ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Disember 26, 2024 -Khamis

 
  UDA ANTARA SYARIKAT UTAMA PILIHAN GRADUAN

Thursday 05/12/2024



Table

ENCIK Hasnizi Pauzi, Naib Presiden Kanan UDA Holdings Berhad (empat dari kiri) serta beberapa warga kerja Kumpulan UDA menerima trofi dan sijil pencapaian pada majlis Anugerah Pilihan Graduan (GCA), edisi ketujuh anjuran Talentbank.


KUALA LUMPUR, 5 Dis (Bernama) -- UDA Holdings Berhad (UDA) peneraju pembangunan hartanah dan pengurusan aset merangkumi pelaburan dan pengurusan harta, hospitaliti serta pengurusan fasiliti yang juga agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), diiktiraf antara syarikat utama pilihan graduan untuk memulakan kerjaya masing-masing, baru-baru ini. 

UDA menerima Anugerah Majikan Pilihan Graduan untuk Bekerja 2025 (Graduates Choice of Employers to Work For) daripada Anugerah Pilihan Graduan (GCA), bagi kategori Pengurusan Fasiliti dalam edisi ketujuh, anjuran Talentbank.

Undian yang dijalankan kepada lebih 500,000 pelajar universiti dari seluruh Malaysia menyaksikan UDA berjaya tersenarai pada kedudukan ketiga teratas bagi kategori tersebut. 

Encik Zahrin Zakaria, Pemangku Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif UDA berkata, "Pencapaian kali kedua ini menjadi bukti UDA antara syarikat pilihan graduan khususnya dalam pengurusan fasiliti. UDA sentiasa mengutamakan kebajikan dan kesejahteraan semua pekerja di semua rangkaian perniagaan seluruh Malaysia”.

“Antaranya mempraktikkan waktu bekerja yang fleksibel selain menyediakan faedah yang progresif untuk kebaikan pekerja kami. Ini penting dalam memastikan kecekapan dan keberkesanan pekerja dan pada masa sama menawarkan keseimbangan hidup dan kerja (work life balance)," katanya. 

Menurut beliau, kejayaan ini juga selari dengan komitmen dan hasrat UDA untuk terus kekal lestari dan berdaya saing terutamanya dalam pembangunan hartanah serta pemerkasaan sosioekonomi Bumiputera. 

“Pengiktirafan ini meningkatkan keyakinan pemegang taruh serta rakan strategik dan pelanggan kerana kami menjadi pillihan bakat-bakat baharu selain menunjukkan kestabilan dan kesinambungan UDA dalam industri, yang disokong oleh tenaga kerja berprestasi tinggi,” katanya.

Layari www.uda.com.my atau Instagram (@uda_official) dan laman Facebook (UDA Holdings Berhad) untuk maklumat lanjut.

UDA HOLDINGS BERHAD

Ditubuhkan pada 1971, UDA Holdings Berhad (UDA) yang dahulu dikenali sebagai Perbadanan Pembangunan Bandar atau Urban Development Authority, kini merupakan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di bawah seliaan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP).

Setelah lebih lima dekad, UDA terus memacu pemerkasaan pemilikan hartanah khususnya dalam kalangan Bumiputera serta komited mencorakkan, membentuk serta memodenkan bandar-bandar utama di Malaysia

UDA turut memainkan peranan penting mendukung pemerkasaan sosioekonomi Bumiputera dalam melahirkan usahawan yang mampan, berpotensi maju, berdaya tahan serta mampu bersaing di pasaran domestik dan antarabangsa.

Sebagai antara organisasi yang berdaya saing dan mampan di Malaysia, UDA memfokuskan kepada empat perniagaan teras iaitu hartanah (UDA Property), pelaburan dan pengurusan harta (PIM), hospitaliti (UDA Hospitality) dan pengurusan fasiliti (UDA Facility Management).

UDA juga konsisten bekerja keras bagi memenuhi misi memberikan produk dengan nilai terbaik seterusnya kekal mampan dengan menerapkan ciri-ciri ‘Life’ iaitu Legacy (Legasi), Integrated (Integrasi), Finesse (Ketelitian) dan Enrich (Memperkasa) sebagai tunggak utama bagi semua rangkaian perniagaan UDA di seluruh Malaysia.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.uda.com.my

 
SUMBER: UDA Holdings Berhad

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Nor Hanisah Kamaruzaman (Nisa)
Tel: +60 13-597 4264
E-mel: n.hanisah@udanet.com

-- BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.