ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Disember 01, 2024 -Ahad

 
  KIOXIA MEMBANGUNKAN SSD JALUR LEBAR DENGAN ANTARA MUKA OPTIK UNTUK PUSAT DATA HIJAU GENERASI AKAN DATANG

Thursday 08/08/2024



Demonstrasi teknologi semasa persidangan Masa Depan Memori dan Storan di reruai #307 Kioxia

TOKYO, 8 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Kioxia Corporation, peneraju dunia dalam penyelesaian memori, akan mempamerkan prototaip SSD jalur lebar dengan antara muka optik untuk pusat data generasi akan datang semasa persidangan "FMS: Masa Depan Memori dan Storan", yang diadakan di Santa Clara, CA dari 6 hingga 8 Ogos. Melalui penggantian antara muka pendawaian elektrik dengan optik, teknologi SSD ini meningkatkan jarak fizikal antara peranti komput dan storan dengan ketara, mengurangkan pendawaian, sambil mengekalkan kecekapan tenaga dan kualiti isyarat yang tinggi. Ini juga memberikan fleksibiliti yang tinggi kepada reka bentuk dan aplikasi sistem pusat data.

Melalui penerimagunaan antara muka optik, ini mungkin boleh mengagregatkan komponen individu yang membentuk sistem, seperti SSD dan CPU, serta menyambungkan kesemuanya dengan lancar. Ini mengembangkan lagi evolusi "sistem pengkomputeran terpisah" yang boleh menggunakan sumber dengan cekap mengikut beban kerja tertentu. Di samping itu, dengan integriti isyarat yang tinggi, antara muka optik boleh meningkatkan persekitaran komput berprestasi tinggi, seperti angkasa lepas.

Pencapaian ini ialah hasil daripada projek "Pembangunan Teknologi Pusat Data Hijau Generasi Akan Datang" Jepun, JPNP21029, diberikan subsidi oleh Pertubuhan Pembangunan Tenaga Baharu dan Teknologi Perindustrian (NEDO), yang berada di bawah "Projek Dana Inovasi Hijau: Pembinaan Infrastruktur Digital Generasi Akan Datang.” Dalam projek dengan geran ini, teknologi generasi akan datang sedang dibangunkan dengan matlamat untuk mencapai lebih daripada 40% penjimatan tenaga berbanding pusat data semasa. Sebagai sebahagian daripada projek ini, Kioxia sedang membangunkan SSD jalur lebar dengan antara muka optik untuk storan data di pusat data hijau generasi akan datang.

*Nama syarikat, nama produk dan nama perkhidmatan mungkin merupakan tanda dagangan syarikat pihak ketiga.

Maklumat Tentang Kioxia

Kioxia ialah peneraju dunia dalam penyelesaian memori, khusus untuk pembangunan, pengeluaran dan penjualan memori kilat dan pemacu keadaan pepejal (SSD). Pada bulan April 2017, pendahulunya Toshiba Memory, telah dipisahkan daripada Toshiba Corporation, syarikat yang mencipta memori kilat NAND pada tahun 1987. Kioxia komited untuk menaikkan teknologi dunia melalui “memori” dengan menawarkan produk, perkhidmatan dan sistem yang mencipta pilihan untuk pelanggan dan nilai berasaskan memori untuk masyarakat. Teknologi memori kilat 3D Kioxia yang berinovatif, BiCS FLASH™, sedang membentuk masa depan storan dalam aplikasi berketumpatan tinggi, termasuk telefon pintar canggih, PC, SSD, automotif dan pusat data.

*Maklumat dalam dokumen ini, termasuk harga dan spesifikasi produk, kandungan perkhidmatan dan maklumat hubungan, adalah betul pada tarikh pengumuman tetapi tertakluk kepada perubahan tanpa notis diberikan terlebih dahulu.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Individu untuk Dihubungi

Pertanyaan Media:
Kioxia Corporation
Bahagian Perancangan Strategik Jualan
Satoshi Shindo
Tel: +81-3-6478-2404
 
Sumber: Kioxia Corporation

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.