ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Disember 04, 2024 -Rabu

 
  AMBANK SUMBANG RM350,000 UNTUK MEMPERKASA GOLONGAN CACAT PENGLIHATAN DENGAN KERJASAMA PERSATUAN BAGI ORANG BUTA MALAYSIA

Tuesday 29/10/2024



KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- AmBank berbesar hati menyumbang RM350,000 untuk Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia (MAB) untuk membiayai Pusat Latihan Gurney (GTC) MAB dalam memainkan peranan aktif untuk memperkasakan orang cacat penglihatan dengan menyediakan perkhidmatan dan peluang kepada mereka untuk penyertaan dan penglibatan yang lebih besar, serta integrasi dalam masyarakat.
 
Tan Sri Md Nor bin Md Yusof, Pengerusi, Kumpulan AmBank berkata, “AmBank berbangga dapat bekerjasama dengan Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia untuk menyokong inisiatif yang membantu insan cacat penglihatan menjalani kehidupan yang memuaskan. Perkongsian ini adalah petanda baik dan seiring seruan kerajaan untuk meningkatkan sokongan untuk Orang Kurang Upaya (OKU). Ia bertujuan untuk menyediakan sumber dan meningkatkan penghayatan kemasyarakatan, membolehkan individu kurang upaya hidup berdikari, mendapatkan pekerjaan dan menyumbang secara bermakna kepada pembinaan negara.”
 
MAB Gurney Training Centre (GTC) adalah satu-satunya pusat latihan bertauliah di Malaysia yang berdaftar di bawah Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dan Kementerian Sumber Manusia yang menawarkan program kemahiran yang direka khusus untuk individu cacat penglihatan. Pusat ini menampung lebih daripada 70 pelatih, berumur 18 tahun dan ke atas, dengan program yang disesuaikan untuk melengkapkan mereka dengan kemahiran penting untuk pelbagai bidang termasuk Pengurusan Pejabat, Sistem Operasi Komputer, rawatan pemulihan kesihatan dan penyembuhan, Pengeluaran Audio, Pusat Panggilan dan Tenaga Pengajar.
 
"Kami sangat teruja dapat menjalin AmBank sebagai rakan kongsi dalam inisiatif penting ini," kata Dato George Thomas, Ketua Pegawai Eksekutif di MAB. "Kerjasama ini akan memainkan peranan penting dalam meningkatkan prospek pendidikan dan profesional pelajar kami, memupuk tenaga kerja yang lebih inklusif."
 
Kerjasama ini adalah salah satu daripada pelbagai inisiatif berterusan AmBank yang bertujuan untuk memupuk impak sosial, menekankan komitmen Kumpulan terhadap tanggungjawab korporat dan pembangunan mampan.

 
About AmBank Group

AmBank Group is a leading financial services group with over 40 years of expertise in supporting the economic development of Malaysia. We have over three million customers and employ over 8,000 people.
 
The Group was listed on the Main Market of Bursa Malaysia in 1988. It is the sixth-largest banking group by assets in Malaysia, with a market capitalisation of more than RM13 billion as at 31 March 2024.
 
AmBank Group serves over three million individual and corporate customers. It provides services in wholesale banking, retail banking, business banking, investment banking and related financial services which include Islamic banking, underwriting of general insurance, life insurance, family takaful, stock and share broking, futures broking, investment advisory and asset management services in unit trusts and real estate investment trusts. 

For more information, please visit
www.ambankgroup.com 


SUMBER : AmBank Group

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Ridzuan Zulkifli
Senior Vice President
Group Corporate Communications and Marketing
AmBank Group
e-mel : ridzuan.zulkifli@ambankgroup.com

Media Relations team
e-mel : media.relations@ambankgroup.com

 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.