ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

November 28, 2024 -Khamis

 
  CRH MEMBANGUNKAN LADANG ANGIN UNTUK MENJANA KUASA KE KILANG SIMEN DI ROMANIA

Tuesday 05/11/2024



Table

(Foto: Business Wire)


NEW YORK, 5 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- CRH (NYSE: CRH), penyedia penyelesaian bahan binaan terkemuka, telah membangunkan ladang angin baharu untuk membekalkan tenaga elektrik boleh baharu ke Kilang Simen Medgidia di Romania. Ladang angin itu ialah yang pertama seumpamanya di negara ini bertujuan menjana kuasa secara eksklusif ke kilang simen. Langkah ini akan memenuhi sebahagian besar keperluan tenaga tahunan Kilang Medgidia, membantu mengurangkan jejak karbon produk yang dihasilkan, sambil turut menyumbang kepada peralihan tenaga bersih Romania.

Eunice Heath, Ketua Pegawai Kelestarian, CRH, berkata: “Ini ialah projek tenaga bersih yang penting untuk CRH dan merupakan satu daripada banyak cara kami membantu mewujudkan persekitaran binaan yang lebih bingkas dan mampan. Membina ladang angin bertujuan menjana kuasa satu daripada kilang simen kami menunjukkan komitmen kami untuk menyahkarbon dan menyediakan penyelesaian bahan binaan rendah karbon bagi pelanggan kami untuk membantu memenuhi keperluan pembinaan yang sentiasa berubah.”

CRH secara aktif melabur dalam tenaga bersih bagi membantu menyediakan produk dan penyelesaian karbon rendah untuk pelanggan. Dengan meningkatkan penggunaan sumber tenaga boleh baharu seperti tenaga angin dan suria dalam operasi dan menjana tenaga elektrik boleh baharu di tapak lokasi, CRH mengambil langkah penting ke arah mencapai sasaran peneraju industri untuk mengurangkan pelepasan karbon mutlak sebanyak 30% menjelang tahun 2030.

Projek ini bermula pada bulan Ogos 2023 dan kini, ladang angin tersebut beroperasi sepenuhnya. Terdiri daripada lima turbin, ladang ini mempunyai jumlah kapasiti terpasang kira-kira 30 MW dan anggaran pengeluaran bersih tahunan sebanyak 80 GWj. Ini akan membantu mengurangkan pelepasan CO₂ berkaitan tenaga kebangsaan Romania sebanyak 40,000 tan.

Maklumat Tentang CRH
CRH (NYSE: CRH, LSE: CRH) ialah penyedia penyelesaian bahan binaan terkemuka yang membina, menghubungkan dan menambah baik dunia kita. Mengambil pekerja seramai c.78,500 di c.3,390 lokasi operasi di 28 negara, CRH mempunyai kedudukan sebagai peneraju pasaran di Amerika Utara dan Eropah. Sebagai rakan kongsi penting untuk pengangkutan dan projek infrastruktur utiliti kritikal, pembinaan bukan kediaman yang rumit dan penyelesaian kehidupan luar, tawaran unik bahan, produk dan perkhidmatan nilai tambah CRH membantu menyampaikan persekitaran binaan yang lebih bingkas dan mampan. Syarikat itu disenaraikan dalam kalangan peneraju sektor oleh agensi penarafan Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG). Satu daripada syarikat Fortune 500, saham CRH disenaraikan di NYSE dan LSE. Untuk maklumat lanjut, kunjungi: www.crh.com.

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada: 
https://www.businesswire.com/news/home/54145959/en

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Individu untuk Dihubungi
media@crh.com

Sumber: CRH

--BERNAMA

 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.