|
|
|
|
|
|
DATUK BANDAR DARI CHINA, ASEAN MEMBINCANGKAN KETERBUKAAN BANDAR, KERJASAMA
Friday 17/01/2025
NANNING, China, 17 Jan, 2025 /Xinhua-AsiaNet/-
Datuk Bandar, wakil dan pakar dari China dan negara-negara ASEAN telah berkumpul di Nanning, ibu kota bagi Wilayah Autonomi Guangxi Zhuang di China selatan, untuk membincangkan mengenai keterbukaan dan kerjasama bandar pada satu dialog yang dirasmikan pada Khamis. Dianjurkan oleh Pejabat Penerangan bagi Kerajaan Rakyat bagi Wilayah Autonomi Guangxi Zhuang, dengan bertemakan "Membina sebuah Komuniti Persahabatan China-ASEAN: Keterbukaan Bandar dan Kerjasama," acara "Dialog Datuk Bandar Global -- Nanning" itu telah menarik penyertaan dari negara ASEAN seperti Kemboja, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Thailand dan Vietnam. Semasa acara itu, peserta telah mengadakan perbincangan dan pertukaran pendapat berhubung topik termasuk keterbukaan bandar dan kerjasama ekonomi, interaksi kebudayaan dan integrasi, dan pengalaman di dalam tadbir urus bandar. "Kerjasama ekonomi dan perdagangan di antara China dan ASEAN telah berkembang semakin rapat, dengan jumlah perdagangan dua hala meningkat daripada lebih 600 bilion dolar AS pada 2019 kepada hampir 1 trilion dolar pada 2024," kata Nong Shengwen, ketua Parti bagi Nanning. "Kedua-dua pihak telah mencapai penyepaduan integrasi yang mendalam di dalam rantaian perindustrian, bekalan dan nilai mereka," kata Nong. "Kami memahami bahawa persahabatan adalah aspek keamanan dan keselamatan yang paling berharga di dalam sebuah komuniti yang akan bekerjasama untuk mencapai kestabilan, kemakmuran dan pembangunan lestari dengan menggalakkan keterbukaan dan kerjasama di antara bandar raya," kata Atsaphangthong Siphandone, gabenor bagi Vientiane, ibu kota Laos, pada majlis itu. Sumber: Pejabat Penerangan bagi Kerajaan Rakyat bagi Wilayah Autonomi Guangxi Zhuang
--BERNAMA
|
|
|
|
|
|