ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Disember 04, 2024 -Rabu

 
  'ALANG RENTAK SERIBU' - JKKN MENGANGKAT NASKAH SENIMAN NEGARA KE-5 SEBAGAI KARYA AGUNG

Wednesday 06/11/2024



Table
Poster Pementasan Karya Agung : Teater 'Alang Rentak Seribu' di Auditorium Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Perak 
 
IPOH, 6 Nov (Bernama) -- Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Perak dengan kerjasama Majlis Kebudayaan Perak (MKP) menampilkan naskhah Seniman Negara Ke-5 iaitu YBhg.Dato' Syed Alwi Bin Syed Hasan sebagai "Karya Agung : ‘Alang Rentak Seribu’ dipentaskan di Auditorium, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Perak pada 8 dan 9 November 2024 (Jumaat & Sabtu) jam 8.30 malam dianggap sebagai naskhah lagenda yang kekal relevan hingga kini.
 
Seramai 60 tenaga produksi dan barisan pelakon yang menjayakan pementasan teater yang diolah dan diarahkan oleh Saudara Ard Omar. Turut menampilkan pelakon hebat antaranya Azizah Mahzan, Nesa Idrus, Faha Azhar, Pak Chu (Raja Lawak), Rosli Rahman Adam, Faris Jamhari, dan ramai lagi. Teater ini menceritakan tentang Alang seorang pemuda kampung yang memiliki banyak kebolehan dan bijak mengawal segala permasalahan yang timbul. Kisah bermula apabila sekumpulan rombongan dari Filem Negara datang ke kampung untuk tujuan penggambaran filem yang mengisahkan kehidupan di kampung pada ketika itu. Pelbagai kejadian berlaku disebabkan pertembungan nilai dan pendapat di antara penduduk kampung dan juga krew filem yang datang dari Kuala Lumpur.
 
Pementasan teater turut dimeriahkan dengan aktiviti sampingan seperti pertandingan Mewarna Keluarga, Jom Belajar Main Gasing, Pentas Teater kanak-kanak bersama Cikgu Shidi dan Ate Moh Nyembang.
 
Pementasan ini juga bertujuan untuk memperkenalkan dan menghargai karya-karya besar hasil nukilan Seniman Negara Ke-5 seperti Dato' Syed Alwi Bin Syed Hasan. Dengan mementaskan karya ini, ia memberikan penghormatan kepada pengarang dan karya beliau, sambil memelihara warisan sastera yang bernilai tinggi untuk generasi masa depan
 
“Pencinta seni teater yang dahagakan naskah lagenda dipertontonkan di negeri Perak menjadi kenyataan apabila karya agung YBhg.Dato' Syed Alwi Bin Syed Hasan : ‘Alang Rentak Seribu’ dipilih untuk dipentaskan. Respon positif dengan sambutan baik bagi jualan tiket yang hampir habis pada awal minggu jualan tiket dibuka, sekaligus membuktikan sokongan penggiat seni dan pencinta seni yang inginkan naskah hebat sebegini dipertontonkan. Selain daripada itu nama-nama pelakon hebat seperti Azizah Mahzan, Rosli Raman Adam, Pak Chu (Raja Lawak) dan ramai lagi antara daya tarikan bagi orang ramai hadir melihat kehebatan senior-senior lakonan beraksi secara langsung” jelas Encik Abd. Rashid Bin Abdullah, Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Perak.
 
Program Karya Agung ini merupakan inisiatif Belanjawan 2024 yang diperkenalkan oleh kerajaan bagi mengangkat karya-karya yang telah diiktiraf diperingkat negeri dan juga negara selain bertujuan menyemarakkan dan mengangkat karya seni, sastera, teater warisan, dan karya agung tempatan. Pementasan teater ini oleh JKKN Perak dan Majlis Kebudayaan Perak merupakan satu usaha untuk terus menyemarak dan mengembangkan seni teater dalam kalangan generasi muda di negeri tersebut.
 
Orang ramai dijemput hadir beramai-ramai menyaksikan pementasan teater ini dan boleh dapatkan pas masuk dengan hubungi talian dalam poster. Maklumat dan keterangan lanjut mengenai program ini, orang ramai boleh melayari media sosial JKKN Perak atau melalui pautan www.facebook.com/mysenibudaya dan laman web JKKN.
 
Dikeluarkan Oleh:
Unit Komunikasi Korporat
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Perak 

SUMBER: Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI: 
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Perak 
Tel: 05-2537001 
Faks: 05-2417017
Emel: jkknperak@gmail.com
Facebook, Instagram, Twitter & YouTube, Tik Tok: JKKN Perak 

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.