ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

September 08, 2024 -Ahad

 
  FESTIVAL BUDAYA TEH ANTARABANGSA DIADAKAN DI CHAOYANG, BEIJING

Monday 20/05/2024

AsiaNet 0200163

Table

Seorang tetamu asing menikmati budaya teh.


BEIJING, 20 Mei, 2024 /Xinhua-AsiaNet/--

Festival Budaya Teh Antarabangsa Chaoyang Beijing 2024 bermula baru-baru ini di Taman Chaoyang dan di Hotel Junwangfu, dengan mengumpulkan lebih daripada 100 jenama teh bagi pesta teh, deklamasi puisi berkaitan teh dan persembahan tradisional gaya Cina, yang menarik ramai tetamu dari dalam dan luar negara.
 
Apabila memasuki ke Hotel Junwangfu, seseorang boleh mendengar bunyi merdu guqin dari jauh. Bangunan bercorak ala taman yang menarik ini telah diubah untuk menjadi sebuah dewan sambutan budaya teh dengan empat ruang yang tersendiri bagi pameran dan paparan, pengalaman interaktif, membeli-belah yang mengasyikkan dan pengalaman kebudayaan yang baharu, masing-masing menyediakan kepada pengunjung dengan lawatan yang mengasyikkan yang menampilkan budaya teh tradisional Cina. 
 
Terdapat juga aktiviti khas seperti ritual setanggi, ikebana, persembahan Hanfu, puisi-puisi yang berkaitan dengan teh, merasai kenikmatan teh dan mengenal pasti bunga, serta senario penggunaan baharu seperti "Salon Bertemakan Teh & Kopi" dan "Parti Muzik Matahari Terbenam", untuk menyediakan peluang bagi orang muda untuk bertemu kawan sambil minum petang.
 
Walaupun Daerah Chaoyang di Beijing tidak menghasilkan teh, ia adalah satu daripada kawasan yang menyaksikan penggunaan teh yang paling banyak, dengan kedua-dua rumah teh tradisional dan kedai minuman teh yang berinovatif menduduki di tempat pertama di Beijing. 
 
Pada hari festival itu dilancarkan, Chaoyang telah mengeluarkan Peta Pelancongan Keharuman Teh, untuk menyerlahkan indeks keharuman teh paling tinggi di 12 daerah perniagaan, termasuk CBD, Sanlitun, Wangjing dan Shuangjing.
 
Pada masa hadapan, Daerah Chaoyang akan memperkayakan lagi bentuk penggunaan kebudayaan untuk menyokong usaha Beijing di dalam membangunkan dirinya menjadi sebuah pusat penggunaan antarabangsa, sebuah "Bandar raya Keharuman Teh", dan sebuah "Bandar raya Taman".
 
Dikenali sebagai "Daerah Nombor Satu China bagi Hal Ehwal Luar Negeri", Daerah Chaoyang mengumpulkan beberapa kedutaan di China, organisasi media antarabangsa, organisasi antarabangsa dan ibu pejabat serantau bagi syarikat-syarikat multinasional. Merasai teh Cina menawarkan ramai rakan antarabangsa dengan satu pengalaman yang unik di dalam budaya dan estetika Cina. Selain itu, minuman teh dari seluruh dunia, seperti teh hitam Inggeris dan teh mate Argentina, berkembang pesat di sini. Dengan menggunakan teh sebagai satu medium untuk memperoleh kawan, Chaoyang tidak sabar untuk mengalu-alukan tetamu dari seluruh dunia bagi menikmati bersama keharuman dan daya tarikan teh.
 
Sumber: Jawatankuasa Penganjur bagi Festival Budaya Teh Antarabangsa Chaoyang Beijing 2024

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.