ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

November 28, 2024 -Khamis

 
  KAJIAN SETEMPAT SUKARELA SHANGHAI BERKONGSI AMALAN PEMBANGUNAN BANDAR LESTARI CHINA DENGAN DUNIA

Tuesday 05/11/2024

AsiaNet 0200495

Table

Kajian Setempat Sukarela Shanghai


SHANGHAI, 5 Nov., 2024 /Xinhua-AsiaNet/--

Kajian Setempat Sukarela Shanghai 2024 untuk menandakan Hari Bandar Raya Sedunia berkongsi amalan dan pengalaman bagi bandar raya mega dan yang bersaiz besar di dalam menggalakkan pembangunan lestari dengan dunia.

Dengan bertemakan "Keterangkuman · Karbon Rendah · Pertumbuhan," Kajian Setempat Sukarela Shanghai 2024 itu menjalankan satu penilaian menyeluruh terhadap lapan sasaran semakan keutamaan, iaitu "Kebuluran Sifar," "Kesaksamaan Gender," "Air Bersih dan Sanitasi," "Industri, Inovasi, dan Infrastruktur," "Bandar raya dan Komuniti Lestari," "Tindakan Iklim," "Kehidupan Di Bawah Air," dan "Keamanan, Keadilan dan Institusi yang Kuat", demikian menurut Pusat Penyelarasan Shanghai bagi Hari Bandar Raya Sedunia.
 
Laporan itu membentangkan inisiatif utama dan kes-kes contoh bagi amalan Shanghai di dalam bidang pembangunan lestari dari pelbagai perspektif.

Pada 25 September, 2015, semasa Sidang Kemuncak Pembangunan Lestari Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, kesemua 193 negara anggota telah menandatangani Agenda 2030 untuk Pembangunan Lestari, yang menggariskan 17 Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) yang meliputi aspek ekonomi, sosial dan alam sekitar.

Sebagai tindak balas kepada jemputan daripada PBB-Habitat, Shanghai telah memulakan semakan tempatan sukarela mereka pada tahun 2021. Sehingga kini, Kajian Setempat Sukarela Shanghai telah mencapai semakan menyeluruh yang meliputi kesemua 17 SDG.
 
Penyusunan Kajian Setempat Sukarela Shanghai itu kini telah menjadi satu amalan biasa bagi Shanghai di dalam menggalakkan pembangunan lestari.

Kajian tempatan itu menawarkan satu rangka kerja logik untuk visi strategik bagi pembangunan bandar dan matlamat pembangunan lestari bagi Shanghai. Ia menyemak secara sistematik langkah-langkah dan kemajuan yang dibuat di dalam pelbagai bidang yang menggalakkan kelestarian bandar di Shanghai, dan secara konsisten memperkenalkan kes-kes tempatan bagi pembangunan lestari.

Sumber: Pusat Penyelarasan Shanghai bagi Hari Bandar Raya Sedunia

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.