|
|
November 28, 2024 -Khamis |
|
|
|
|
|
|
TABREED MEMPEROLEH KEMENANGAN BESAR DI SINGAPURA DI MAJLIS ANUGERAH KUASA ASIA 2024
Friday 25/10/2024
Tabreed Memperoleh Kemenangan Besar di Singapura di Majlis Anugerah Kuasa Asia 2024 (Foto: AETOSWire)
• Syarikat diberikan penghormatan dengan dua anugerah utama untuk inisiatif rintisan baru-baru ini dalam tenaga geoterma boleh baharu dan kemajuan kecekapan yang berpotensi memberikan kesan besar
ABU DHABI, Emiriah Arab Bersatu, 25 Okt (Bernama- BUSINESS WIRE) -- Tabreed, syarikat pendinginan daerah terkemuka di dunia, telah diberikan penghormatan di Majlis Anugerah Kuasa Asia 2024 berprestij, yang diadakan minggu ini di Singapura. Mengiktiraf Tabreed sebagai peneraju pendinginan mampan yang telah lama bertapak, para hakim menganugerahkan syarikat itu dengan dua anugerah penting: ‘Projek Kuasa Geoterma Terbaik Tahun Ini – Emas’ dan ‘Inisiatif Pendinginan Daerah Terbaik Tahun Ini – Emiriah Arab Bersatu (UAE)’.
Majlis Anugerah Kuasa Asia ialah acara berprestij yang mengiktiraf projek dan inisiatif berinovatif dan rintisan oleh syarikat kuasa dan tenaga. Anugerah ini memberi penghormatan kepada syarikat yang telah mengambil langkah yang berpotensi memberikan kesan besar bagi menangani kesan krisis iklim sambil memenuhi permintaan yang semakin meningkat untuk tenaga. Mewakili Tabreed dan menerima dua anugerah tersebut pada malam itu ialah Irshad Hussain, Naib Presiden – Projek.
Projek Kuasa Geoterma Terbaik Tahun Ini
Bersama rakan kongsi strategik, ADNOC, Tabreed meneraju usaha dalam pendinginan mampan dengan Projek Geoterma ‘G2COOL’ di Bandar Masdar, Abu Dhabi. Operasi bermula pada bulan Disember 2023, dengan kemudahan berinovatif ini menggunakan tenaga geoterma untuk menyediakan perkhidmatan pendinginan dan penyepaduan dengan rangkaian pendinginan daerah prasedia ada. Ini merupakan loji pendinginan daerah pertama seumpamanya di rantau Teluk, membantu menyahkarbonkan pendinginan di Bandar Masdar dan sejajar dengan Strategi Tenaga Kebangsaan 2050 UAE.
Loji ini menggunakan air panas daripada sumber geoterma jauh di bawah tanah untuk menggerakkan penyejuk penyerapan khas, yang mencapai kecekapan elektrik yang mengagumkan iaitu 0.5 hingga 0.55 kW setiap tan penyejukan (RT), berbanding 0.85 kW setiap RT yang biasa dalam sistem pendinginan daerah konvensional. Tenaga geoterma menghasilkan pelepasan minimum berbanding kaedah tradisional, menyokong matlamat UAE untuk mempelbagaikan sumber tenaga dan mengurangkan kebergantungan pada bahan api fosil.
Inisiatif Pendinginan Daerah Terbaik Tahun Ini – Emiriah Arab Bersatu (UAE)
Anugerah ini memberi penghormatan kepada permulaan kajian rintis di satu daripada loji Tabreed di Abu Dhabi dengan kerjasama HT Materials Science (HTMS) Ireland, untuk meneroka potensi teknologi bendalir nano revolusi yang dikenali sebagai 'Maxwell', telah direka bentuk untuk meningkatkan pemindahan haba. Tabreed mendapati bahawa, dengan menggunakan Maxwell dalam gelung air sejuk, dapat mencapai peningkatan yang mengagumkan dalam kecekapan sistem pendinginan kira-kira 15%.
Maxwell, dinamakan sempena James Clerk Maxwell, saintis rintisan yang mula-mula membangunkan konsep bendalir nano pada abad ke-19, ialah ampaian zarah aluminium oksida submikron dalam bendalir asas air atau air/glikol ('bendalir nano') tereka bentuk – bahan tambahan titis untuk sistem pendinginan dan pemanasan, yang berfungsi dengan meningkatkan kecekapan pemindahan haba dalam sistem pendinginan tanpa memerlukan alatan atau penggantian kelengkapan yang kompleks.
Mengulas mengenai anugerah itu, Ketua Pegawai Eksekutif Tabreed, Khalid Al Marzooqi, berkata anugerah tersebut berfungsi sebagai peringatan penting bahawa usaha syarikat untuk menjalankan operasi mampan menunjukkan komitmen lebih luas terhadap masa depan yang lebih hijau. “Usaha untuk mencapai kecekapan tenaga kami tidak mengenal had,” katanya. “Kami menerajui industri penting ini dengan pendekatan berinovatif kami, apabila kami sanggup melakukan segalanya bagi mengurangkan penggunaan tenaga dan impak kami terhadap alam sekitar. Saya amat berbangga dengan perkara yang dicapai oleh semua individu di Tabreed dan diberi penghormatan dengan anugerah ini merupakan pengiktirafan terhadap langkah penting yang kami ambil untuk menyahkarbonkan sektor pembinaan.”
Tabreed sebelum ini telah menyatakan matlamatnya untuk mengembangkan kehadiran antarabangsa syarikat itu, dengan tumpuan khusus kepada Asia Tenggara. Syarikat itu, yang diasaskan pada tahun 1998, sudah beroperasi di enam negara dengan portfolio loji pendinginan daerah yang semakin meningkat, kini berjumlah 91. Memandangkan lebih banyak negara mengalami kesan buruk akibat peningkatan suhu global, permintaan untuk pendinginan semakin meningkat dengan pesat. Sebagai peneraju dunia dalam pendinginan daerah yang mampan, operasi Tabreed menghalang jutaan tan pelepasan CO2 melalui penjimatan tenaga yang besar.
Maklumat Tentang Tabreed:
Tabreed menyediakan perkhidmatan pendinginan daerah yang penting dan mampan kepada pembangunan ikonik di Timur Tengah dan Asia – pemacu utama kemajuan untuk orang ramai, komuniti dan persekitaran di seluruh dunia ke arah masa depan yang lebih mampan. Ditubuhkan pada tahun 1998 dan tersenarai awam di Pasaran Kewangan Dubai, syarikat ini ialah satu daripada syarikat pertumbuhan paling kukuh di UAE.
Melalui operasi serantau dan antarabangsa yang meluas, keandalan dan kecekapan, program R&D dan pelaburan dalam teknologi AI terkemuka industri, Tabreed ialah peneraju global industri pendinginan daerah. Di samping pendinginan daerah, perkhidmatan kecekapan tenaga Tabreed memperluas impak kelestarian syarikat, membantu perniagaan dan organisasi menambah baik penggunaan tenaga keseluruhan masing-masing, seterusnya menghalang pelepasan CO2 dan membantu dalam pencapaian objektif keneutralan karbon.
LinkedIn
*Sumber: AETOSWire
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada: https://www.businesswire.com/news/home/54141284/en
Individu untuk Dihubungi
Samer Al Tawil Pengurus Kanan, Pemasaran dan Keterlibatan saltawil@tabreed.ae
Kevin Hackett Penolong Pengurus, Komunikasi Luar khackett@tabreed.ae Sumber: Tabreed
--BERNAMA
|
|
|
|
|
|