ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

November 30, 2024 -Sabtu

 
  BANK MUAMALAT SEMARAK JIWA MERDEKA - ANJUR KARNIVAL, KEJOHANAN RAGBI ANTARABANGSA

Thursday 29/08/2024



Table

Orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan Karnival Merdeka: Kehidupan Lebih Baik, Bersama Bank Muamalat.

 
SEMPENA BULAN KEBANGSAAN, TAHUN MELAWAT MELAKA

KUALA LUMPUR, 29 Ogos (Bernama) --  Bagi menyemarakkan sambutan bulan kemerdekaan dan memeriahkan Tahun Melawat Melaka 2024, Bank Muamalat Malaysia Berhad (Bank Muamalat) dengan kerjasama kerajaan negeri Melaka buat julung kalinya akan menganjurkan ‘Karnival Merdeka Kehidupan Lebih Baik, Bersama Bank Muamalat’.

‘Karnival Merdeka’ yang akan berlangsung selama tiga hari bermula 30 Ogos ini, akan mengangkat tema perpaduan, kebersamaan dan patriotisme dengan pengisian aktiviti yang menarik untuk para pengunjung.

Sepanjang tiga hari ini, turut akan berlangsung kejohanan ragbi antarabangsa, ‘Melaka International Rugby 10s’, pembukaan bazar makanan, minuman dan kraftangan tempatan, pameran dan jualan produk usahawan iTEKAD Bank Muamalat, pembukaan klinik gigi bergerak serta pameran auto yang dibuka untuk orang ramai.

Kejohanan ‘Melaka International Rugby 10s’ akan mempertandingkan tiga kategori iaitu, bawah 14 tahun yang akan disertai oleh pasukan daripada sekolah-sekolah pembangunan ragbi; terbuka lelaki, yang akan disertai pasukan ragbi tempatan dan antarabangsa; serta kategori veteran tempatan. Acara penutupan dan penyampaian hadiah bagi kejohanan itu akan disempurnakan oleh Ketua Menteri Melaka, YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh pada 1 September 2024.

Bank Muamalat tahun ini tampil dengan kelainan bagi menyambut bulan kemerdekaan serta meraikan ulang tahun Bank yang ke-25. Melaka dipilih sebagai lokasi terbaik penganjuran karnival tersebut yang sekali gus memeriahkan Tahun Melawat Melaka 2024, di samping sebagai tanda penghargaan Bank Muamalat kepada kerajaan negeri Melaka terhadap hubungan yang telah lama terjalin.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat, Khairul Kamarudin berkata, Bank Muamalat sentiasa proaktif dalam usaha memupuk semangat cintakan negara dan perpaduan di kalangan rakyat Malaysia. Melalui karnival ini, ia turut dapat menarik minat pencinta sukan ragbi serta merangsang ekonomi tempatan melalui jualan bazar dan pameran kraftangan daripada usahawan tempatan.

“Sempena bulan kemerdekaan, kami melihat penganjuran karnival yang disuntik dengan elemen patriotisme dan kesukanan ini secara tidak langsung merancakkan subsektor sukan yang berkait rapat dengan elemen perpaduan sekaligus merancakkan Tahun Melawat Melaka 2024.

“Bank Muamalat berharap akan dapat mengadakan lebih banyak acara seperti ini melalui kerjasama strategik dengan kerajaan-kerajaan negeri lain. Selain dapat menarik penyertaan masyarakat, ia juga dapat menjadi salah satu platform untuk Bank Muamalat dekat bersama orang ramai.

“Melalui karnival ini juga, Bank Muamalat memperkukuh inisiatif transaksi tanpa tunai (cashless transaction) di mana semua usahawan digalakkan mengguna pakai transaksi tanpa tunai sepanjang karnival berlangsung,” katanya.

Para pengunjung juga berpeluang untuk mendapatkan perincian dan memohon produk serta perkhidmatan yang ditawarkan Bank Muamalat sepanjang karnival ini berlangsung di gerai Bank Muamalat.

Untuk maklumat lanjut berkenaan ‘Karnival Merdeka Kehidupan Lebih Baik, Bersama Bank Muamalat’, sila layari www.muamalat.com.my atau hubungi Pusat Khidmat Pelanggan Bank Muamalat di talian 03-2600 5500, atau kunjungi cawangan Bank Muamalat yang berhampiran.

Mengenai Bank Muamalat Malaysia Berhad (Bank Muamalat)

Bank Muamalat adalah perbankan Islam terkemuka yang komited untuk menyediakan "Kehidupan Lebih Baik, Bersama" dengan penyelesaian kewangan yang inovatif sejajar dengan prinsip Syariah. Dengan dedikasi untuk mencipta perubahan positif dalam industri kewangan dan fokus yang kukuh kepada kepuasan pelanggan, Bank Muamalat menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan yang disesuaikan untuk individu, perniagaan dan institusi.

SUMBER: Bank Muamalat Malaysia Berhad

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Syahida Azureen 
Tel: +6012 242 3696
E-mel: syahida.azureen@muamalat.com.my 

Nama: Mohd Nazrul Hafizi 
Tel: +6017 921 1384 
E-mel:  mohd.nazrul.hafizi@muamalat.com.my 

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.