|
|
|
|
|
|
SURUHANJAYA FILEM KERAJAAN ARAB SAUDI MENGAKHIRI EDISI KEDUA PERSIDANGAN KRITIKAN FILEM
Friday 15/11/2024
Suruhanjaya Filem Kerajaan Arab Saudi Mengakhiri Edisi Kedua Persidangan Kritikan Filem (Foto: AETOSWire)
RIYADH, Arab Saudi Arab, 15 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Edisi kedua Persidangan Kritikan Filem Antarabangsa, anjuran Suruhanjaya Filem Kerajaan Arab Saudi, berakhir pada hari ini selepas berlangsung dari 6 hingga 10 November, di Riyadh. Persidangan itu menyaksikan kehadiran ramai peminat budaya, ahli profesional industri, pembikin filem dan penonton pawagam.
Di bawah tajuk “Bunyi dalam Pawagam (Sound in Cinema),” persidangan itu meneroka pelbagai aspek pawagam, dengan memberikan tumpuan kepada impak bunyi dalam pengalaman filem dan pengaruhnya terhadap industri filem. Topik yang dibincangkan termasuk runut bunyi asal, kesan bunyi dan bunyi alam semula jadi. Lebih daripada 40 penceramah dari 24 negara, termasuk pengkritik, pembikin filem dan pakar industri, menyatakan minat mereka yang besar terhadap acara itu, memandangkan peranan bunyi yang penting dalam pawagam dan kepentingannya dalam memajukan sektor dan memperkayakan pengalaman filem kontemporari.
Persidangan tersebut menampilkan enam bengkel yang diketuai oleh pakar industri, serta empat bengkel khusus untuk kanak-kanak yang menyasarkan untuk meningkatkan pemikiran kritis dan kemahiran menonton filem mereka. Selain itu, program ini merangkumi 13 perbincangan panel dan 8 tayangan filem tersendiri dari seluruh dunia, diikuti dengan perbincangan kritikal.
Persidangan ini ialah sebahagian daripada strategi Suruhanjaya Filem Kerajaan Arab Saudi untuk meningkatkan industri filem, memandangkan kedudukannya sebagai manifestasi budaya dan pemangkin untuk keterlibatan budaya. Persidangan itu juga mengetengahkan komitmen Suruhanjaya untuk meningkatkan peranan pawagam sebagai alat untuk pembangunan budaya, sosial dan ekonomi. Suruhanjaya berhasrat untuk mencapai objektif yang ditetapkan dengan membantu ahli profesional berbakat dan meningkatkan pengalaman sinematik negara. Selain itu, kritikan Filem memainkan peranan penting dalam usaha Suruhanjaya, kerana ini ialah kunci untuk membentuk budaya sinematik bagi penonton dan mengukuhkan keupayaan profesional pembikin filem.
Persidangan Kritikan Filem ini merupakan kemuncak siri forum kritikan filem bagi tahun ini, yang merangkumi dua acara terdahulu di Hail pada 27 September dan di Al-Ahsa pada 25 Oktober. Persidangan Kritikan Filem Antarabangsa di Riyadh menjadi acara terakhir untuk siri tahun ini, berjaya menarik hadirin dari seluruh Kerajaan Arab Saudi dan seluruh dunia.
Sumber: AETOSWire
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada: https://www.businesswire.com/news/home/54151289/en
Individu untuk Dihubungi
Nasry Abou Zaki nasry@jcn.marketing Sumber: Persidangan Kritikan Filem Antarabangsa
--BERNAMA
|
|
|
|
|
|