ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Disember 01, 2024 -Ahad

 
  BANK MUAMALAT SAHUT SERUAN KERAJAAN, ANJUR PROGRAM LITERASI KEWANGAN BAGI SEKTOR PENDIDIKAN

Monday 12/08/2024



Table

Peserta program “Memperkasakan Kesejahteraan Kewangan Masa Hadapan” anjuran Bank Muamalat dan EJAsia.


KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Bernama) -- Menyahut seruan kerajaan dan Bank Negara Malaysia bagi meningkatkan literasi kewangan dalam kalangan belia, Bank Muamalat Malaysia Berhad (Bank Muamalat) dengan kerjasama Emerging Journey Asia Sendirian Berhad (EJAsia) telah menganjurkan program kesejahteraan kewangan dan kesihatan mental di Sekolah Menengah Kebangsaan Saujana Impian, Kajang pada 10 Ogos 2024. 

Program yang bertemakan ‘Memperkasakan Kesejahteraan Kewangan Masa Hadapan’ ini turut melibatkan lebih daripada 350 pelajar, ibu bapa dan guru. Ia merupakan salah satu langkah proaktif Bank Muamalat dalam meningkatkan tahap literasi kewangan di peringkat sekolah.

Menerusi program ini, pelajar, ibu bapa dan guru bukan sahaja didedahkan dengan ilmu pengurusan kewangan, malah mereka turut diberikan kesedaran mengenai isu kesihatan mental yang berkait rapat dengan kesejahteraan kewangan. 

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat, Khairul Kamarudin berkata, Bank Muamalat menyokong usaha kerajaan untuk meningkatkan tahap celik kewangan dalam kalangan belia bagi menjamin kelestarian sumber kewangan individu, kesejahteraan masyarakat dan pengukuhan ekonomi negara. 

“Dalam keadaan ekonomi yang mencabar, isu kewangan adalah antara masalah utama yang membelenggu masyarakat terutamanya golongan belia yang terjebak dengan hutang-hutang yang tidak mampu dibayar. Sejak 2019 hingga Disember 2023, mengikut data Jabatan Insolvensi Malaysia seramai 6,996 belia berusia 35 tahun ke bawah telah didaftarkan bankrap dan hal ini berlaku akibat kekurangan ilmu pengurusan kewangan di peringkat awal.

“Selari dengan usaha bersepadu kerajaan dan Bank Negara Malaysia untuk meningkatkan tahap literasi kewangan melalui pendidikan, Bank Muamalat mengambil pendekatan ini bagi membantu mereka secara holistik, terutamanya menerusi kemahiran, latihan dan pendidikan kesihatan mental.”

Sejak 25 tahun lalu, Bank Muamalat komited untuk mencipta kehidupan lebih baik, bersama dengan menyokong isi rumah untuk menghadapi cabaran kewangan serta menjamin kesejahteraan kehidupan mereka dengan menawarkan penyelesaian pembiayaan mengikut keperluan dan kesesuaian para pelanggan.

Dalam pada itu, Profesor Adjung Dr. Sangeeta Kaur, Ketua Pegawai Eksekutif EJAsia berkata, inisiatif ini amat penting untuk memahami punca dan faktor masalah kewangan yang bermula sejak dari usia muda. Melalui penyelidikan kami, mereka yang berhutang tiga kali lebih cenderung untuk membunuh diri. Oleh itu, golongan ini harus lebih arif dalam pengurusan kewangan supaya tidak terjerat dalam kancah hutang. 

Untuk maklumat lanjut berkenaan usaha meningkatkan kadar literasi kewangan Bank Muamalat, sila layari www.muamalat.com.my atau hubungi Pusat Khidmat Pelanggan Bank Muamalat di talian 03-2600 5500, atau kunjungi cawangan Bank Muamalat yang berhampiran.

 
Mengenai Bank Muamalat Malaysia Berhad (Bank Muamalat)

Bank Muamalat adalah perbankan Islam terkemuka yang komited untuk menyediakan "Kehidupan Lebih Baik, Bersama" dengan penyelesaian kewangan yang inovatif sejajar dengan prinsip Syariah. Dengan dedikasi untuk mencipta perubahan positif dalam industri kewangan dan fokus yang kukuh kepada kepuasan pelanggan, Bank Muamalat menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan yang disesuaikan untuk individu, perniagaan dan institusi.
  

Link: https://drive.google.com/drive/folders/1-OOiAnjVOkVPWKF8w6
DTV1ZI-gLwl5bi
 



SUMBER : Bank Muamalat Malaysia Berhad (Bank Muamalat)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Bank Muamalat
Nama : Syahida Azureen
Tel : +6012 242 3696
E-mel : syahida.azureen@muamalat.com.my
 

Nama : Mohd Nazrul Hafizi  
Tel : +6017 921 1384
E-mel : mohd.nazrul.hafizi@muamalat.com.my
 

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.