ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

November 28, 2024 -Khamis

 
  ALCON SINGAPURA TINGKATKAN PENGALAMAN KAKITANGAN DENGAN PROGRAM PENGLIBATAN INSPIRASI

Monday 28/10/2024



· Alcon Singapura telah diiktiraf sebagai salah satu Majikan Terbaik di Singapura selama tiga tahun (2021, 2023, dan 2024), dengan meraih tempat kedua dalam Industri Peralatan & Perkhidmatan Penjagaan Kesihatan
· Penglibatan yang kukuh daripada kakitangan dan budaya syarikat yang mantap mendorong inovasi dan pertumbuhan Alcon Singapura

SINGAPURA, 28 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Alcon, peneraju global dalam penjagaan mata yang berdedikasi untuk membantu orang ramai melihat dengan jelas, hari ini mengumumkan bahawa syarikat ini telah diiktiraf sebagai salah satu ‘Majikan Terbaik di Singapura’ untuk tahun kedua berturut-turut selain pengiktirafan pada tahun 2021. Pengiktirafan berprestij ini menekankan komitmen teguh Alcon dalam membina budaya kecemerlangan yang kukuh, semua kakitangan dapat memberikan yang terbaik di tempat kerja.

Dalam tinjauan tahun ini, Alcon mencapai tempat kedua dalam kategori industri ‘Peralatan & Perkhidmatan Penjagaan Kesihatan’ berbanding tempat ketiga pada tahun 2023. Pengiktirafan ini berasal daripada tinjauan komprehensif yang dijalankan oleh The Straits Times, akhbar harian terkemuka di Singapura. Kajian ‘Majikan Terbaik’ menilai syarikat melalui tinjauan berskala besar, dalam tinjauan tersebut kakitangan mengambil bahagian secara anonim. Tinjauan ini merangkumi soalan tentang kesediaan untuk mengesyorkan syarikat mereka kepada rakan atau keluarga (‘pengesyoran langsung’) serta kesediaan untuk mengesyorkan syarikat lain dalam industri yang sama (‘pengesyoran tidak langsung’). Skor yang diberi adalah dari 0 hingga 10, dengan penekanan lebih diberikan kepada skor pengesyoran tidak langsung.

Alcon Singapura, yang meraih skor tinggi dalam penilaian ‘Majikan Terbaik di Singapura’ tahun ini, percaya bahawa tujuan syarikat untuk membantu orang ramai ‘Melihat dengan Jelas’ akan tercapai apabila kakitangan dapat menjadi diri mereka yang sebenar dan autentik. Oleh itu, Alcon kerap menjalankan ‘Associate Experience Dashboard (AED)’ untuk mengumpul pandangan dan cadangan kakitangan tentang persekitaran kerja.

Syarikat ini komited untuk menyediakan pengalaman yang berharga kepada kakitangan dengan memperluaskan peluang penglibatan dalam tiga bidang utama: Kepelbagaian & Inklusiviti, Kesan Sosial dan Kemampanan serta Pembangunan Bakat.

Memupuk Kepelbagaian & Inklusiviti

Alcon Singapura secara aktif mempromosikan kerjasama dan komunikasi yang inklusif melalui acara budaya dan program sukan yang diketuai oleh kakitangan, yang menguatkan ikatan dan kerjasama di antara fungsi-fungsi. Dengan sokongan ‘Jawatankuasa Kepelbagaian & Inklusiviti’ dan Pasukan Kepimpinan Singapura, Alcon telah menubuhkan Kumpulan Sumber Pekerja yang dikenali sebagai ‘Wanita Menyokong Wanita’. Kumpulan ini bertujuan untuk meningkatkan kepimpinan wanita melalui pembangunan kerjaya dan bimbingan, serta mewujudkan persekitaran kerja di mana semua kakitangan dihormati dan boleh berkembang.

Memacu Kesan Sosial dan Kemampanan (SIS)

Di bawah strategi SIS, Alcon Singapura menyertai aktiviti impak sosial global ‘Alcon in Action’ setiap tahun, yang merupakan hari sukarela global. Pada bulan Mei, 135 kakitangan dari Alcon Singapura terlibat dalam aktiviti berkebun komuniti dan pembuatan kotak hadiah benih di ‘City Sprouts’, sebuah projek pertanian bandar. Sebanyak 130 kotak hadiah yang dihasilkan oleh kakitangan syarikat telah didermakan kepada tiga organisasi bukan keuntungan tempatan: Sunlove Nursing Home, asrama budak lelaki Singapura yang dikenali sebagai TRYBE dan Cerebral Palsy Alliance Singapore (CPAS). Setiap tahun, syarikat ini juga menyambut Hari Penglihatan Sedunia, satu acara yang didedikasikan untuk meningkatkan kesedaran tentang isu global buta yang boleh dielakkan dan kecacatan penglihatan, mengukuhkan misi Alcon untuk membantu orang ramai ‘Melihat dengan Jelas’ dengan memperjuangkan kesihatan mata yang lebih baik dan akses kepada penjagaan mata berkualiti di seluruh dunia.

Memanfaatkan potensi kakitangan

Alcon Singapura baru-baru ini telah menaik taraf program ‘Development In Action’ (DIA), memperkasakan kakitangan untuk menemui pertumbuhan yang bermakna dalam kerja harian mereka. Program DIA direka khas untuk memberi inspirasi kepada kakitangan melalui kitaran pembelajaran, pertumbuhan, dan pengulangan yang berterusan. Dengan memanfaatkan model pertumbuhan 70-20-10, Alcon telah mencipta peluang untuk kakitangan berkongsi pengalaman mereka dan memberi inspirasi antara satu sama lain, dengan itu memperluas skop kerja mereka. Model ini menekankan bahawa pelbagai pengalaman, seperti tugas individu, lawatan lapangan, dan pertukaran kerja adalah elemen penting yang memberi impak yang ketara kepada proses pertumbuhan.

Sebagai sebahagian daripada inisiatif ini, Alcon menjemput Jia Jiang, salah seorang penceramah motivasi terkemuka di dunia, untuk menekankan salah satu Cadangan Nilai Pekerja Alcon: penghayatan potensi individu. Sesi ini menerima sambutan yang menggalakkan, dengan penyertaan daripada kakitangan Alcon di seluruh dunia.

Preneet Bindra, Ketua Sumber Manusia Alcon di Asia Pasifik, berkata, “Kami berbesar hati bahawa Alcon Singapura sekali lagi telah diiktirafkan sebagai salah satu ‘Majikan Terbaik di Singapura’. Terutamanya kerana keputusan ini berdasarkan penilaian kakitangan, kami percaya dalam mencipta bersama persekitaran kerja yang memupuk rasa bangga, persahabatan, dan kepercayaan yang kuat.” Beliau menambah, “Di Alcon Singapura, kami telah melabur dalam mencipta pengalaman berharga untuk kakitangan kami melalui pelbagai program pembangunan dan pembinaan budaya, peluang pertumbuhan dan penglibatan dengan inisiatif perusahaan yang lebih luas. Kami percaya bahawa pengalaman berharga ini di tempat kerja telah membantu mengukuhkan hubungan kami dengan Alcon dan tujuan kami untuk membantu orang ramai melihat dengan jelas.”

Perihal Alcon

Alcon membantu orang ramai melihat dengan jelas. Sebagai peneraju global dalam penjagaan mata dengan warisan yang menjangkau lebih daripada 75 tahun, kami menawarkan portfolio produk terluas untuk meningkatkan penglihatan dan memperbaiki kehidupan manusia. Produk Pembedahan dan Penjagaan Penglihatan kami menyentuh kehidupan lebih daripada 260 juta orang di lebih 140 buah negara setiap tahun yang hidup dengan keadaan seperti katarak, glaukoma, penyakit retina dan kesilapan refraktif. Lebih daripada 25,000 kakitangan kami sedang meningkatkan kualiti hidup melalui produk inovatif, perkongsian dengan Profesional Penjagaan Mata, dan program yang memajukan akses kepada penjagaan mata berkualiti. Ketahui lebih lanjut di www.alcon.com

Ikuti kami di
Facebook
LinkedIn

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Butiran Hubungan

Perhubungan Media
Minseo Kim
+ 82 10 6384 9533 (Korea)
minseo.kim@alcon.com
 
Sumber: Alcon Inc. Corporate

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.