Penyelesaian direka untuk memberikan pengalaman pengguna yang mudah dan lancarLONDON, 22 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) --
Shufti, penyedia penentusahan identiti global dan memenangi anugerah, mengumumkan pelancaran penyelesaian pengesahan dan identiti mudah alih Fast ID yang inovatif. Penyelesaian ini memperkasakan pengguna yang telah mendaftar pada tapak pelanggan melalui Pengesahan Identiti patuh KYC Shufti untuk menyimpan butiran kelayakan mereka dengan mudah melaui Fast ID. Ini membolehkan pengesahan biometrik wajah dilakukan dengan lancar dalam sesi akan datang.
Pelancaran Shufti ini memberikan pengalaman pengguna yang lancar dan selamat bagi semua penentusahan identiti semasa pendaftaran, pengesahan sesi dan pengesahan langkah tambahan. Fast ID juga memanjangkan penentusahan patuh KYC dan AML ke dalam pengesahan, dan pada masa yang sama menangani cabaran kebolehcapaian dalam talian di mana kata laluan dan OTP dilarang.
Selain itu, penentusahan identiti mudah alih Fast ID membolehkan organisasi menggunakan semula dokumen pengguna yang sudah disahkan sebelumnya dan disimpan secara sukarela oleh pengguna dalam ekosistem Shufti. Sekarang ekosistem rakan kongsi dan e-dompet boleh menentusahkan identiti pengguna pada tapak rakan kongsi – dan membuat pengesahan pada semua tapak rakan kongsi yang turut serta. Pendekatan yang diperkemaskan ini, yang hanya memerlukan imbasan wajah baharu untuk mencari dan mengesahkan dokumen, mengurangkan kerumitan dan kadar pengabaian.
Pengalaman yang lancar ini meningkatkan jumlah transaksi dan menambah baik pengalaman pengguna secara keseluruhan.
Patrick Cox, CEO Shufti, berkata Fast ID di reka dengan mengambil kira pengalaman pengguna.
“Keselamatan maksimum biasanya menimbulkan ketidakselesaan maksimum, tetapi tidak dengan Fast ID,” kata Cox. “Setelah wajah anda disahkan kepada ID terbitan kerajaan menggunakan kamera peranti anda, interaksi biometrik akan datang adalah selamat, membolehkan anda membuat pengesahan dengan cepat dan mendapat perkhidmatan dan kepercayaan yang selayaknya untuk anda.”
Fast ID ialah inovasi terkini untuk Shufti. Shufti memberikan pelbagai perkhidmatan kepada lebih 1,000 perniagaan di seluruh dunia. Penyelesaian terbaik dalam industri milik organisasi ini termasuk perkhidmatan Know Your Customer (KYC), Know Your Intermediary (KYI), Know Your Business (KYB). Anti-Money Laundering (AML) dan banyak lagi.
Syarikat ini telah menggunakan automasi berfokus AI untuk mencipta kelajuan, keselamatan dan pengalaman pengguna yang tiada tandingan untuk perniagaan yang ingin meningkatkan perkhidmatan penentusahan identiti mereka. Shufti kini dipercayai oleh lebih 1,000 klien di seluruh dunia dan mendapat penarafan bintang 4.7 / 5.0 pada TrusPilot – dengan lebih daripada 2,700 ulasan.
Maklumat Tentang ShuftiDengan lebih 50 Juta pengguna dan 1000+ klien di seluruh dunia, Shufti ialah peneraju yang diiktiraf dalam memberikan penyelesaian penentusahan identiti, pengesahan dan pengubahan wang haram. Shufti mencipta nilai dengan memperkasakan kepercayaan identiti pada masa kritikal. Berada di barisan hadapan identiti sejak 2017, kami berkembang dalam persekitaran ancaman global yang paling rumit dan mencabar di mana penjenayah meningkatkan kemahiran mereka. Shufti telah bekerja keras dalam mengatasi cabaran dan menangani penjenayah. Ia telah membentuk jati diri diri kami: pasukan global terbukti yang sentiasa siap sedia untuk memberi perkhidmatan kepada klien kami dengan perkhidmatan identiti yang paling FLEKSIBEL, LENGKAP dan TEPAT antara yang ada. Kami meminimumkan ancaran dan memaksimumkan pengalaman pengguna, memastikan penjenayah dan pelanggan menerima layanan yang selayaknya—membantu klien terus patuh dalam usaha untuk mempercepatkan pertumbuhan mereka dengan mendapatkan pelanggan yang baik, mencipta kepercayaan transaksi yang diperlukan untuk menyampaikan produk dan melangkaui sasaran pertumbuhan — membolehkan pelanggan kami mencapai KEBEBASAN UNTUK BERKEMBANG MAJU.
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
Butiran HubunganChap Public Relations untuk Shufti
Keith Chapman
keith@chappublicrelations.com Sumber: Shufti
--BERNAMA