ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

November 28, 2024 -Khamis

 
  DUCK CREEK TECHNOLOGIES DIPILIH UNTUK MENYAMPAIKAN PENYELESAIAN PENTADBIR DASAR, PENGEBILAN DAN DATA BAHARU MDA NATIONAL

Friday 08/11/2024



Perkongsian itu akan membantu MDA National meningkatkan sokongan yang ditawarkan kepada ahlinya dan dengan itu mengukuhkan penjagaan perubatan yang tersedia untuk komuniti 


SYDNEY, 8 Nov (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) --
 Duck Creek Technologies, penyedia penyelesaian pintar yang mentakrifkan masa depan hartanah dan kemalangan (P&C) serta insurans am, telah dipilih oleh MDA National (MDAN), sebuah organisasi pertahanan perubatan di seluruh Australia yang menyediakan sokongan dan perlindungan kepada lebih 50,000 ahli, untuk menyampaikan pentadbiran dasar baharu, portal pemegang polisi, pengebilan dan penyelesaian analitik dan cerapan generasi akan datang MDAN. Platform Duck Creek akan membantu MDAN membangun dan menyediakan perkhidmatan baharu yang inovatif, layan diri ahli yang ditambah baik dan keupayaan pengurusan risiko dipacu data yang dipertingkatkan yang membolehkannya meningkatkan sokongan dan perlindungan yang ditawarkan kepada pangkalan ahli pengamal perubatan MDAN yang semakin membesar, seterusnya mengukuhkan penjagaan perubatan tersedia untuk masyarakat. 

Platform OnDemand berasaskan awan Duck Creek akan menggantikan sistem warisan MDAN untuk menambah baik kemudahan menjalankan perniagaan untuk para ahli dan juga kakitangan, meningkatkan kepantasan perubahan serta membantu mencipta model yang diterajui perkhidmatan yang lebih tangkas dan inovatif. Penyelesaian Duck Creek diutamakan kerana keupayaan luar biasanya, seni bina modular yang boleh digunakan semula dan boleh disesuaikan, reka bentuk yang diterajui pengalaman pengguna, kebolehkonfigurasian, automasi dan kapasiti kalis masa hadapan. Pengalaman luas Duck Creek dalam menyediakan perkhidmatan pasaran indemniti perubatan tempatan dan antarabangsa juga merupakan faktor yang memberikan pengaruh signifikan kepada pemilihan tersebut.. 

"Mentransformasikan keupayaan teknologi kami melalui perkongsian kami dengan Duck Creek akan mempertingkatkan keupayaan kami secara signifikan dalam melaksanakan tujuan kami untuk menyokong dan melindungi ahli sambil mempromosikan amalan perubatan yang baik, yang akan membawa kepada masa depan yang berjaya dan mampan," kata Ian Anderson, Ketua Pegawai Eksekutif MDA National.  

“Selain daripada membolehkan pertumbuhan keahlian, program tersebut akan membolehkan perkhidmatan baharu dicipta dengan tangkas dan dengan itu ia dapat menyokong keperluan ahli yang sentiasa berubah, membolehkan akses kepada data yang memberikan kami keupayaan yang dipertingkatkan untuk menangkap peluang dan mengurus risiko secara proaktif,” katanya. “Peningkatan dalam automasi akan meningkatkan produktiviti dan mengekalkan kos yang rendah untuk ahli sambil membebaskan pasukan kakitangan kami yang berdedikasi untuk terus memberikan bimbingan dan penjagaan peribadi yang diperlukan oleh ahli kami.” 

“Kami berharap untuk menjadi rakan kongsi teknologi strategik kepada MDAN kerana ia menyampaikan tawaran baharu dan inovatif yang memenuhi dan melangkaui keperluan profesional perubatan Australia yang semakin berkembang,” kata Christian Erickson, Pengarah Urusan APAC Duck Creek Technologies. “Duck Creek terus memenuhi keperluan rakan kongsi dan pelanggan kami dengan menyampaikan teknologi SaaS insurans kritikal misi kepada indemniti perubatan utama dan penanggung insurans am di Australia dan seluruh dunia.”

Perihal MDA National 

MDA National ialah Pertubuhan Pertahanan Perubatan (MDO) dimiliki Ahli, yang menyediakan sokongan perubatan undang-undang dan perlindungan komprehensif kepada lebih 50,000 Ahli dan Pihak Diinsuranskan di seluruh Australia. Beroperasi sejak 1925, tujuan tunggal organisasi ini adalah memberikan sokongan dan perlindungan yang diperlukan oleh Ahli supaya mereka boleh terus menyediakan penjagaan perubatan yang berkualiti, justeru, memberi manfaat kepada komuniti tempat kita tinggal.  

Kami mempunyai pasukan penasihat perubatan undang-undang dan pengurus kes dalaman yang berdedikasi untuk memberi nasihat perubatan undang-undang yang diperibadikan tepat pada masanya serta penjagaan yang tidak berbelah bahagi. Kami kekal komited untuk menjadi organisasi yang kukuh dari segi kewangan dan mampan yang menyokong Ahli kami sepanjang setiap peringkat kerjaya profesional mereka, dengan akses kepada sumber tambahan seperti pendidikan (atas permintaan) bertauliah CPD, latihan pembangunan profesional dan sokongan kesihatan serta kesejahteraan. 

Perihal Duck Creek Technologies 

Duck Creek Technologies ialah penyedia penyelesaian pintar global yang mentakrifkan masa depan industri hartanah dan kemalangan (P&C) serta insurans am. Kami merupakan platform yang membolehkan sistem insurans moden dibina, membolehkan industri memanfaatkan kuasa awan untuk menjalankan operasi yang tangkas, pintar dan malar hijau. Ketulenan, tujuan dan ketelusan adalah teras Duck Creek dan kami percaya insurans harus tersedia untuk individu dan perniagaan pada bila-bila masa,tidak kira tempat dan apa jua cara mereka memerlukannya. Penyelesaian peneraju syarikat kami tersedia secara kendiri atau secara suit lengkap dan semuanya tersedia melalui Duck Creek OnDemand. Layari www.duckcreek.com untuk penerangan lanjut. Ikuti Duck Creek di saluran sosial kami untuk maklumat terkini – Linkedin dan X.  

Hubungan Media 

Chris Hamilton 
Ketua Pemasaran & Komunikasi (APAC) 
E: Chris.hamilton@duckcreek.com 

SUMBER : Duck Creek Technologies

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.