|
|
|
|
|
|
DELEGASI FUJIAN MELAWAT JEPUN UNTUK PERTUKARAN EKONOMI, PERDAGANGAN DAN KEBUDAYAAN
Friday 02/08/2024
AsiaNet 0200313
FUZHOU, China, 2 Ogos, 2024 /Xinhua-AsiaNet/--
Dari 28 Julai hingga 31 Julai, Zhou Zuyi, Setiausaha bagi Jawatankuasa Wilayah Fujian dan Pengerusi bagi Jawatankuasa Tetap bagi Kongres Rakyat Wilayah Fujian telah mengetuai satu delegasi ke Jepun. Bertindak di atas persetujuan yang dicapai di antara pemimpin negara China dan Jepun, delegasi itu meneruskan persahabatan tradisional, memperdalamkan lagi pertukaran perhubungan bandar raya berkembar, menggalakkan kerjasama dan pembangunan, dan membuat sumbangan baharu kepada penggalakan komprehensif bagi perhubungan strategik dan timbal balik di antara China dan Jepun.
Jepun telah bertindak sebagai rakan dagangan keenam terbesar bagi Fujian, pasaran eksport kelima terbesar dan sebuah sumber penting bagi pelaburan asing. Kerjasama ekonomi dan perdagangan di antara kedua-dua pihak semakin rapat. Pada Persidangan Penggalakan Kerjasama Ekonomi dan Perdagangan China (Fujian)-Jepun, Zhou Zuyi telah menyampaikan satu ucaptama, dan memperkenalkan kepada hadirin tentang keadaan asas di wilayah itu, ciri-ciri serantau, ciri-ciri perindustrian, kelebihan ekologi dan aspek lain bagi Wilayah Fujian. Zhou menyatakan ruang luas tersedia untuk kerjasama dua hala dalam rangka kerja Inisiatif Belt and Road dan Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau. Kedua-dua pihak harus berganding bahu untuk menggalakkan kelebihan pelengkap di dalam kerjasama perindustrian, menaik taraf perdagangan dua hala dan mengeratkan pertukaran rakyat dengan rakyat, untuk menggalakkan lebih banyak kerjasama teknikal dan modal di antara kedua-dua pihak dalam bidang yang berkaitan seperti maklumat elektronik, kenderaan tenaga baharu, pembuatan peralatan mewah dan perkhidmatan moden. Kedua-dua pihak akan mengukuhkan kerjasama dalam e-dagang rentas sempadan, penggudangan luar negara, dan perdagangan komoditi pukal, dalam satu matlamat untuk terus mengembangkan skala perdagangan, dan mencapai hubungan perindustrian dan kelebihan pelengkap.
Budaya dan pelancongan berfungsi sebagai pembawa keamanan dan jambatan bagi persahabatan. Fujian telah menikmati sebuah sejarah pertukaran dengan Okinawa dan Nagasaki, dengan ciri-ciri mereka masing-masing di dalam sumber kebudayaan dan pelancongan. Terdapat satu asas yang baik dan potensi besar untuk memperdalamkan pertukaran dan kerjasama kebudayaan dan pelancongan. Semasa lawatan delegasi Fujian ke Jepun, aktiviti seperti Upacara Penerbangan Terus di antara Fuzhou dan Naha, Persidangan Penggalakan Pelancongan Kebudayaan Fujian (Okinawa) Segar "Gunung dan Laut Mendakap Fujian dengan Lagu-Lagu Rahmat", dan Pameran Foto Pelancongan Kebudayaan Fujian Segar (Nagasaki) "Persahabatan Yang Dihargai Oleh Jiran-jiran yang Dekat telah diadakan selepas itu. Zhou Zuyi menyatakan bahawa adalah diharapkan agar kedua-dua pihak terus memperdalamkan pertukaran kebudayaan, menggalakkan hubungan rakyat dengan rakyat yang lebih erat, melaksanakan promosi bersama bagi sumber, lawatan bersama untuk pelancong, dan perkongsian maklumat, dan bersama-sama mewujudkan lebih banyak jenama pelancongan yang mempunyai lebih ciri-ciri khusus; usaha akan dibuat untuk mengadakan pertukaran mesra di antara rakyat yang lebih meluas, memupuk kuasa baharu untuk persahabatan yang kekal selama beberapa generasi, dan menggalakkan dengan lebih baik pembelajaran bersama di antara tamadun dan mencapai kesalinghubungan di antara manusia.
Sumber: Pejabat Penerangan bagi Kerajaan Rakyat Wilayah Fujian
--BERNAMA
|
|
|
|
|
|