaan produk Mary Kay di pasaran Denmark menjanjikan tawaran prospek baharu yang menarik untuk keusahawanan dan pemerkasaan wanita melalui model perniagaan unik syarikat.

Presiden Mary Kay bagi rantau Eropah, Tara Eustace menyuarakan keterujaan beliau tentang pengenalan produk Mary Kay ke negara baharu. “Pengembangan ke Denmark bukan sahaja mewakili strategi pertumbuhan yang menakjubkan di Eropah tetapi ini juga mengesahkan komitmen kami untuk memberikan peluang yang tiada tandingannya kepada wanita bagi tujuan pemerkasaan dan keusahawanan. Kami teruja untuk bekerjasama dengan Lesley Cosmetics bagi memperkenalkan wanita Denmark kepada produk berkualiti tinggi kami dan peluang perniagaan Mary Kay yang unik. Bersama-sama, kami berharap dapat membina komuniti perunding kecantikan bebas yang kuat di Denmark dan menyokong mereka dalam mencapai matlamat masing-masing.”

"Intipati visi Mary Kay sentiasa menawarkan wanita peluang yang tiada tandingannya bagi pertumbuhan peribadi dan profesional,” kata Carl Henric Wallblom, Ketua Pegawai Eksekutif Lesley Cosmetics. “Saya yakin wanita Denmark akan menerima produk penjagaan kulit dan kosmetik warna Mary Kay yang berkualiti tinggi dan yang lebih penting, peluang mencapai impian keusahawanan mereka tanpa menjejaskan kehidupan peribadi dan keluarga mereka. Model perniagaan berwawasan Mary Kay lebih relevan pada hari ini berbanding sebelum ini dan saya amat teruja untuk melihat impak yang akan diberikan kepada keluarga di Denmark.”

Pembukaan rasmi secara besar-besaran di Denmark ini dihadiri oleh 750 tetamu, merupakan malam yang menakjubkan dan bersejarah bagi Mary Kay, Lesley Cosmetics dan ramai wanita yang menantikan produk dan peluang ini dengan penuh kesabaran. Klik di sini untuk menonton video Kecantikan Melangkaui Sempadan (Beauty Beyond Borders) Mary Kay.

Legasi Mary Kay untuk memperkaya kehidupan wanita selama lebih 60 tahun terus memberikan inspirasi dan membuka laluan kepada generasi akan datang. Bersama produk penjagaan kulit dan kosmetik warna yang canggih, Mary Kay bersedia untuk memberikan impak yang ketara di Denmark, memperkasa wanita untuk mengejar impian mereka dan mencapai kejayaan menurut terma masing-masing.

Maklumat Tentang Mary Kay

Dahulu. Kini. Selamanya Seorang pengasas asal yang berjaya mengatasi penghalang kemajuan profesion, Mary Kay Ash mengasaskan jenama kecantikan impiannya di Texas pada tahun 1963 dengan satu matlamat: memperkaya kehidupan wanita. Impian tersebut telah berkembang menjadi syarikat dengan jutaan ahli tenaga jualan bebas di lebih daripada 35 negara. Selama 60 tahun, peluang Mary Kay telah memperkasa wanita untuk menentukan masa depan mereka sendiri melalui pendidikan, pementoran, sokongan dan inovasi. Mary Kay berdedikasi untuk melabur dalam sains di sebalik kecantikan dan pembuatan penjagaan kulit termaju, kosmetik warna, suplemen pemakanan dan wangian. Mary Kay percaya dalam memelihara planet kita untuk generasi akan datang, melindungi wanita yang terjejas akibat kanser dan penderaan rumah tangga dan menggalakkan belia untuk mengikuti impian mereka. Ketahui lebih lanjut di marykayglobal.com, temui kami dalam FacebookInstagram dan LinkedIn, atau ikuti kami dalam X (sebelum ini dikenali sebagai Twitter).
 
1 Sumber: Institut Eropah untuk Kesaksamaan Jantina (European Institute For Gender Equality - 2023). Diperoleh daripada: https://eige.europa.eu/gender-equality-index/2023/country/DK.

 
Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada: https://www.businesswire.com/news/home/53967220/en


Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Individu untuk Dihubungi
Komunikasi Korporat Mary Kay Inc.
marykay.com/newsroom
972.687.5332 atau media@mkcorp.com
 
Sumber: Mary Kay Inc.

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.