ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

November 28, 2024 -Khamis

 
  BLACK & VEATCH TELAH DIPILIH SEBAGAI JURUTERA PEMILIK UNTUK LOJI JANA KUASA KITARAN GABUNGAN DI MALAYSIA TIMUR

Wednesday 06/11/2024



Loji jana kuasa ini menyumbang kepada Peta Hala Tuju Gas Sarawak, yang penting untuk mencapai matlamat Sarawak untuk menggandakan ekonominya menjelang tahun 2030.

SARAWAK, Malaysia, 6 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Black & Veatch, sebagai peneraju global dalam penyelesaian infrastruktur kritikal telah dipilih sebagai jurutera pemilik untuk Loji Jana kuasa Gas Turbin Gabungan Miri (Miri CCGT) milik PETROS Power Sdn Bhd (PETROS Power) di Sarawak, Malaysia.

Loji Jana kuasa Gas Turbin Gabungan Miri (Miri CCGT) akan menjadi alternatif beremisi rendah berbanding loji janakuasa berasaskan arang batu. Loji Miri CCGT dijangka mempunyai kapasiti sebanyak 500 megawatt (MW) dan bertujuan untuk membekalkan tenaga kepada Grid Negeri Sarawak.

“Pengetahuan Black & Veatch tentang kod dan piawaian kejuruteraan khusus antarabangsa serta negara, serta struktur kontrak membantu mengurangkan risiko kos dan jadual project secara sistematik untuk menjamin pelaksanaan projek,” kata Narsingh Chaudhary, Presiden Asia Pasifik dan India, Black & Veatch. “Dengan merapatkan jurang antara piawaian kejuruteraan yang berbeza, Black & Veatch menawarkan jaminan kepada klien progresif seperti PETROS Power bahawa kontraktor kejuruteraan, perolehan dan pembinaan (EPC) dapat menunaikan komitmen projek dengan kos efektif.”

Black & Veatch akan menyediakan kepakaran teknikal, pengetahuan dan pemindahan teknologi, serta sokongan untuk pengurusan dan pentadbiran kontrak kejuruteraan, perolehan, pembinaan, dan pentauliahan (EPCC).

Black & Veatch mempunyai pengalaman luas dalam mereka bentuk dan membina loji kuasa kitaran gabungan untuk pelbagai tetapan, termasuk tapak baharu, pengembangan stesen jana kuasa elektrik wap sedia ada dan penukaran turbin pembakaran kitaran mudah yang sedia ada kepada operasi kitaran gabungan.

Hubungi Black & Veatch untuk maklumat lanjut.

Perihal Black & Veatch

Black & Veatch ialah sebuah syarikat kejuruteraan, perolehan, perundingan dan pembinaan global yang dimiliki sepenuhnya oleh pekerjanya dengan rekod inovasi dalam infrastruktur lestari selama lebih daripada 100 tahun. Sejak tahun 1915, kami telah membantu para pelanggan kami meningkatkan kehidupan masyarakat di seluruh dunia dengan menangani ketahanan dan kebolehpercayaan aset infrastruktur terpenting. Ikuti kami di www.bv.com dan LinkedIn, Facebook, X (Twitter) serta Instagram.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
Butiran Hubungan

Maklumat Hubungan Media:
EMILY CHIA | +65 6335 6623 P | Chialp@bv.com
E-MEL MEDIA 24-JAM | Media@bv.com
 
Sumber: Black & Veatch 

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.