ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

November 28, 2024 -Khamis

 
  ABU DHABI MEMPERKENALKAN STEERAI, USAHA TEKNOLOGI BAHARU SEDIA MENGUBAH KENDERAAN PERINDUSTRIAN KEPADA KUASA AUTONOMI

Tuesday 05/11/2024



Abu Dhabi unveils SteerAI, a new tech venture set to transform industrial vehicles into autonomous powerhouses (Photo: AETOSWire)
 
Abu Dhabi memperkenalkan SteerAI, usaha teknologi baharu sedia mengubah kenderaan perindustrian kepada kuasa autonomi (Foto: AETOSWire)

 
  • Tindanan perisian dan kit perkakasan termaju SteerAI menjadikan kenderaan perindustrian berautonomi
  • Usaha baharu, dikuasakan oleh VentureOne, cabang pengkomersialan ATRC, akan bermula dengan kenderaan darat dan berkembang kepada kenderaan laut
ABU DHABI, Emiriah Arab Bersatu, 5 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Cabang pengkomersialan Majlis Penyelidikan Teknologi Lanjutan (ATRC), VentureOne, telah melancarkan SteerAI, menawarkan sistem mobiliti termaju yang dikuasakan oleh AI, serta boleh mengubah kenderaan perindustrian standard kepada kuasa autonomi.

Untuk bermula bagi memenuhi keperluan sektor logistik dan pertahanan, SteerAI menggunakan kit perkakasan, tindanan perisian dan sistem pengurusan flit untuk membolehkan kenderaan darat berautonomi menangani misi rumit dengan ketepatan dan kecekapan tinggi, menjimatkan masa dan sumber sambil melindungi tenaga kerja manusia. Teknologi SteerAI dibangunkan oleh pakar dari Institut Inovasi Teknologi (TII), cabang penyelidikan gunaan ATRC.

Tuan Yang Terutama Faisal Al Bannai, Penasihat Presiden UAE dan Setiausaha Agung ATRC, berkata, “Pelancaran SteerAI merupakan pencapaian penting bagi mengukuhkan penerajuan UAE dalam bidang teknologi autonomi. Di ATRC, visi kami ialah untuk terus menganjak sempadan inovasi dan SteerAI menunjukkan cara kami mengubah penyelidikan rintisan kepada penyelesaian dunia sebenar yang memacu impak ketara.”

“Kami bukan sekadar telah mencipta kenderaan berautonomi—malah kami telah mencipta ‘otak’ kenderaan berautonomi,” menurut Dr. Najwa Aaraj, Ketua Pegawai Eksekutif TII. “Algoritma navigasi lanjutan berfungsi dengan penderia canggih sebagai sebahagian daripada sistem modular yang cekap, serta boleh berfungsi pada mana-mana kenderaan dan yang berpotensi mengubah cara kita bergerak.”

Kenderaan berautonomi yang dikuasakan oleh sistem SteerAI akan dapat berfungsi secara tekal dan tepat antara titik navigasi dengan masa henti yang minimum. Tindanan perisian berfungsi bersama dengan penderia yang sepadan bagi membenarkan kenderaan memberikan respons dengan pantas terhadap potensi bahaya, bergerak mengelilingi halangan dan beroperasi dengan lancar walaupun dalam keadaan persekitaran yang mencabar dan kawasan yang tidak dipetakan.

Selain membolehkan mobiliti berautonomi sepenuhnya, perisian SteerAI juga memudahkan pengurusan flit dari jauh, menyediakan perancangan dan pemantauan misi serta analisis dipacu data untuk memastikan penggunaan dan prestasi kenderaan yang optimum.

“Pelancaran SteerAI mewakili pencapaian penting dalam perjalanan kami memacu impak positif melalui penggunaan teknologi canggih,” kata Reda Nidhakou, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif VentureOne. “Keperluan mobiliti dalam logistik dan pertahanan adalah sengit, rumit dan mahal. Sistem autonomi agnostik kenderaan kami mentakrifkan semula kecekapan dan ketepatan operasi sambil melindungi aset syarikat paling berharga—warga kerja. Misi kami ialah untuk memanfaatkan teknologi bagi membantu rakan kongsi kami mengubah cara perniagaan masing-masing beroperasi.”

SteerAI ialah usaha perniagaan kedua yang dilancarkan oleh VentureOne. AI71, yang dilancarkan pada bulan November 2023, mencipta penyelesaian perniagaan menggunakan model AI generatif Falcon TII.

*Sumber: AETOSWire

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada: https://www.businesswire.com/news/home/54145916/en

Individu untuk Dihubungi

Audrey Fernandes
Audrey.fernandes@edelman.com
 
Sumber: Majlis Penyelidikan Teknologi Lanjutan 

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.