SSD E1.S EDSFF Siri KIOXIA XD8 PCIe 5.0 NVMe untuk Persekitaran Awan dan Penskala Hiper (Foto: Business Wire) Siri KIOXIA XD8 Baharu Menambah Baik Prestasi, Menawarkan Pelbagai Kapasiti dan Pilihan Faktor Bentuk
TOKYO, 17 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Kioxia Corporation, peneraju dunia dalam penyelesaian memori, pada hari ini mengumumkan ketersediaan SSD E1.S Faktor Bentuk Standard Perusahaan dan Pusat Data (EDSFF) Siri KIOXIA XD8 PCIe® 5.0 baharu. Pemacu baharu ialah generasi ketiga SSD E1.S daripada Kioxia dan mematuhi spesifikasi PCIe 5.0 (32 GT/s x 4) dan NVMe
TM 2.0, serta menyokong spesifikasi SSD Pusat Data Projek Komput Terbuka (OCP) NVMe v2.5
(1).
Direka bentuk untuk persekitaran awan dan penskala hiper, Siri KIOXIA XD8 memenuhi permintaan yang semakin meningkat untuk prestasi yang lebih tinggi, kecekapan dipertingkat dan kebolehskalaan yang lebih besar di pusat data. Pemacu baharu ini memperkasa penyedia perkhidmatan awan penskala hiper untuk mengoptimumkan infrastruktur masing-masing, memberikan prestasi yang unggul sambil mengekalkan kecekapan operasi.
Tersedia dalam kapasiti 1.92, 3.84 dan 7.68 terabait (TB), pemacu penilaian Siri KIOXIA XD8 kini dijadikan sampel untuk pelanggan terpilih.
Sorotan Siri KIOXIA XD8 termasuk:
• Sokongan NVMe tambahan termasuk Antara Muka Pengurusan NVM Express (NVMe-MI
TM) v1.2c
• Prestasi bacaan berjujukan sehingga 12,500 megabait sesaat (penambahbaikan sebanyak 73% berbanding generasi terdahulu)
(2)(4)• Prestasi penulisan berjujukan sehingga 5,800 megabait sesaat (penambahbaikan sebanyak 20%)
(2)(4)• Prestasi Bacaan Rawak sebanyak 2,300 K Input Output Sesaat (IOPS) (penambahbaikan sebanyak 48%)
(2)(3)(4)• Prestasi penulisan rawak sehingga 250 K IOPS (penambahbaikan sebanyak 25% )
(2)(3)(4)• E1.S EDSFF dengan pilihan penenggelam haba 9.5 mm, 15 mm dan 25 mm
• Alat kawalan SSD yang direka bentuk oleh Kioxia, memori kilat 3D BiCS FLASH
TM dan perisian tegar
• Pilihan bukan SED dan SED SSC TCG Opal
• Perlindungan data menyeluruh, perlindungan kehilangan kuasa
Pautan Berkaitan:
Maklumat Produk Siri KIOXIA XD8
https://www.kioxia.com/en-jp/business/ssd/data-center-ssd/xd8.htmlCatatan
(1) Bukan semua keperluan Spesifikasi SSD Pusat Data OCP NVMe v2.5 disokong. Hubungi wakil jualan Kioxia anda untuk maklumat lanjut.
(2) Semua penambahbaikan prestasi ialah perbandingan dengan SSD Siri KIOXIA XD7P generasi terdahulu (model kapasiti 7.68 TB). Spesifikasi adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis.
(3) IOPS: Input Output Sesaat (Atau bilangan operasi I/O sesaat)
(4) Kelajuan bacaan dan penulisan mungkin berbeza bergantung pada pelbagai faktor seperti peranti hos, perisian (pemacu, OS dan sebagainya) dan keadaan bacaan/penulisan.
*Definisi kapasiti: Kioxia Corporation mentakrifkan megabait (MB) sebagai 1,000,000 bait, gigabait (GB) sebagai 1,000,000,000 bait dan terabait (TB) sebagai 1,000,000,000,000 bait. Sistem pengendalian komputer, walau bagaimanapun, melaporkan kapasiti storan menggunakan kuasa 2 untuk definisi 1GB = 2^30 bait = 1,073,741,824 bait dan 1TB = 2^40 bait = 1,099,511,627,776 bait dan oleh yang demikian, sistem tersebut menunjukkan kapasiti storan yang kurang. Kapasiti storan yang tersedia (termasuk contoh pelbagai fail media) akan berbeza berdasarkan saiz fail, pemformatan, tetapan, perisian dan sistem pengendalian, dan/atau aplikasi perisian yang sedia pasang, atau kandungan media. Kapasiti terformat yang sebenar mungkin berbeza.
*Model pilihan SED menyokong SSC TCG Opal kecuali untuk sesetengah ciri
*Model pilihan SED tidak tersedia di semua negara disebabkan oleh peraturan setempat.
*NVMe ialah tanda dagangan berdaftar atau tidak berdaftar NVM Express, Inc. di Amerika Syarikat dan negara lain.
*PCIe ialah tanda dagangan berdaftar PCI-SIG.
*Tanda OCP dan Projek Komput Terbuka dimiliki dan digunakan dengan kebenaran Yayasan Projek Komput Terbuka.
*Nama syarikat, nama produk dan nama perkhidmatan yang lain mungkin merupakan tanda dagangan syarikat pihak ketiga.
Maklumat Tentang Kioxia
Kioxia ialah peneraju dunia dalam penyelesaian memori, khusus untuk pembangunan, pengeluaran dan penjualan memori kilat dan pemacu keadaan pepejal (SSD). Pada bulan April 2017, pendahulunya Toshiba Memory, telah dipisahkan daripada Toshiba Corporation, syarikat yang mencipta memori kilat NAND pada tahun 1987. Kioxia komited untuk menaikkan teknologi dunia melalui “memori” dengan menawarkan produk, perkhidmatan dan sistem yang mencipta pilihan untuk pelanggan dan nilai berasaskan memori untuk masyarakat. Teknologi memori kilat 3D Kioxia yang berinovatif, BiCS FLASH™, sedang membentuk masa depan storan dalam aplikasi berketumpatan tinggi, termasuk telefon pintar canggih, PC, SSD, automotif dan pusat data.
Pertanyaan Pelanggan:
Kioxia Group
Pejabat Jualan Global
https://business.kioxia.com/en-jp/buy/global-sales.html*Maklumat dalam dokumen ini, termasuk harga dan spesifikasi produk, kandungan perkhidmatan dan maklumat hubungan, adalah betul pada tarikh pengumuman tetapi tertakluk kepada perubahan tanpa notis diberikan terlebih dahulu.
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada: https://www.businesswire.com/news/home/54136106/en
Individu untuk DihubungiPertanyaan Media:
Kioxia Corporation
Bahagian Perancangan Strategik Jualan
Satoshi Shindo
Tel: +81-3-6478-2404
Sumber: Kioxia Corporation
--BERNAMA