Projek IoF pertama yang akan dipaparkan secara langsung di Persidangan Biodiversiti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (COP 16) di Cali, Colombia, pada bulan Oktober 2024NEW YORK & CALI, Colombia, 30 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Dengan kerjasama kerajaan Colombia,
Veea (NASDAQ:
VEEA), perintis pertama ke pasaran dalam rangkaian berbilang akses konvergen hiper dengan keselamatan siber dipacu AI, sedang bekerjasama dengan
O.N.E. Amazon dan
AECOM untuk memasang atur penyelesaian berbilang dimensi yang maju dari segi teknologi terdiri daripada pengkomputeran pinggir-awan hibrid dan produk komunikasi di kawasan pemuliharaan yang dilindungi Kerajaan Colombia. Matlamat memasang atur ini ialah untuk memantau dan menganalisis kesihatan hutan hujan dan menghubungkan setiap hektar secara digital bagi menyampaikan manfaat ekonomi dan sosial yang mampan kepada komuniti luar bandar. Inisiatif “Internet Hutan” ini menegaskan komitmen setiap entiti terhadap
Matlamat Pembangunan Mampan PBB yang bertujuan menggalakkan kemakmuran sambil melindungi planet ini.
Menurut
Inter-American Development Bank, “Biodiversiti dan ekosistem mengalami penurunan pada peringkat global dan tekanan yang membawa kepada penurunan tersebut semakin menjadi-jadi, memerlukan tindakan segera bagi memulihkan kehilangan alam semula jadi dan mengelakkan kepupusan besar-besaran ke-6 (IPBES, 2019). Terdapat penurunan purata global sebanyak 69% dalam populasi spesies sejak tahun 1970 - Amerika Latin dan Caribbean berada pada kedudukan paling atas dalam senarai dengan penurunan 94% yang membimbangkan (WWF, 2022).” Rangka kerja teknologi termaju IoF direka bentuk bukan sahaja bertujuan membantu memelihara ekosistem Chiribiquete, taman negara terbesar di Colombia dan
tapak Warisan Dunia UNESCO, tetapi juga untuk mendedahkan nilai intrinsik satu daripada sumber semula jadi yang paling penting di planet ini, mencari pengurusan mampan dan perlindungan hutan hujan Amazon bagi generasi akan datang.
“Apabila kita merealisasikan keajaiban fizikal planet kita kelihatan di alam digital, kita membuka peluang baharu untuk pemuliharaan, keterlibatan dan pertumbuhan ekonomi," kata Allen Salmasi, pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Veea. “Dengan penyelesaian canggih seperti kembar digital, IoF menawarkan keupayaan transformatif yang boleh mengukur dan menggambarkan persekitaran semula jadi dengan cara baharu yang sepenuhnya bagi meningkatkan usaha pemuliharaan membina masa depan mampan.”
Inisiatif IoF akan membolehkan pemantauan terperinci dan pengumpulan data, daripada penderia tanah dan kamera yang dipasang di hutan hujan, dengan data yang dikumpulkan diproses setempat menggunakan peranti VeeaHub dalam gugusan jejaring yang dipasang di zon yang dipilih dengan teliti di seluruh hutan hujan dengan penggunaan rangkaian satelit untuk menghantar data. Gabungan data melalui penyepaduan data tanah yang diproses, dari sumber berbeza, bersama-sama dengan LIDAR berasaskan satelit dan/atau Imejan beresolusi tinggi dengan aplikasi pembelajaran mesin dan kecerdasan buatan (AI), memberikan cerapan penting dan pengetahuan lanjutan tentang hubungan antara dinamik landskap, keadaan persekitaran, aktiviti manusia, pemboleh ubah biofizikal dan stok semula jadi. Pelbagai keupayaan yang dipasang atur dengan IoF menyediakan mekanisme pemantauan, pelaporan dan pengesahan (MRV) berkesan yang boleh membawa pengetahuan masa nyata tentang keadaan tanah, seperti permulaan kebakaran liar dan perubahan penggunaan tanah, seperti pembasmian hutan, yang merupakan punca utama kehilangan biodiversiti, di samping menyediakan perlindungan dan pengukuhan hak dan mata pencarian komuniti setempat.
“Misi kami ialah untuk memacu penyelesaian berinovatif yang menggalakkan pembangunan mampan dan menambah baik kesejahteraan hampir 50 juta penduduk rantau Amazon dengan ketara, sambil membantu dengan pemeliharaan biom untuk generasi akan datang,” kata Rodrigo Veloso, Ketua Pegawai Eksekutif O.N.E. Amazon.
Robert Spencer, ketua alam semula jadi dan kelestarian global AECOM, berkata: “Teknologi alam semula jadi merevolusikan cara kita membuat keputusan tentang persekitaran hutan tropika Amazon yang unik dan komuniti yang bergantung kepadanya. Dengan memanfaatkan data secara langsung, kita boleh memastikan tindakan berkesan dan mampan. AECOM komited untuk memacu keputusan yang lebih baik dan hasil komuniti melalui perkongsian tertumpu kepada alam semula jadi yang berkuasa ini.”
Platform teknologi IoF yang dicipta oleh rakan kongsi ekosistem menawarkan keupayaan untuk bukan sahaja melindungi ekosistem hutan hujan dan pemuliharaan biodiversiti, tetapi juga menyokong ketersambungan internet berasaskan satelit untuk komuniti setempat. Ini menyediakan aplikasi bantuan AI pinggir untuk membolehkan perniagaan yang mampan seperti Perladangan Pintar dengan pertanian jitu, pengurusan air, ekopelancongan, rangkaian pengeluaran tenaga boleh baharu dan penyesuaian perubahan iklim.
Platform pengkomputeran pinggir-awan hibrid Veea membolehkan rangkaian lanjutan, aplikasi pinggir yang disokong oleh ketersambungan dan jejaring aplikasi, rantaian blok, IoT/IIoT/AIoT dan teknologi pengurusan data — kesemuanya digabungkan menyediakan penyelesaian “hektar terakhir” bersepadu yang tinggi dalam hutan hujan, seperti:
• Menyediakan akses kepada kandungan untuk pendidikan, penjagaan kesihatan, latihan, berita dan maklumat hibur yang mempunyai cache setempat dan dikemas kini dengan kerap
• Merancang dan menguruskan penyelesaian tenaga yang berpatutan dan boleh baharu
• Memantau pencemaran air, kualiti udara, bencana alam dan perubahan iklim
Maklumat Tentang VeeaVeea® menjadikan hidup dan bekerja dengan teknologi pinggir lebih mudah dan selamat. Veea telah menyatukan pengkomputeran berbilang penyewa, komunikasi berbilang protokol berbilang akses, storan pinggir dan penyelesaian keselamatan siber melalui produk terurus awan dan pinggir bersepadu yang sepenuhnya. Produk rintisan Pengkomputeran Pinggir Berbilang Akses (MEC) Veea yang dibangunkan dari bawah dalam faktor bentuk kompak menyatukan kefungsian yang kebiasaannya disediakan melalui mana-mana gabungan pelayan, peranti Storan Terlampir Rangkaian (NAS), penghala, tembok api, Titik Akses Wi-Fi ( AP), get laluan IoT, akses wayarles 4G atau 5G dan Pengkomputeran Awan (CC) melalui pelbagai perkakasan, perisian dan sistem yang disepadukan dan diselenggarakan oleh ahli profesional IT/OT. Jika dibandingkan dengan penyelesaian tersebut, Platform Pinggir Veea menawarkan daya responsif aplikasi, memperkuat keselamatan siber, privasi data dan kesedaran konteks, mengurangkan kos pengangkutan data serta jumlah kos pemilikan, sambil menyediakan pemasangan, operasi, pemantauan dan penyelenggaraan rangkaian pinggir yang mudah. Di tengah-tengah produk VeeaHub terdapat pelayan Linux dengan persekitaran perisian dimayakan tindanan penuh untuk aplikasi natif awan yang dijalankan dalam bekas Secured DockerTM, dengan data pengguna dan pengasingan aplikasi yang tinggi, Perangkaian Perisian Tertakrif (SDN), Virtualisasi Fungsi Rangkaian (NFV) dan keselamatan siber, menyampaikan perangkaian konvergen hiper melalui ketersambungan dan rangkaian jejaring pengkomputeran. Penyelesaian siap guna bersepadu sepenuhnya menawarkan pengurusan awan peranti, aplikasi dan perkhidmatan nilai tambah yang menyeluruh dengan Akses Rangkaian Percaya Sifar (ZTNA) dan, secara pilihan, tawaran pasang dan pakai yang amat dipermudah berasaskan 5G Akses Selamat Perkhidmatan Pinggir (SASE). Platform Pinggir Veea mendayakan sambungan terus dari rangkaian gentian optik kawasan luas, selular dan satelit ke rangkaian kawasan setempat yang dicipta oleh gugusan jejaring VeeaHub melalui peranti Wi-Fi dan IoT yang diuruskan rangkaian seperti selular - keupayaan unik dipatenkan yang dipanggil sebagai penghirisan rangkaian. Portal Pembangun Veea dan alatan pembangunan menyediakan pembangunan pesat aplikasi pinggir, secara pilihan, dengan AI Pinggir. Veea telah melaksanakan pelbagai penyelesaian yang menjimatkan kos untuk tawaran B2B dan B2B2C melalui penyedia perkhidmatan, rakan kongsi saluran, penyepadu sistem, rakan kongsi perusahaan dan agensi kerajaan untuk peruncitan pintar, pembinaan pintar, logistik dan gudang pintar, ladang pintar dan rumah hijau, bangunan pintar , sekolah pintar, hospital pintar, muzium pintar sehingga bandar pintar. Veea telah ditubuhkan pada tahun 2014 dan beribu pejabat di New York City dengan sejarah yang kaya dengan inovasi utama dalam pembangunan perangkaian lanjutan, teknologi wayarles dan pengkomputeran, bersama dengan lebih 103 paten yang diberikan dan 33 paten sedang diproses dalam aspek utama teknologi pengkomputeran pinggir konvergen hiper. Untuk maklumat lanjut, kunjungi
veea.com dan ikuti kami di
X dan
LinkedIn.
Maklumat Tentang O.N.E. AmazonSebagai perintis dalam penyepaduan kelestarian, tokenisasi, teknologi dan pasaran kewangan, O.N.E. Amazon membangunkan penyelesaian berinovatif untuk menangani cabaran alam sekitar. Misi syarikat ialah untuk menggalakkan pertumbuhan ekonomi dan meningkatkan kesejahteraan sosial di rantau Amazon melalui Dana Impaknya O.N.E. Amazon terlibat secara aktif dengan kerajaan, pemilik tanah persendirian, puak orang asli, NGO dan perusahaan swasta di wilayah hutan hujan Amazon di seluruh Bolivia, Brazil, Colombia, Ecuador, Guyana, Peru, Suriname, Venezuela dan Guiana Perancis. Sila kunjungi
www.oneamazon.com.
Maklumat Tentang AECOMAECOM ialah firma perundingan infrastruktur yang dipercayai di dunia, menyampaikan perkhidmatan profesional sepanjang kitaran hayat projek – daripada penasihat, perancangan, reka bentuk dan kejuruteraan kepada pengurusan program dan pembinaan. Dalam projek merangkumi pengangkutan, bangunan, air, tenaga baharu dan alam sekitar, pelanggan sektor awam dan swasta mempercayai kami untuk menyelesaikan cabaran paling kompleks yang dihadapi. Pasukan kami didorong oleh tujuan bersama untuk menyampaikan dunia yang lebih baik melalui kepakaran teknikal dan digital kami yang tiada tandingan, budaya kesaksamaan, kepelbagaian dan keterangkuman, serta komitmen terhadap keutamaan alam sekitar, sosial dan tadbir urus. AECOM ialah firma Fortune 500 dan perniagaan Perkhidmatan Profesional memperoleh hasil sebanyak $14.4 bilion pada tahun fiskal 2023. Lihat cara kami menyampaikan warisan yang mampan untuk generasi akan datang di
aecom.com dan
@AECOM.
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
Individu untuk DihubungiHubungan Media:James Christopherson
Sterling Communications untuk Veea Inc.
veea@sterlingpr.com Sumber: Veea
--BERNAMA