ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

November 30, 2024 -Sabtu

 
  PERMULAAN SURVEI KEPUASAN PELANGGAN PENYIARAN PERSENDIRIAN 2024 (CSS-B 2024)

Wednesday 28/08/2024



 
CYBERJAYA, 28 Ogos (Bernama) -- Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan menjalankan Survei Kepuasan Pelanggan Penyiaran Persendirian 2024 (CSS-B 2024) bertujuan untuk mengumpul data bagi mengukur kualiti pengalaman dan persepsi pengguna terhadap penyampaian perkhidmatan penyiaran persendirian di Malaysia.
 
Survei ini akan bermula dari 27 Ogos sehingga 31 Disember 2024. Bagi memenuhi keperluan survei, CSS-B 2024 akan dijalankan secara dalam talian dan panggilan telefon.
 
Bagi penyertaan secara dalam talian, orang ramai yang berumur 15 tahun dan ke atas di Malaysia dijemput menjawab survei ini dengan mengimbas kod QR atau malayari pautan di bawah:

CSS-B 2024

Table

https://survey.zohopublic.com/zs/ON06dz

Data yang dikumpulkan melalui platform dalam talian ini menggunakan teknologi penyulitan SSL, disimpan dalam pangkalan data tempatan yang dilindungi kata laluan dan alamat IP tidak disimpan. Responden adalah disarankan untuk membersihkan cache dan sejarah pengimbas komputer untuk melindungi privasi setelah menjawab survei ini.

Adalah dimaklumkan bahawa tujuan survei ini adalah untuk pengumpulan data sahaja. Tiada sebarang data peribadi seperti nama penuh, kad kredit/debit atau maklumat bank akan dikutip bagi survei ini. Tiada wang akan dikutip mahupun sebarang urusan jualan dilakukan. Penyertaan adalah secara sukarela, namun begitu penglibatan daripada orang ramai amat dihargai.

Sebarang perubahan tempoh survei akan diumumkan di laman sesawang MCMC: www.mcmc.gov.my.


SUMBER : Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Jabatan Statistik dan Risikan Data
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
Tel : +603 8688 8000
Fax : +603 8688 1000
e-Mel :  statistics@mcmc.gov.my 

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.