|
|
November 28, 2024 -Khamis |
|
|
|
|
|
|
BANDAR RAYA YANG BERPUSATKAN RAKYAT UNTUK KEHIDUPAN YANG LEBIH BAIK DISERLAHKAN DALAM EKSPO SENI BINA DAN BANDAR RAYA ANTARABANGSA SHANGHAI 2024
Tuesday 05/11/2024
AsiaNet 0200496
SHANGHAI, 5 Nov., 2024 /Xinhua-AsiaNet/--
Ekspo Seni Bina dan Bandar Raya Antarabangsa Shanghai 2024 telah diadakan di Pusat Pameran dan Konvensyen Ekspo Dunia Shanghai dari 31 Oktober hingga 2 November sebagai satu daripada acara utama di Shanghai untuk menandakan Hari Bandar Raya Sedunia tahun ini, demikian menurut Pusat Penyelarasan Shanghai bagi Hari Bandar Raya Sedunia.
Titik permulaan dan matlamat akhir bagi pembinaan dan pembangunan bandar di sesebuah bandar raya adalah untuk mewujudkan sebuah kehidupan yang lebih baik dan lebih bahagia untuk rakyat. Ekspo tahun ini telah mengadakan satu pameran khusus untuk mempamerkan pencapaian di dalam membina sebuah bandar raya yang berpusatkan rakyat di Shanghai, yang dimanifestasikan dalam pembaharuan bandar, persekitaran yang boleh didiami, pembangunan hijau dan rendah karbon, dan bandar raya pintar.
Shanghai masih berada di tengah-tengah pembangunan transformatif. Dengan tumpuan kepada projek-projek pembinaan utama, kemajuan yang ketara sedang dibuat di dalam kemajuan bagi makmal-makmal utama, serta projek perindustrian berteknologi tinggi di Pudong, Lingang dan Zhangjiang. Susun atur bandar raya itu untuk membina sebuah pusat inovasi teknologi sains antarabangsa secara amnya sedang dibentuk.
Kehijauan meliputi keseluruhan bandar raya itu. Talian ekologi bandar bulatan yang bertenaga dan hidup bersinar seperti sebuah mutiara yang mempesonakan, manakala ruang hijau di dalam bandar raya itu tertanam seperti satu permaidani hijau, yang menyediakan pelbagai pilihan bagi penduduk dan pelancong untuk menerokai keindahan alam semula jadi.
Shanghai terus menambah baik sistem perumahan dan penyewaan berbilang peringkatnya untuk memenuhi keperluan penduduk yang berbeza dan meningkatkan bekalan bagi rumah mampu milik yang berkualiti tinggi dalam usaha untuk meningkatkan daya saing dan kuasa lembut bandar raya itu untuk menjadikannya sebuah tempat kediaman yang selesa.
Bandar raya itu juga mempunyai gabungan budaya yang baik. Pembaharuan bandar bagi Jalan Yuyuan telah memberi nafas baharu kepada jalan berabad lamanya ini melalui peningkatan infrastruktur yang mengimbangi penampilan dan kandungan, peningkatan komersial yang menggabungkan kecergasan tempatan dengan trend fesyen, serta peningkatan industri yang menggalakkan pembangunan perindustrian dan transformasi bandar.
Pembaharuan bandar, pembangunan lestari, perkhidmatan harian yang boleh diakses oleh komuniti bandar dalam radius 15 minit, perkhidmatan yang mesra untuk semua peringkat umur, dsb., kesemua contoh yang ditunjukkan pada ekspo ini memberikan satu gambaran sepintas lalu mengenai transformasi Shanghai yang sentiasa berubah.
Sumber: Pusat Penyelarasan Shanghai bagi Hari Bandar Raya Sedunia
--BERNAMA |
|
|
|
|
|