ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

November 28, 2024 -Khamis

 
  MEMARTABAT MEK MULUNG WARISAN NEGARA

Monday 21/10/2024



Table

Poster Pementasan Karya Agung Teater Tradisional Mek Mulung 'Putera Cahaya Bulan' dan Simposium Mek Mulung


SHAH ALAM, 21 Okt (Bernama) -- Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui Jabatan Kebudayaan dan Kesenian (JKKN) dengan kerjasama Persatuan Penggerak Warisan Seni Budaya Negeri Kedah (AKRAB), Universiti Teknologi Mara (UiTM) akan menganjurkan Program Lestari Budaya: Pementasan Karya Agung Teater Tradisional Mek Mulung “Putera Cahaya Bulan” oleh Kumpulan Mek Mulung Seri Mahawangsa dan Simposium Mek Mulung 2024.
 
Program ini merupakan salah satu usaha pembangunan dan pelestarian kesenian Mek Mulung yang telah tersenarai sebagai “Warisan Budaya Tidak Ketara Yang Memerlukan Perlindungan Segera” di peringkat UNESCO pada 05 Disember 2023. Dengan pengiktirafan ini, JKKN sedang berusaha untuk menyemarak lagi kesenian tersebut kepada pelbagai lapisan masyarakat sama ada dalam bentuk keilmuan atau siri-siri pementasan.
 
Pementasan Karya Agung Teater Tradisional Mek Mulung ‘Putera Cahaya Bulan’ akan diadakan pada 27 & 28 Oktober 2024 ( Ahad & Isnin) pukul 8.30 malam bertempat di Dewan Konsert Seri Budiman, UiTM Shah Alam, Selangor. Pementasan pada kali ini akan memaparkan pergolakan kisah Putera Cahaya Bulan, Puteri Nang Mara dan Raja Gergasi. Saksikan perjalanan kisah mereka yang pasti mengusik emosi penonton hasil garapan pengarahan oleh Mohd Yusuf bin Azizan. Antara artis yang terlibat adalah Saiful Wazein Mohamad Jelani, Shamsul Nadia Zullkifli, Hairi Safwan, Che Mat Raja Lawak, Din Latah, Kumpulan Kesenian JKKN, Kumpulan Mek Mulung Wang Tepus Kedah. Untuk kehadiran menonton, sila imbas Kod QR yang tertera di poster.
 
Simposium Mek Mulung 2024 akan berlangsung pada 28 Oktober 2024 (Isnin) pukul 8.00 pagi hingga 5.00 petang bertempat di Dewan Konsert Seri Budiman, UiTM Shah Alam. Simposium bertemakan “Lestari Budaya; Budaya kita masa depan kita” akan mengupas mekanisme baharu bagi memastikan kesenian ini terus dilestarikan. JKKN menjalin kerjasama strategik bersama UiTM Shah Alam sebagai batu loncatan untuk membicarakan secara akademik kesenian Mek Mulung dalam kalangan pendidik dan pelajar dalam bidang seni budaya.
 
Simposium ini akan menghimpunkan pembentang kertas kerja daripada pentadbir budaya, karyawan seni, ahli akademik dan penggiat seni yang akan mengupas dan membicarakan tentang kesenian Mek Mulung. Seramai  10 orang pembentang kertas kerja dari Malaysia, Indonesia dan Thailand akan terlibat dalam sesi pembentangan dan sesi soal jawab. Pembentang kertas kerja yang terlibat ialah  Tan Sri Norliza Rofli, Puan Wan Azilawati Wan Mahmood, Prof. Dr. Mohd Kipli Abdul Rahman, Dr. Tan Awang Besar, Dr. Eyo Leng Yan, Prof. Madya Dr. Aminah Rhapor, Mohd Yusof Azizan, Khairul Anuar Zainudin (Malaysia), Ibu Hartanti Maya Krishna (Indonesia) dan Prof. Dr. Numan Hayimasae (Thailand).
 
Orang ramai dijemput mendaftar dan hadir menyertai simposium ini dan sijil penyertaan disediakan kepada peserta. Untuk pendaftaran dan maklumat lanjut, sila imbas kod QR pada poster. Tarikh tutup penyertaan pada 24 Oktober 2024 (Khamis).
 
Maklumat dan keterangan lanjut mengenai program ini, boleh layari laman sesawang JKKN iaitu www.jkkn.gov.my ataupun boleh layari facebook JKKN melalui pautan www.facebook.com/mysenibudaya

Dikeluarkan Oleh:
Unit Komunikasi Korporat
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara
Tel: 03-2614 8200  Faks: 03-2697 0786
Laman Sesawang: www.jkkn.gov.my  E-mel: ukk@jkkn.gov.my
Platform Media Sosial Rasmi JKKN:
Facebook: @Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara dan @mysenibudaya
Instagram, Twitter & YouTube: @mysenibudaya 

SUMBER: Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Nurhidayah Binti Zakaria
Unit Komunikasi Korporat
Tel : 03-26148200 / 019-559 6404  

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.