ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Julai 23, 2024 -Selasa

 
  TABREED MENYASAR PENGEMBANGAN KE ASIA TENGGARA DENGAN PENAJAAN PERHIMPUNAN TENAGA BANDAR ASIA KETIGA

Tuesday 09/07/2024



Table
Ketua Pegawai Eksekutif, Khalid Al Marzooqi (Foto: AETOSWire)

· Syarikat bersedia menawarkan pengalaman terkemuka dunia kepada penggubal undang-undang dan pemaju dalam usaha memerangi perubahan iklim melalui kecekapan tenaga dan ekonomi bidangan

ABU DHABI, Emiriah Arab Bersatu, 9 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Tabreed, syarikat pendinginan daerah terkemuka di dunia, telah mengesahkan penajaan dan penyertaan pada edisi ketiga Perhimpunan Tenaga Bandar Asia di Bangkok, Thailand. Sebagai pasaran yang amat berpotensi secara strategik untuk pendinginan mampan, Tabreed berusaha mencari peluang baharu di seluruh Asia Tenggara, bahagian yang mengalami kesan kenaikan suhu global menimbulkan risiko lebih besar kepada masyarakat.

Menangani dan melibatkan diri secara langsung dengan pemaju, arkitek, perancang, jurutera, perunding dan pegawai kerajaan, anggota pengurusan kanan Tabreed menyampaikan alasan yang jelas dan menarik supaya pendinginan daerah diberikan pertimbangan sebagai bahagian penting infrastruktur mampan. Memandangkan bandar pintar baharu sedang dirancang, kerajaan dan pemaju yang bertanggungjawab mesti membina di lokasi berkenaan dengan teknologi kental yang mengurangkan penggunaan tenaga dengan perkhidmatan andal dan mampan, serta membolehkan komuniti dan industri berkembang maju.

“Pendinginan tidak lagi boleh dianggap sebagai kemewahan,” ulas Ketua Pegawai Eksekutif Tabreed, Khalid Al Marzooqi. “Kini pendinginan ialah sesuatu yang penting bagi kehidupan dan permintaan untuk ini melambung tinggi kerana perubahan iklim memberikan impak kepada lebih banyak negara dan wilayah. Ini penting untuk pembangunan ekonomi, kesihatan, keselesaan dan keharmonian sosial, dan Tabreed telah menjadi penggerak kepada aspek penting ini selama lebih daripada suku abad.”

Pendinginan daerah membekalkan pembangunan perindustrian, perniagaan dan kediaman dengan air sejuk dari loji berpusat melalui rangkaian bawah tanah paip tertebat, yang kemudiannya digunakan dalam sistem penghawa dingin bangunan sebelum dikembalikan ke loji untuk pendinginan selanjutnya dalam kitaran berterusan. Manfaat sistem ini didokumenkan dengan baik dan ini termasuk penggunaan elektrik 50% lebih rendah berbanding pendinginan konvensional, serta pengurangan bunyi bising dan pencemaran visual. Pemaju juga boleh mendapat manfaat daripada pelaburan modal permulaan sifar dan peningkatan nilai hartanah.

“Lebih penting lagi,” kata Al Marzooqi, “setiap tahun, disebabkan kecekapan tinggi dan penggunaan tenaga lebih rendah, operasi Tabreed berjaya menghalang pembebasan jutaan tan pelepasan karbon. Itu cukup baik untuk semua individu, di mana-mana sahaja dan kami memainkan peranan penting dalam membantu pelbagai negara, masing-masing berjaya mencapai cita-cita sifar bersih.”

Maklumat Tentang Tabreed

Tabreed menyediakan perkhidmatan pendinginan daerah yang penting dan mampan kepada pembangunan ikonik di Timur Tengah dan Asia – pemacu utama kemajuan untuk orang ramai, komuniti dan persekitaran di seluruh dunia ke arah masa depan yang lebih mampan. Ditubuhkan pada tahun 1998 dan tersenarai awam di Pasaran Kewangan Dubai, syarikat ini ialah satu daripada syarikat pertumbuhan paling kukuh di UAE.

Melalui operasi serantau dan antarabangsa yang meluas, keandalan dan kecekapan, program R&D dan pelaburan dalam teknologi AI  terkemuka industri, Tabreed ialah peneraju global industri pendinginan daerah. Di samping pendinginan daerah, perkhidmatan kecekapan tenaga Tabreed memperluas impak kelestarian syarikat, membantu perniagaan dan organisasi menambah baik penggunaan tenaga keseluruhan masing-masing, seterusnya mengurangkan pelepasan CO2 dan membantu dalam pencapaian objektif keneutralan karbon.
 
Sumber: AETOSWire


Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada:

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang. 

Individu untuk Dihubungi

Samer Al Tawil
Pengurus Kanan, Pemasaran dan Keterlibatan
saltawil@tabreed.ae 

Kevin Hackett
Penolong Pengurus, Komunikasi Luar
khackett@tabreed.ae
 
Sumber: Tabreed

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.