ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

November 27, 2024 -Rabu

 
  CLOUDERA MEMPERKENALKAN PEMBANTU AI BAHARU UNTUK MEMBANTU MEMACU KECEKAPAN BAGI PENGAMAL DATA

Friday 15/11/2024



Cloudera Copilot untuk Cloudera AI memacu produktiviti, meningkatkan kerjasama dan menyokong pembelajaran berterusan untuk menambah baik hasil projek untuk saintis, jurutera dan pembangun data

SANTA CLARA, California dan PARIS, 15 Nov (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Cloudera, satu-satunya platform hibrid sebenar bagi data, analitik dan AI hari ini memperkenalkan Cloudera Copilot untuk Cloudera AI dalam persidangan EVOLVE24 Paris. Pembantu AI yang selamat dan pintar itu berupaya membantu meningkatkan produktiviti dan memperkemas aliran kerja data. Dibangunkan untuk memenuhi keperluan saintis, jurutera dan pembangun data, Cloudera Copilot menambah baik kebolehulangan merentasi projek, yang akhirnya membantu membolehkan perusahaan menghasilkan data, analitik dan aplikasi AI yang dipercayai dengan lebih cepat berbanding sebelum ini.

Dengan kedudukan penting dalam transformasi digital dan perjalanan AI, pengamal data menghadapi pelbagai cabaran produktiviti, kerjasama dan duplikasi yang semakin rumit. Pembantu AI mengatasi cabaran ini dengan meningkatkan pengalaman pengguna bagi pengamal data, sekali gus meyakinkan pemimpin IT yang ingin mendapatkan alat dipertingkat AI yang selamat. Dengan membenamkan pembantu dikuasakan AI terus ke dalam Cloudera, Cloudera Copilot membantu pengguna menulis kod yang berkualiti tinggi dan konsisten serta fokus pada inovasi dengan lebih berkesan dan selamat.

Cloudera merupakan salah satu vendor platform data dan analitik pertama yang menghasilkan pembantu AI yang disesuaikan khusus untuk pengamal data serta menawarkan penyepaduan mendalam dalam aliran kerja data dalam platform bergred perusahaan yang selamat, yang mengutamakan pematuhan dan tadbir urus. Cloudera Copilot beroperasi dalam ekosistem AI, yang menghasilkan bantuan pengekodan dipacu AI yang mantap serta menyediakan sokongan atas permintaan. Ini akan mengukuhkan lagi kedudukan Cloudera sebagai rakan kongsi data yang dipercayai dan peneraju penyelesaian AI hibrid yang selamat.

Cloudera Copilot khususnya:

· Mengautomasikan penjanaan kod, transformasi data dan penyelesaian masalah, yang membolehkan pengamal data memberikan tumpuan pada tugas dan inovasi berimpak tinggi.
· Menyediakan bantuan pengekodan yang konsisten, dan memperkasakan pasukan untuk bekerja dengan lebih berkesan merentasi pelbagai bahasa, pustaka dan aliran kerja.
· Disertakan dengan panduan atas permintaan, penyelesaian yang optimum dan cerapan untuk pengguna mengekalkan standard pengekodan yang tinggi, yang akhirnya dapat mengurangkan ralat dan meningkatkan hasil projek.

“Pengamal data merupakan nadi perusahaan dan dengan alat dikuasakan AI yang direka khusus untuk meningkatkan prestasi kerja mereka, seluruh perniagaan akan mendapat manfaatnya,” kata penganalisis industri, Sanjeev Mohan. “Pembantu AI seperti Cloudera Copilot meluaskan skop pekerja yang boleh mengakses alat AI agar seluruh organisasi dapat mengambil manfaat daripada AI sepenuhnya. Ini akan menghasilkan keterlihatan, kecekapan dan produktiviti yang lebih tinggi.”

“Cloudera akan terus memodenkan penyelesaian AI kami agar pelanggan mendapat akses mendalam kepada cerapan yang dipacu data secara besar-besaran,” kata Dipto Chakravarty, Ketua Pegawai Produk di Cloudera. “Hari ini, Cloudera menyediakan salah satu laluan terpantas untuk mencapai inisiatif AI yang dipercayai, dan Cloudera Copilot akan mempercepatkan lagi keupayaan perusahaan untuk memperoleh nilai perniagaan daripada data mereka melalui cerapan yang boleh dimanfaatkan.”

Layari blog Cloudera kami untuk mengetahui lebih lanjut tentang Cloudera Copilot untuk Cloudera AI.

Perihal Cloudera
Cloudera ialah satu-satunya platform hibrid sebenar bagi data, analitik dan AI. Dengan 100 kali ganda lebih data di bawah pengurusan berbanding vendor awan sahaja yang lain, Cloudera memperkasakan perusahaan global untuk mengubah semua jenis data, pada mana-mana awan awam atau persendirian kepada cerapan yang bernilai dan dipercayai. Lakehouse data terbuka kami menyampaikan pengurusan data berskala dan selamat dengan analitik asli awan mudah alih, membolehkan pelanggan membawa model GenAI kepada data mereka sambil mengekalkan privasi dan memastikan penggunaan AI yang bertanggungjawab dan boleh dipercayai. Jenama terbesar di dunia dalam perkhidmatan kewangan, insurans, media, pembuatan dan kerajaan mempercayai Cloudera untuk menggunakan data mereka bagi menyelesaikan perkara yang mustahil—hari ini dan pada masa hadapan.

Untuk mengetahui lebih lanjut, layari Cloudera.com dan ikuti kami di LinkedIn dan X. Cloudera dan tanda berkaitan ialah tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar Cloudera, Inc. Semua syarikat dan nama produk lain mungkin merupakan tanda dagangan pemilik masing-masing.

Hubungi
Jess Hohn-Cabana
cloudera@v2comms.com
 
SUMBER: Cloudera, Inc.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.