ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Oktober 23, 2024 -Rabu

 
  DIGITALISASI KUNCI LONJAKAN PRODUKTIVITI DAN DAYA SAING SYARIKAT

Monday 21/10/2024



PETALING JAYA, 21 Okt (Bernama) -- Keupayaan syarikat-syarikat di Malaysia menyesuaikan diri dengan mengadaptasi digitalisasi  adalah penting bagi kekal kompetitif. Ianya merupakan keperluan strategik untuk meningkatkan kecekapan operasi bagi syarikat kekal relevan.

Dengan kemajuan teknologi seperti automasi, analisis data, dan kecerdasan buatan (AI), (syarikat dapat membuat keputusan operasi yang lebih tepat dan cepat, secara masa nyata. Selain dari peningkatan kecekapan kerja, penggunaan automasi juga membenarkan semakan dan analisa data secara atas talian, dan secara kawalan jauh. Ini dapat meningkatkan tahap produktiviti dan fleksibiliti warga kerja disebabkan tidak perlu berada di kawasan operasi bagi memeriksa keadaan mesin.

Namun, dianggarkan hanya 18% syarikat pembuatan di Malaysia mengadaptasi digitalisasi melalui inisiatif Industri 4.0, dan ini merupakan peratusan yang rendah. Di antara sebab menyumbang kepada peratusan ini ialah kurangnya kepakaran dalaman bagi menjalankan transformasi yang berkesan. Inisiatif seperti Program Peningkatan Produktiviti melalui Digital LEAN berupaya membantu syarikat menangani cabaran ini dengan lebih efektif dan meningkatkan produktiviti. Dengan sokongan kepakaran luar, syarikat dapat mengenalpasti pembaziran dan memperbaiki kelemahan dalam proses dalaman secara lebih berkesan.  

Ketua Pengarah MPC, Zahid Ismail menggalakkan lebih banyak syarikat untuk mengadaptasi teknologi digital bagi meningkatkan kecekapan operasi mereka. "Penggunaan digitalisasi merupakan langkah strategik bagi syarikat untuk memajukan operasi dan meraih kelebihan kompetitif. Ia membolehkan syarikat menjalankan operasi dengan lebih cekap, responsif, dan inovatif.", kata Zahid.
 
Digitalisasi adalah kunci kepada pembangunan mampan syarikat, membantu syarikat bersaing di peringkat global sambil menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.
 
Untuk maklumat lanjut mengenai Program Peningkatan Produktiviti, sila hubungi Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC).

Mengenai Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC)
Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) adalah badan berkanun di bawah Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI). MPC memacu produktiviti negara secara holistik di peringkat nasional, sektoral dan enterpris dengan berpandukan tiga teras utama iaitu menghasilkan bakat masa hadapan, memacu pendigitalan dan inovasi, dan membentuk ekosistem yang teguh. MPC berkolaborasi secara strategik dengan sektor swasta dan awam dengan menjadikan produktiviti sebagai agenda utama bagi melonjakkan pertumbuhan produktiviti dan daya saing negara ke arah kesejahteraan dan kemakmuran bersama.  

SUMBER: Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:

Nama: Norfaizah Abdul Rahman
Tel: 013-3321984
E-mel: faizah@mpc.gov.my 

Nama: Nik Haneez Amizan Nik Rosdi
Tel: 019-7181804
E-mel: nikhaneez@mpc.gov.my 

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.