ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

November 29, 2024 -Jumaat

 
  BLACK & VEATCH MENANGANI KERUMITAN PERALIHAN TENAGA YANG SEMAKIN BERKEMBANG DI ASIA TENGGARA PADA ACARA ENLIT ASIA 2024

Thursday 10/10/2024



KUALA LUMPUR, Malaysia, 10 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Ekonomi di seluruh Asia Tenggara mesti mengatasi kerumitan peralihan tenaga yang semakin meningkat sambil menyeimbangkan keselamatan tenaga dan pengurangan pelepasan karbon, kata Black & Veatch, peneraju global dalam penyelesaian infrastruktur manusia yang kritikal.

Narsingh Chaudhary, presiden Asia Pasifik dan India, Black & Veatch berkata, “Kesan buruk perubahan iklim, termasuk peningkatan kejadian cuaca yang ekstrem, terus berlaku di Asia Tenggara. Ini menekankan keperluan mendesak untuk mengambil tindakan yang segera.”

Tambah beliau lagi, “Ketika ekonomi serantau menyeimbangkan kebimbangan tentang kemampuan, ketahanan dan keselamatan, peralihan kepada sumber tenaga rendah karbon mesti dipercepatkan walaupun terdapat kerumitan yang semakin meningkat.”

Chaudhary akan mempengerusikan Sesi Pembukaan Plenari bertajuk "Membentuk Peralihan Tenaga Serantau – Dari Malaysia ke Luar" pada 8 Oktober di Enlit Asia 2024. Beliau akan disertai oleh pemimpin dari Tenaga Nasional Berhad, Sarawak Energy Berhad, Malakoff dan Suruhanjaya Tenaga Malaysia. Sesi ini akan membincangkan peluang dan cabaran dalam menangani peralihan tenaga di rantau ini, mengkaji kemajuan yang telah dicapai setakat ini, serta membincangkan bagaimana industri boleh merancang dan mengurangkan risiko dalam pembangunan infrastruktur generasi akan datang.

“Peralihan tenaga membawa cabaran komersial dan teknikal yang ketara dalam usaha untuk menyediakan generasi seterusnya kuasa yang boleh dipercayai dan mampu milik,” kata Chaudhary. “Penyelesaian akan berbeza mengikut keadaan, memerlukan peraturan dan perancangan projek yang mengurangkan risiko serta memberi insentif kepada penyelesaian rendah atau tanpa karbon yang berfungsi bersama. Penyelesaian ini termasuk LNG-ke-tenaga, penangkapan karbon, tenaga boleh diperbaharui, penyimpanan tenaga dan hidrogen.”

Para hadirin dijemput untuk berinteraksi dengan para pemimpin dari Black & Veatch, sebuah syarikat kejuruteraan dan pembinaan global yang dipercayai, yang telah beroperasi di rantau ini selama lebih daripada lima puluh tahun.

• Kecekapan Tenaga – Mengimbangi Dilema Tenaga antara Keselamatan dan Masa Depan Sifar Bersih
   - 8 Oktober | Harry Harji, Naib Presiden, Penasihat Global – Asia, Timur Tengah dan Afrika
• Mengatasi Cabaran dalam Rantaian Bekalan Hidrogen, Pengeluaran dan Penggunaan
   - 9 Oktober | Jerin Raj, Pengarah – Asia Selatan & Asia Tenggara dan Taiwan
• Maksimumkan Prestasi Aset dalam Landskap Tenaga yang Berkembang
   - 9 Oktober | Ian Bramson,  Naib Presiden – Keselamatan Siber Perindustrian Global
• Menjamin Pelaksanaan AI untuk Peralihan Tenaga dan Utiliti
   - 9 Oktober | Ian Bramson, Naib Presiden – Keselamatan Siber Perindustrian Global
• Perancangan dan Penentuan Saiz BESS yang Optimum untuk Tenaga Boleh Diperbaharui Hibrid
   - 9 Oktober | Krishna Subramaniam, Pengurus Projek

Enlit Asia 2024 akan berlangsung di MITEC Kuala Lumpur dari 8 hingga 10 Oktober.

Hubungi Black & Veatch untuk maklumat selanjutnya.

Maklumat Tentang Black & Veatch

Black & Veatch ialah sebuah syarikat kejuruteraan, perolehan, perundingan dan pembinaan global yang dimiliki sepenuhnya oleh pekerja, dengan rekod lebih dari 100 tahun dalam inovasi infrastruktur yang mampan. Sejak tahun 1915, kami telah membantu klien kami meningkatkan kehidupan masyarakat di seluruh dunia dengan menangani ketahanan dan kebolehpercayaan aset infrastruktur yang paling penting. Ikuti kami di www.bv.com dan LinkedIn, Facebook, X (Twitter) serta Instagram.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
Butiran Hubungan

Maklumat Hubungan Media:
EMILY CHIA | +65 6335 6623 | Chialp@bv.com
E-MEL MEDIA 24 JAM | Media@bv.com
 
Sumber: Black & Veatch

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.