ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

November 28, 2024 -Khamis

 
  MEDIDATA MENGUMUMKAN RAVE LITE UNTUK MENYOKONG PERTUMBUHAN DALAM UJIAN KLINIKAL PERINGKAT AWAL DAN AKHIR

Friday 18/10/2024



Tawaran baharu memanfaatkan Rave EDC Medidata, menjadikan penangkapan data klinikal elektronik terkemuka di dunia tersedia untuk segmen pasaran yang dari segi sejarah kekurangan akses kepada teknologi canggih

NEW YORK, 18 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Medidata, jenama Dassault Systèmes dan penyedia penyelesaian ujian klinikal kepada industri sains hayat yang terkemuka, pada hari ini mengumumkan Rave Lite Medidata, lanjutan daripada perisian penyelidikan klinikal standard emas syarikat, Rave EDC Medidata, direka bentuk secara eksplisit untuk kajian Fasa I dan Fasa IV. Tanpa mengira saiz syarikat, tumpuan terapeutik, atau talian paip, Rave Lite menyediakan penyelesaian penangkapan data klinikal elektronik (EDC), pengurusan dan analisis yang cekap dengan model penetapan harga yang disesuaikan.

Walaupun EDC ialah blok binaan asas ujian klinikal, pemecahan teknologi merentasi fasa membawa kepada cabaran penyepaduan dan kelewatan dalam masa permulaan. Secara khususnya, kekurangan akses kepada teknologi berinovatif secara tidak seimbang mempengaruhi kajian peringkat awal dan akhir. Setelah menangani cabaran ini dalam lebih 34,000 ujian, kini Medidata menawarkan pilihan unggul untuk kajian Fasa I dan Fasa IV dengan Rave Lite.

Bersama penyepaduan Pereka Bentuk Medidata, pembina kajian boleh mereka bentuk ujian Fasa I dan Fasa IV dengan pantas dan tepat, serta dengan penggunaan AI yang berterusan, kemungkinan salah konfigurasi kajian dikurangkan sambil memastikan integriti data. Oleh itu, Rave Lite menawarkan pengalaman yang tekal tanpa mengorbankan kuasa canggih Rave EDC.

“Rave Lite menangani keperluan kritikal dalam pasaran untuk ujian peringkat awal dan akhir, menawarkan penyelesaian diperkemas yang dibina atas platform Rave EDC kami yang dipercayai," kata Tom Doyle, ketua pegawai teknologi, Medidata. “Dengan memberikan pelanggan kami keupayaan menggunakan satu EDC di mana-mana sahaja merentasi semua fasa, pelanggan memperoleh fleksibiliti untuk meningkatkan kajian mereka sambil mengekalkan standard tinggi yang telah lama mentakrifkan penyelesaian Medidata.”

Rave EDC baru-baru ini diiktiraf sebagai penyedia terkemuka oleh PEAK Matrix® yang pertama Everest Group kerana keberkesanannya dalam memudahkan ujian klinikal untuk penaja dan CRO sambil memastikan kualiti dan integriti data.

Medidata akan mempamerkan Rave Lite di NEXT New York, persidangan ujian klinikal utama yang dihoskan oleh syarikat itu, di New York City pada 13 dan 14 November. Penyelesaian itu akan disediakan kepada pelanggan pada awal tahun 2025. Untuk maklumat lanjut tentang cara Rave Lite boleh memanfaatkan penyelidikan, klik di sini.

Maklumat Tentang Medidata

Medidata memperkasa rawatan lebih bijak dan individu lebih sihat melalui penyelesaian digital untuk menyokong ujian klinikal. Meraikan 25 tahun inovasi teknologi rintisan merentasi lebih daripada 34,000 ujian dan 10 juta pesakit, Medidata menawarkan kepakaran peneraju industri, cerapan dikuasakan dengan analisis dan set data ujian klinikal sejarah peringkat pesakit terbesar di dunia. Lebih daripada 1 juta pengguna berdaftar merentasi kira-kira 2,200 pelanggan mempercayai platform Medidata yang lancar, menyeluruh untuk menambah baik pengalaman pesakit, mempercepat penemuan klinikal dan membawa terapi ke pasaran dengan lebih pantas. Jenama Dassault Systèmes (Euronext Paris: FR0014003TT8, DSY.PA), Medidata beribu pejabat di Bandar New York dan telah diiktiraf sebagai Peneraju oleh Everest Group dan IDC. Ketahui lebih lanjut di www.medidata.com dan ikuti kami @Medidata.

Maklumat Tentang Dassault Systèmes

Dassault Systèmes ialah pemangkin untuk kemajuan manusia. Kami menyediakan persekitaran maya kerjasama kepada perniagaan dan orang ramai untuk membayangkan inovasi mampan. Pelanggan kami boleh mentakrifkan semula proses penciptaan, pengeluaran dan pengurusan kitaran hayat tawaran masing-masing, serta sekali gus memberikan impak yang bermakna untuk menjadikan dunia lebih mampan melalui penciptaan pengalaman maya berkembar dunia nyata bersama platform dan aplikasi 3DEXPERIENCE kami. Keindahan Ekonomi Pengalaman ialah, ini merupakan ekonomi berteraskan manusia untuk manfaat semua –pengguna, pesakit dan rakyat. Dassault Systèmes membawa nilai berguna kepada lebih daripada 350,000 pelanggan pelbagai saiz, dalam semua industri, di lebih daripada 150 negara. Untuk maklumat lebih lanjut, sila kunjungi www.3ds.com

© Dassault Systèmes. Hak cipta terpelihara. 3DEXPERIENCE, ikon Kompas, logo 3DS, IFWE, 3DEXCITE, 3DVIA, BIOVIA, CATIA, CENTRIC PLM, DELMIA, ENOVIA, GEOVIA, MEDIDATA, NETVIBES, OUTSCALE, SIMULIA dan SOLIDWORKS ialah tanda dagangan komersial atau tanda dagangan berdaftar Dassault Systèmes, syarikat Eropah (Societas Europaea) yang diperbadankan di bawah undang-undang Perancis dan berdaftar dengan dagangan Versailles dan pendaftaran syarikat di bawah nombor B 322 306 440, atau anak syarikat di Amerika Syarikat dan/atau negara lain. Semua tanda dagangan lain dimiliki oleh pemilik masing-masing. Penggunaan mana-mana tanda dagangan Dassault Systèmes atau anak syarikatnya adalah tertakluk kepada kelulusan bertulis yang nyata daripada pihak tersebut.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Individu untuk Dihubungi

PR Medidata
Medidata.PR@3ds.com

Perhubungan Penganalisis
medidata.AR@3ds.com
 
Sumber: Medidata

--BERNAMA


 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.