ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

November 30, 2024 -Sabtu

 
  BERJAYA SOMPO INSURANCE LANCAR KEMPEN "MYSOMPO MERDEKA PA GIVEAWAY"

Monday 19/08/2024



Kempen bertujuan memupuk rasa selamat dan siap sedia di kalangan rakyat Malaysia

KUALA LUMPUR, 19 Ogos (Bernama) -- Sempena sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-67, Berjaya Sompo Insurance (Berjaya Sompo) berbesar hati mengumumkan pelancaran Kempen “MySOMPO Merdeka PA Giveaway”, suatu inisiatif merangkumi semangat perpaduan, ketahanan dan perlindungan yang dilancarkan di seluruh negara. Sejajar dengan tema Merdeka, Kempen ini bertujuan memupuk rasa selamat dan siap sedia di kalangan rakyat Malaysia, sambil mendukung visi berpandangan ke hadapan ke arah negara yang lebih selamat dan terhubung.

Dalam menyambut Hari Merdeka, adalah penting untuk kita merenungkan nilai kebebasan dan kemerdekaan yang diperjuangkan oleh negara kita. Berjaya Sompo percaya bahawa kebebasan sebenar adalah tentang menjalani kehidupan dengan keyakinan dan ketenangan fikiran, dengan mengetahui bahawa anda dan orang yang anda sayangi akan dilindungi. Kempen ini meraikan kemerdekaan Negara kita dan merupakan peluang untuk mendidik orang ramai tentang pentingnya perlindungan peribadi. Ia juga bertujuan menggalakkan penggunaan peralatan digital supaya perlindungan boleh diakses dengan lebih senang dan mudah.

Kempen “MySOMPO Merdeka PA Giveaway” merupakan sebahagian penting dalam objektif  Berjaya Sompo dalam mewujudkan Malaysia yang lebih selamat. Melalui kempen ini, Berjaya Sompo berhasrat untuk meningkatkan kesedaran tentang pentingnya perlindungan pada setiap masa. Selain itu, kempen ini juga bertujuan mendidik orang ramai mengenai kegunaan dan kemudahan penting yang disediakan melalui aplikasi MySOMPO. Aplikasi MySOMPO, dibangunkan sejajar dengan visi Berjaya Sompo, "Kami Di Sini Bersama Anda", menawarkan pelbagai ciri yang direka untuk meningkatkan keselamatan dan kemudahan pengguna, termasuk Bantuan Tunda & Tepi Jalan, E-Kad Perubatan, MyPolicies, Penyerahan Tuntutan, dan Rewards.

Encik Tan Sek Kee, Ketua Pegawai Eksekutif Berjaya Sompo berkata, “Inisiatif ini bukan sekadar kempen; ia adalah seruan kepada rakyat Malaysia untuk bertindak demi keselamatan dan kesejahteraan mereka. Dengan menggunakan aplikasi MySOMPO, pengguna tidak perlu risau kerana mereka boleh mendapat bantuan dengan hanya satu klik sahaja, sama ada sewaktu menghadapi kecemasan di jalan raya atau apabila menguruskan polisi insurans mereka.”

Untuk merealisasikan hasrat ini, Berjaya Sompo telah mendapatkan perkhidmatan Boss James, seorang yang berkarisma dan berpengaruh, bagi membantu menguar-uarkan mesej untuk sentiasa dilindungi dan terhubung. Bersama dengan Boss James, Berjaya Sompo komited memperkasakan setiap rakyat Malaysia untuk mengambil langkah proaktif ke arah keselamatan dan keselamatan mereka.
 
Kempen “MySOMPO Merdeka PA Giveaway” akan dijalankan dari 20 Ogos 2024 hingga 3 Oktober 2024. Untuk butiran lanjut, sila layari https://www.berjayasompo.com.my/campaign-promotion/kempen-mysompo-merdeka-pa-giveaway?utm_source=press_release_bm&utm_medium=press release&utm_campaign=mysompo_merdeka  

SUMBER: Berjaya Sompo Insurance Berhad

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI: 
Nama: Samantha Onn
Manager
PR and Communications 
Tel: +6018 – 272 7221 
E-mel: hmonn@bsompo.com.my

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.