ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Julai 23, 2024 -Selasa

 
  BERJAYA SOMPO BEKERJASAMA DENGAN IMOTORBIKE LANCARKAN KEMPEN 'THE GOOD RIDERS: MOTOCHECK'

Wednesday 10/07/2024



Table
Pihak Berjaya Sompo dan iMotorbike di pelancaran kempen ‘The Good Riders: MotoCheck’. 
 
Kempen bertujuan meningkatkan kesedaran tentang penyelenggaraan motosikal dan keselamatan di jalan raya

KUALA LUMPUR, 10 Julai (Bernama) -- 
Dalam usaha bersepadu menggalakkan kepentingan penyelenggaraan motosikal dan keselamatan jalan raya di kalangan penunggang motosikal Malaysia, Berjaya Sompo Insurance Berhad (“Berjaya Sompo”) telah melancarkan kempen ‘The Good Riders: MotoCheck’ dengan kerjasama iMotorbike. Inisiatif ini diperkenal bagi meningkatkan keselamatan penunggang motosikal di jalan raya selain menekankan betapa pentingnya melakukan penyelenggaraan motosikal secara berkala.

Pada 2023, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia mencatat 6,344 kematian akibat kemalangan jalan raya, di mana kira-kira 63% yang terkorban melibatkan motosikal. Sebagai tindak balas kepada statistik yang membimbangkan ini, Berjaya Sompo telah memperkenalkan kempen ‘The Good Riders: MotoCheck’, bertujuan mengurangkan kadar kemalangan maut melibatkan motosikal, melalui pendidikan sambil menekankan peranan penting penyelenggaraan motosikal.

‘The Good Riders’ merupakan inisiatif yang mengukuhkan lagi komitmen Berjaya Sompo dalam memastikan keselamatan jalan raya untuk semua pengguna dengan memberi tumpuan kepada amalan penunggangan yang selamat di kalangan penunggang motosikal Malaysia. Ia juga merupakan sebahagian daripada ‘The Good Policy’, inisiatif Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) Berjaya Sompo yang telah berkembang secara organik daripada suatu komitmen asas ESG kepada pemangkin dinamik yang menyemarakkan perubahan. Polisi ini berfungsi sebagai seruan untuk bertindak yang memberi kesan mendalam kepada individu dan organisasi, mencetuskan semangat secara kolektif dan tindakan segera untuk membawa impak yang bermakna ke arah Malaysia yang lebih baik, mampan dan saksama.

“Kami percaya bahawa melalui kempen ‘The Good Riders: MotoCheck’ Berjaya Sompo, kami dapat mendidik penunggang motosikal tentang pentingnya melakukan penyelenggaraan motosikal secara berkala dan juga amalan menunggang yang berhemah. Ini bertujuan untuk mengurangkan jumlah kemalangan di jalan raya yang melibatkan motosikal,” kata Encik Tan Sek Kee, Ketua Pegawai Eksekutif Berjaya Sompo.

Puan Sharmeen Looi, Ketua Pegawai Pemasaran iMotorbike menambah, “Kolaborasi kami bersama Berjaya Sompo untuk kempen The Good Riders: MotoCheck mencerminkan komitmen bersama untuk meningkatkan keselamatan jalan raya. Dengan menyediakan pemeriksaan motosikal untuk pelanggan dan penukaran minyak hitam, penunggang boleh mengekalkan motosikal mereka dalam keadaan baik sambil memastikan keselamatan. Kami ingin memastikan semua orang memahami kepentingan penyelenggaraan berkala demi keselamatan semua pengguna jalan raya.”

Butiran Kempen:

Tempoh Pendaftaran: 1 Julai hingga 31 Julai 2024

Tempoh Penebusan: 1 Ogos – 31 Oktober 2024, 9 pagi – 10 pagi, Isnin – Ahad (tidak termasuk Cuti Umum)

Cara Mendaftar:

1.   Muat turun dan daftar untuk aplikasi MySOMPO. Isikan borang melalui aplikasi untuk mendaftar.
2.   Lokasi Penebusan: iMotorbike HQ, Glenmarie
3.   Jumlah Penebusan: RM50 (Untuk penukaran minyak enjin dan pemeriksaan motosikal sahaja, kos tambahan akan ditanggung oleh peserta).
4.    Eksklusif untuk 250 peserta sahaja mengikut dasar tiba dahulu, layan dahulu.

Untuk pengesahan: Peserta mesti mengemukakan Kad Pengenalan dan lesen memandu, nombor kenderaan berdaftar (seperti dalam borang yang diserahkan), dan e-mel rasmi daripada Berjaya Sompo.
 
Untuk maklumat lanjut mengenai kempen ‘The Good Riders: MotoCheck’, sila layari https://www.berjayasompo.com.my/good-riders-kempen-motocheck
 

SUMBER: Berjaya Sompo Insurance Berhad

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI: 
Nama: Samantha Onn, Manager
PR and Communications
Tel: +6018 – 272 7221 
Emel: hmonn@bsompo.com.my

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.