ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

November 29, 2024 -Jumaat

 
  ​MEDIDATA MELANJUTKAN KOMITMEN TERHADAP PENGALAMAN PESAKIT DENGAN PELANCARAN PEMBAYARAN PESAKIT

Thursday 26/09/2024



Penyelesaian baharu mempercepatkan pembayaran kepada pesakit yang mengambil bahagian dalam ujian klinikal, meningkatkan pengalaman dan akses.

NEW YORK, 26 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Medidata, sebuah jenama Dassault Systèmes dan penyedia terkemuka penyelesaian ujian klinikal kepada industri sains hayat, hari ini mengumumkan pelancaran kemudahan Pembayaran Pesakit Medidata, satu penyelesaian baharu yang memudahkan pembayaran berkaitan ujian dan bayaran balik kepada pesakit yang mengambil bahagian dalam penyelidikan klinikal. Tawaran ini mengautomasikan kitaran pembayaran dan menangani cabaran lama dalam memberi pampasan kepada peserta atas masa, usaha dan perbelanjaan berkaitan kajian mereka, sambil mengatasi kebimbangan yang semakin meningkat mengenai ketoksikan kewangan dalam penglibatan ujian klinikal.

Kemudahan Pembayaran Pesakit Medidata ini bakal menyediakan pengalaman bayaran balik yang intuitif untuk pesakit, membolehkan mereka dengan cepat mengemukakan permintaan untuk pelbagai perbelanjaan, termasuk perjalanan, makanan, penginapan, gaji yang hilang, penjagaan anak dan jarak perjalanan. Memanfaatkan kuasa Platform Medidata, bayaran pampasan akan dicetuskan secara automatik oleh aktiviti kajian, seperti melengkapkan diari atau penilaian, yang menawarkan kefleksibelan dan kemudahan. Pendekatan bersepadu ini menyediakan proses yang lancar, menyokong pelaksanaan yang pantas dan menyesuaikan dengan keutamaan kedua-dua pesakit dan lokasi kajian.

“Kemudahan Pembayaran Pesakit kami ini mencerminkan komitmen dan semangat kami untuk memberikan pengalaman pesakit yang luar biasa. Kerjasama kami dengan lembaga penasihat pesakit dan tapak Medidata, ditambah dengan data yang tiada tandingan dalam ekosistem kami, memberi kami peluang unik untuk memodenkan pengalaman pengurusan kewangan untuk pesakit,” kata Meghan Harrington, naib presiden, Pengurusan Kewangan Ujian Klinikal, Medidata.

Kemudahan Pembayaran Pesakit, yang dibangunkan di atas Platform Medidata, menawarkan akses tanpa halangan melalui myMedidata untuk pesakit dan akaun iMedidata untuk penaja dan tapak. Tidak seperti pilihan yang tersendiri, kemudahan ini merupakan sebahagian daripada rangkaian e-klinikal yang menyeluruh, membolehkan integrasi yang kukuh dan wawasan yang boleh dilaksanakan sepanjang kitaran hayat kajian.

Untuk mengetahui lebih lanjut, sila layari laman web kami.

Maklumat Tentang Medidata

Medidata menggerakkan rawatan yang lebih pintar dan orang yang lebih sihat melalui penyelesaian digital untuk menyokong ujian klinikal. Meraikan ulang tahun ke-25 dalam inovasi teknologi terkemuka di lebih daripada 34,000 ujian dan 10 juta pesakit, Medidata menawarkan kepakaran terkemuka dalam industri, wawasan yang dipacu oleh analitik, serta set data ujian klinikal bersejarah terbesar di dunia di peringkat pesakit. Seramai lebih daripada 1 juta pengguna berdaftar daripada kira-kira 2,200 pelanggan mempercayai platform hujung ke hujung Medidata untuk memperbaiki pengalaman pesakit, mempercepatkan penemuan klinikal dan membawa terapi ke pasaran dengan lebih cepat. Sebuah jenama Dassault Systèmes (Euronext Paris: FR0014003TT8, DSY.PA), Medidata berpangkalan di New York City dan telah diiktiraf sebagai Peneraju oleh Everest Group dan IDC. Ketahui lebih lanjut di www.medidata.com dan ikuti kami @Medidata.

Maklumat Tentang Dassault Systèmes

Dassault Systèmes merupakan pemangkin kepada kemajuan manusia. Kami menyediakan perniagaan dan individu dengan persekitaran maya kolaboratif untuk membayangkan inovasi yang mampan. Dengan mencipta pengalaman kembar maya dunia nyata melalui platform dan aplikasi 3DEXPERIENCE kami, pelanggan kami dapat mentakrifkan semula proses penciptaan, pengeluaran dan pengurusan kitaran hayat tawaran mereka, seterusnya memberi impak yang bermakna untuk menjadikan dunia lebih mampan. Keindahan Ekonomi Pengalaman adalah ekonomi berpusatkan manusia demi kebaikan semua iaitu pengguna, pesakit dan orang ramai. Dassault Systèmes memberi nilai kepada lebih 350,000 pelanggan dari pelbagai saiz, dalam semua industri, di lebih daripada 150 negara. Untuk maklumat selanjutnya, sila kunjungi www.3ds.com

© Dassault Systèmes. Hak cipta terpelihara. 3DEXPERIENCE, logo 3DS, ikon Kompas, IFWE, 3DEXCITE, 3DVIA, BIOVIA, CATIA, CENTRIC PLM, DELMIA, ENOVIA, GEOVIA, MEDIDATA, NETVIBES, OUTSCALE, SIMULIA dan SOLIDWORKS ialah tanda dagangan komersial atau tanda dagangan berdaftar Dassault Systèmes, sebuah syarikat Eropah (Societas Europaea) yang diperbadankan di bawah undang-undang Perancis, dan didaftarkan dengan pendaftaran perdagangan dan syarikat Versailles di bawah nombor 322 306 440, atau anak syarikatnya di Amerika Syarikat dan/atau negara-negara lain. Semua tanda dagangan lain dimiliki oleh pemiliknya masing-masing. Penggunaan mana-mana tanda dagangan Dassault Systèmes atau anak syarikatnya tertakluk kepada kelulusan bertulis mereka secara jelas.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
Maklumat Hubungan

Perhubungan Awam Medidata
Medidata.PR@3ds.com

Perhubungan Penganalisis
medidata.AR@3ds.com
 
Sumber: Medidata 

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.