ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

November 27, 2024 -Rabu

 
  FORUM KERJASAMA EKONOMI GBA ASEAN-CHINA (QIANHAI) 2024 BERMULA

Friday 15/11/2024



SHENZHEN, China, 15 Nov., 2024 /Xinhua-AsiaNet/--

Pada 13 November, majlis perasmian bagi Forum Kerjasama Ekonomi  Kawasan Teluk Besar ASEAN-China (Qianhai) 2024 telah diadakan di Qianhai, bandar raya Shenzhen, China. Di bawah tema "Kepimpinan Teknologi, Sinergi Industri," forum itu menampilkan 5 forum kecil, pameran pertukaran perusahaan dan acara mencari padanan kerjasama industri. Lebih 1,000 wakil daripada jabatan kerajaan, persatuan perniagaan, badan pemikir, dan perusahaan dari China dan negara ASEAN telah menghadiri majlis perasmian itu dan aktiviti berkaitan.
 
Memandangkan kedudukan geografi mereka yang berdekatan dan pertalian kebudayaan mereka, Kawasan Teluk Besar (GBA) Guangdong-Hong Kong-Macau dan ASEAN telah lama terlibat di dalam kerjasama yang menguntungkan semua pihak sebagai rakan perdagangan terbesar di antara satu sama lain. Dalam ucaptama beliau, Encik Zheng Yongnian, Presiden bagi Institut Hal Ehwal Antarabangsa, Qianhai dan Profesor di Universiti China Hong Kong, Shenzhen, menekankan bahawa GBA dan negara-negara ASEAN harus bekerjasama untuk menangani cabaran global dan mencapai pembangunan lestari.
 
Statistik yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Zon Kerjasama Industri Perkhidmatan Moden Qianhai Shenzhen-Hong Kong pada forum itu menunjukkan bahawa, pada majlis menandatangani projek ekonomi dan perdagangan 2024 di antara GBA dan ASEAN, wakil daripada perusahaan dan persatuan perniagaan di dua wilayah telah menandatangani 15 projek dengan jumlah nilai kontrak sebanyak 29.99 bilion yuan. Sehingga kini, forum itu telah memudahkan perdagangan melebihi 30 bilion yuan dan memacukan jumlah pelaburan hampir 5 bilion yuan.
 
Program Sokongan Pengajian Luar Negara GBA ASEAN-China 2024 juga turut dilancarkan secara rasmi pada forum tersebut. Program itu bertujuan untuk menyokong penubuhan Yayasan Pendidikan Antarabangsa Qianhai yang dimulakan oleh Institut Hal Ehwal Antarabangsa, Qianhai. Ia juga berusaha untuk mengukuhkan lagi peranan Qianhai di dalam menggalakkan pertukaran antarabangsa, menarik lebih ramai bakat luar negara yang cemerlang untuk belajar di Shenzhen, menyuntik tenaga baharu ke dalam pertukaran pendidikan dan kerjasama di antara kedua-dua pihak, dan memupuk lebih ramai bakat dengan satu perspektif antarabangsa dan kemahiran komunikasi silang budaya.
 
Semasa forum itu, hasil utama bagi Forum Kerjasama Ekonomi GBA ASEAN-China (Qianhai)  2023 dan Laporan 2023 mengenai Kerjasama Ekonomi dan Perdagangan GBA  ASEAN-China juga dikeluarkan. Menurut hadirin, forum itu bukan sahaja menawarkan kepada mereka satu gambaran mendalam tentang status semasa dan prospek masa depan bagi kerjasama di antara China dan negara-negara ASEAN tetapi juga menyediakan peluang untuk memperluaskan kerjasama antarabangsa dan mencari rakan kongsi yang berpotensi.
 
Dengan memanfaatkan Qianhai sebagai satu fulkrum dan Forum Kerjasama Ekonomi GBA ASEAN-China (Qianhai) sebagai satu platform, GBA akan mengembangkan pertukaran dan kerjasama dengan ASEAN di dalam pelbagai bidang seperti ekonomi digital, kewangan rentas sempadan dan perdagangan antarabangsa. Dalam era digital, forum itu akan berfungsi sebagai sebuah platform yang lebih luas bagi pengamal global untuk melibatkan diri dalam pertukaran dan kerjasama, sekali gus meningkatkan peningkatan industri, inovasi dan pembangunan e-dagang rentas sempadan di GBA dan negara-negara ASEAN.
 
Sumber: Pihak Berkuasa Zon Kerjasama Industri Perkhidmatan Moden Qianhai Shenzhen-Hong Kong

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.