Pemimpin wawasan pengguna menegaskan semula komitmen kepada ketepatan dan ketelusan data
NEW YORK, 19 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- MRI-Simmons, penyedia utama wawasan tentang pengguna Amerika, hari ini mengumumkan bahawa ia telah menyertai Truthset Data Collective, sekumpulan penyedia data yang bersatu untuk membantu industri pemasaran melakukan transaksi data dengan tahap ketepatan dan kualiti yang paling tinggi boleh dicapai. Dengan menyertai Data Collection, pemimpin wawasan menegaskan semula komitmennya kepada ketelusan dan ketepatan, dua kualiti yang telah dikaitkan dengannya selama lebih 70 tahun.
Dilancarkan pada bulan Disember 2022, Truthset Data Collective dibentuk untuk memberikan perkhidmatan berbilang sumber dan tepat daripada segi objektif kepada industri untuk menyeragamkan ketepatan demografi bagi sasaran khalayak dan ukuran media. Kolektif memanfaatkan pengesahan bebas daripada Truthset pada skala untuk menyelesaikan masalah ketepatan data bernilai beberapa bilion dolar, dan pada masa yang sama memastikan pembezaan dan kebolehlaksanaan untuk penyedia data yang mengambil bahagian.
Untuk MRI-Simmons, hubungan Truthset memberikan pengesahan tambahan bahawa set datanya berkualiti paling tinggi yang boleh dicapai, yang boleh dipercayai oleh seluruh industri. Dengan empat produk MRI-Simmons yang sudah diakreditasikan oleh Majlis Penarafan Media, termasuk kajian pengguna terasnya ‘USA’, keahlihan Data Collective menambah satu lagi lapisan ketelusan kepada proses yang sememangnya sukar yang termasuk audit tahunan menyeluruh yang dilakukan oleh firma CPA bebas.
“
MRI-Simmons telah menunjukkan dedikasi kepada ketelusan dan kualiti data yang tiada tandingan dalam industri,” kata
Lana Busignani, Ketua Media Global untuk NIQ, pemilik majoriti MRI-Simmons. “
Dengan menyertai Truthset Data Collective, kami menegaskan semula bahawa komitmen dan isyarat kepada industri bahawa data berkualiti tinggi kami boleh dipercayai untuk memacu hasil pengaktifan digital dan boleh ditangani secara lebih efektif.”“
MRI-Simmons mempunyai sejarah panjang dan kaya dalam memberikan data dan wawasan pasaran yang dipercayai kepada industri,” kata Scott McKinley, CEO Truthset. “
Kami gembira untuk mengalu-alukan mereka ke Data Collective dan bekerja bersama untuk memajukan standard industri pemasaran untuk ketepatan data.”
Penyertaan dalam Data Collective Truthset berlaku berikutan MRI-Simmons mengembangkan penyelesaian pengayaan datanya, yang membantu pemasar meningkatkan kualiti dan utiliti data pihak pertama. Dengan pemasar yang ditugaskan untuk memacu kecekapan media dan pulangan atas pelaburan pengiklanan, ketepatan dan kebolehpercayaan set data pihak ketiga yang digunakan untuk pengayaan kini amat penting. Penyertaan dalam Data Collective memberikan lebih keyakinan kepada pemasar bahawa MRI-Simmons dan set data penggunanya layak untuk memacu hasil pemasaran yang mereka usahakan.
Maklumat Tentang MRI-SimmonsMRI-Simmons ialah penyedia wawasan terkemuka tentang pengguna Amerika. Dengan berlandaskan ketelusan dan ketelitian metodologi, MRI-Simmons menjadikan data pengguna lebih pintar dan memperkasakan tindakan daripada wawasan. Pemimpin dalam wawasan pengguna selama lebih 60 tahun, MRI-Simmons mempunyai salah satu daripada beberapa set data sumber tunggal dan patuh privasi yang digunakan secara meluas untuk pemprofilan pengguna, perancangan media, pengayaan data dan pengaktifan. Dikuasakan oleh persampelan kebarangkalian berasaskan alamat, MRI-Simmons mengukur individu sebenar, yang dipilih secara rawak untuk mewakili populasi AS dalam semua variasinya. Hasilnya ialah set data yang pelbagai daripada segi perwakilan nasional dan budaya yang memberi gambaran yang paling menyeluruh dan tepat tentang pengguna Amerika.
Catalyst, wawasan pengguna dan enjin pengaktifan syarikat, memaklumkan strategi pemasaran dan memperkemaskan penggunaan data untuk memacu hasil perniagaan. Dengan memanfaatkan set sebenar yang mewakili pengguna nasional, Catalyst memberikan pemasar siri modul, daripada pemprofilan pengguna melalui pengaktifan digital dan boleh ditangani, direka untuk mendayakan pengalaman layan diri dengan ketelusan sepenuhnya.
Dilancarkan sebagai usahasama pada 2019, MRI-Simmons dimiliki bersama oleh GfK dan SymphonyAI Group, dengan GfK sebagai rakan majoriti. Pada tahun 2023, GfK bergabung dengan NIQ, menyatukan dua pemimpin industri dengan jangkauan global yang tiada tandingan. Untuk mengetahui lebih lanjut, lawati
mrisimmons.com.
Maklumat Tentang TruthsetTruthset ialah syarikat pengintipan data yang tertumpu secara eksklusif pada pengesahan ketepatan data pengguna. Syarikat ini membantu jenama membina kepercayaan dalam data, dan meningkatkan prestasi mana-mana keputusan berasaskan data. Truthset menyusun kebarangkalian kebenaran untuk mana-mana rekod individu yang boleh digunakan untuk mengesahkan ketepatan datan dan menguasakan interaksi pengguna yang lebih tepat. Truthset ditubuhkan pada tahun 2019 oleh veteran industri daripada Nielsen, Salesforce, LiveRamp, dan Procter & Gamble, pada masa ini beribu pejabat di San Francisco.
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
Butiran HubunganMedia:
MRI-SimmonsMatt Cumello, NP Pemasaran
press.ms@mrisimmons.com TruthsetMike Gasbara, Fabric Media
mike@fabricmedia.netSumber: MRI-Simmons
--BERNAMA