ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

November 27, 2024 -Rabu

 
  STEERLIFE DAN CALLIDUS RESEARCH LABORATORIES MEMBENTUK PERKONGSIAN STRATEGIK UNTUK MEMPERCEPATKAN PEMBANGUNAN UBAT INOVATIF

Friday 15/11/2024



BENGALURU, India, 15 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- STEERLife, perintis dalam teknologi pembangunan farmaseutikal, dan Callidus Research Laboratories, syarikat perkhidmatan pembangunan formulasi dengan pengalaman bertahun-tahun dalam pembangunan ubat farmaseutikal komprehensif, telah membentuk perkongsian strategik untuk mempercepatkan pembangunan ubat untuk pasaran global.  STEERLife ialah sebahagian daripada STEER World.

Kerjasama ini menggabungkan Teknologi canggih Hot Melt Extrusion (HME) dan Pemprosesan Berterusan STEERLife  dengan Kepakaran Pembangunan Ubat Farmaseutikal Callidus, yang menangani permintaan global untuk formulasi dan pembangunan ubat inovatif.

Dengan memanfaatkan gabungan kekuatan mereka, STEERLife dan Callidus akan memberikan perkhidmatan pembangunan ubat canggih kepada klien mereka di seluruh dunia menggunakan teknologi Hot Melt Extrusion (HME).  Perkongsian ini membolehkan kedua-dua organisasi menyepadukan pengetahuan dan kemahiran khusus mereka, memberikan penyelesaian inovatif dan tawaran produk yang dipertingkatkan.  Selain itu, kerjasama ini memudahkan rangkaian, hubungan, dan perkongsian jangkauan pasaran, membolehkan kedua-dua syarikat memasuki rantau dan segmen pelanggan baharu.  Bersama, mereka akan memenuhi permintaan global untuk formulasi farmaseutikal generasi seterusnya, dengan memberi perkhidmatan kepada syarikat generik dan jenama. 

Perkongsian ini juga membolehkan pembangunan ubat hujung-ke-hujung untuk API yang sangat mujarab.  Selain daripada keupayaan mereka yang saling melengkapi, kerjasama organisasi ini didorong oleh komitmen bersama mereka untuk menganjakkan sempadan inovasi untuk memajukan lagi pembangunan produk futuristik bagi pasaran global.

“Kerjasama kami dengan Callidus Research Laboratories mewakili lonjakan besar ke hadapan dalam inovasi farmaseutikal, “kata Indu Bhushan, CEO STEERLife.  “Kerjasama ini memperkasakan klien dengan teknologi terkini, kepakaran pembangunan produk yang menyeluruh dan keupayaan pembesaran yang lancar.”

“Pembangunan ini menunjukkan komitmen STEERLife okepada kecemerlangan, inovasi dan menghasilkan nilai yang luar biasa," kata En Bhushan.

"Bekerjasama dengan STEERLife meningkatkan keupayaan kami, membolehkan kami memberikan penyelesaian menyeluruh dan inovatif kepada syarikat farmaseutikal di seluruh dunia," kata Vardhaman Bafna, Pengasas bersama & Pengarah Callidus Research Laboratories. “Kerjasama ini menunjukkan tekad kami untuk menganjakkan sempadan, memupuk pertumbuhan dan menambah baik keputusan pesakit melalui penyelesaian farmaseutikal transformatif.”

Maklumat Tentang STEERLife

STEERLife, yang merupakan sebahagian daripada STEER World, ialah syarikat yang merintis sains hayat yang merevolusikan pembuatan dan penggunaan farmaseutikal melalui platform teknologi proprietari terkini.  Sebagai syarikat farmaseutikal India yang merintis perubahan daripada pemprosesan kelompok tradisional kepada pemprosesan berterusan tanpa gangguan, STEERLife memberikan penyelesaian penjagaan kesihatan yang luar biasa, mengutamakan kualiti, kecekapan dan berpusatkan pesakit, dan pada masa yang sama memupuk perkongsian dan pelaburan strategik dalam penyelidikan dan pembangunan inovatif.

Maklumat Tentang Callidus Research Laboratories

Callidus Research Laboratories ialah syarikat pembangunan formulasi yang ditubuh dan diuruskan oleh sepasukan ahli profesional daripada industri farmaseutikal yang mempunyai rekod prestasi yang cemerlang dalam memberikan perkhidmatan di pasaran seluruh dunia.

Pasukan di Callidus mempunyai kepakaran yang terbukti dalam pembangunan pelbagai bentuk dosej dan memberikan rangkaian perkhidmatan pembangunan produk ubat sepenuhnya kepada pelanggan di seluruh dunia.

Kami menawarkan spektrum perkhidmatan yang lengkap dalam program pembangunan ubat untuk rakan kongsi global kami yang merangkumi pembangunan formulasi, pembangunan analisis, kajian kestabilan, pemindahan teknologi, hak harta intelek dan sokongan kawal selia.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Maklumat Hubungan

Untuk Maklumat Lanjut
Amit Jain, Myo Brand Partners, +91-9886062866
 
Sumber:   STEERLife

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.