ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Disember 26, 2024 -Khamis

 
  DRAMA BERBENTUK SEJARAH SECARA LANGSUNG YANG DINAIK TARAF MENJADIKAN TARIKAN PANAS DI PELANCONGAN MUSIM SEJUK DI UTARA CHINA

Friday 06/12/2024



Table

Lagu Api ais "The Song of Everlasting Sorrow"


XI'AN, China, 6 Dis., 2024 /Xinhua-AsiaNet/--

Ais dan salji melilit dengan api, manakala cahaya dan bayangan bergabung dengan muzik di atas sebuah pentas di kaki Gunung Lishan di barat laut Bandar Raya Xi'an, China. Pada 1 Dis, sebuah drama sejarah secara langsung berskala besar yang dipanggil "The Song of Everlasting Sorrow" yang dihasilkan oleh tempat indah Istana Huaqing, memulakan persembahan dengan berlatarkan pergunungan dan perairan di tapak bersejarah itu.
 
Dilancarkan pada tahun 2021, lagu api ais "The Song of Everlasting Sorrow" itu ialah versi produksi tradisional yang dipertingkatkan. Dengan menginovasikan reka bentuk pentas, koreografi, pementasan yang berteknologi tinggi, satu tafsiran baharu telah dicapai pada latar seni pentas. 
 
Persembahan itu telah mengubah kelemahan bermusim bagi pelancongan musim sejuk di Xi'an untuk menjadi satu tarikan pengalaman yang tersendiri, dengan mencapai satu kejayaan di dalam persembahan langsung di luar semasa musim sejuk di utara China.
 
Berdasarkan kepada puisi naratif itu oleh penyair Dinasti Tang, Bai Juyi, drama tarian itu berkisar tentang kisah cinta Maharaja Tang Xuanzong (618-907) dan permaisuri baginda Yang Guifei, yang menciptakan semula bab-bab puisi yang mengharukan.
 
Dinasti Tang itu, sebagai satu era yang makmur dalam sejarah China, telah memberikan satu pengaruh kebudayaan yang mendalam merentasi Asia dan Eropah melalui Jalan Sutera. Pada hari ini, drama tarian berdurasi 70 minit itu dengan bijak menggabungkan naratif sejarah, persembahan pentas dan kesan audio-visual, untuk menarik perhatian penonton dengan suasana indah Dinasti Tang.
 
Sejak kemunculannya pada tahun 2006, drama tarian itu telah dipersembahkan lebih 5,300 kali dan menarik kira-kira 10 juta pengunjung.
 
Menjalankan bentuk penerokaan dan inovasi yang mendalam, drama tarian itu sentiasa menyegarkan dirinya untuk terus kekal relevan.
 
Tahun ini, tempat itu telah merekrut satu kumpulan pelakon dari Asia Tengah, untuk menjadikan persembahan itu selaras dengan keterbukaan, keterangkuman dan kepelbagaian budaya masyarakat Dinasti Tang serta meningkatkan ekspresi artistik persembahan dan pengaruh antarabangsa. 

Tempat indah Istana Huaqing itu, sebuah destinasi pelancongan ikonik yang mempamerkan budaya Tang, sejak beberapa tahun kebelakangan ini telah mengintegrasikan budaya dan pelancongan, dan membangunkan banyak produksi yang cemerlang, menjadikan kawasan itu sebagai satu projek pelancongan yang terkenal di Wilayah Shaanxi.
 
"Kami akan terus memanfaatkan daya tarikan seni budaya Tang yang mendalam dan memperdalamkan integrasi budaya-pelancongan, dan menggunakan seni persembahan untuk memudahkan komunikasi budaya di peringkat global," kata Gao Jie, pengerusi bagi Shaanxi Huaqing Palace Cultural Tourism Co., Ltd.
 
Sumber: Tempat indah Istana Huaqing

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.