|
|
|
|
|
|
PAKAR-PAKAR MENGETENGAHKAN USAHA ANTARABANGSA UNTUK MEMBINA GUANGDONG-HONG KONG-MACAU SEBAGAI KUASA BESAR INOVASI
Wednesday 20/11/2024
AsiaNet 0200552
GUANGZHOU, China, 20 Nov., 2024 /Xinhua-AsiaNet/ --
Forum Sains Kawasan Teluk Besar 2024 telah berlangsung dari 16 hingga 18 November, yang menandakan buat pertama kalinya acara itu dihoskan bersama oleh Kerajaan Wilayah Guangdong, kerajaan Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong (HKSAR) dan kerajaan Wilayah Pentadbiran Khas Macau (MSAR). Pembinaan kolaboratif bagi sebuah kuasa besar penyelidikan di Kawasan Teluk Besar (GBA) muncul sebagai satu topik utama di kalangan pegawai kerajaan, organisasi antarabangsa, ahli sains dan wakil perniagaan semasa forum itu.
Wang Weizhong, Gabenor bagi Wilayah Guangdong, menekankan kemajuan yang dicapai dalam tempoh lima tahun yang lalu, termasuk kerjasama yang lebih mendalam di dalam mekanisme institusi, peruntukan sumber dan projek-projek utama. Usaha ini telah memajukan GBA sebagai sebuah hab global untuk inovasi teknologi dan pembangunan bakat. Kluster sains dan teknologi "Shenzhen-Hong Kong-Guangzhou" telah menduduki tempat kedua di peringkat global dalam indeks inovasi selama lima tahun berturut-turut.
John Lee, ketua eksekutif HKSAR, menekankan peranan Hong Kong sebagai sebuah bandar raya teras di dalam GBA. Beliau menyatakan komitmen untuk melengkapkan kekuatan bandar raya lain di rantau itu dan menyumbang kepada transformasinya menjadi sebuah pusat sains dan inovasi antarabangsa. Ketua Eksekutif Macau Ho Iat Seng menekankan dedikasi Macau untuk memajukan inovasi dan pendidikan saintifik, khususnya penyertaan aktif mereka di dalam koridor inovasi "Guangzhou-Shenzhen-Hong Kong-Macau". Beliau menyeru agar kerjasama yang lebih erat dapat dilakukan di antara Macau dan komuniti saintifik global bagi menarik bakat terbaik, memupuk industri baru muncul, dan meningkatkan daya saing rantau itu. Presiden bagi Akademi Sains China (CAS) Hou Jianguo menyifatkan GBA sebagai sebuah daripada wilayah China yang paling terbuka dan cergas dari segi ekonomi, dengan gabungan yang unik bagi keterangkuman kebudayaan dan sinergi yang berinovatif. Beliau menggesa kerjasama yang lebih kukuh di dalam GBA untuk memacukan inovasi asli, mengatasi cabaran teknologi kritikal, dan mengintegrasikan sains, pendidikan dan industri sambil meningkatkan kerjasama antarabangsa. Xue Qikun, ahli akademik bagi CAS dan presiden bagi Universiti Selatan bagi Sains dan Teknologi, menyatakan bahawa tumpuan forum itu untuk memupuk sains terbuka dan kolaboratif sejak penubuhannya pada 2021. Dengan menghimpunkan pakar-pakar global, forum itu telah menjadi sebuah hab untuk membincangkan isu-isu saintifik yang canggih, teknologi yang disruptif, dan industri baru muncul. Bai Chunli, Pengerusi bagi forum itu dan seorang ahli akademik bagi CAS, menekankan keperluan bagi komuniti saintifik global untuk meningkatkan kepercayaan, menerima kerjasama antarabangsa, dan menangani cabaran seperti perubahan iklim dan etika teknologi. Beliau juga menyokong pendekatan berinovatif kepada tadbir urus dan kerjasama di dalam landskap sains dan teknologi global. Pemenang Nobel Barry J. Marshall berkongsi perhubungan beliau selama satu dekad dengan Shenzhen dan aktiviti kerjasama beliau di GBA. "Kami berharap untuk memperdalamkan perkongsian kami pada masa hadapan," kata Marshall. Forum itu menampilkan ucaptama berhubung topik seperti produktiviti baru muncul, sains terbuka, keneutralan karbon, kecerdasan buatan dan sains hayat, dengan menawarkan pandangan jauh yang baharu bagi inovasi teknologi di GBA dan seterusnya. Sumber: Jawatankuasa Penganjur bagi Forum Sains Kawasan Teluk Besar 2024
--BERNAMA |
|
|
|
|
|