Disember 27, 2025 -Sabtu

 
 
 

Selasa 14/03/2017

Seminar Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Industri Perkayuan & Perladangan Hutan

Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) dan International Institute of Plantation Management (IIPM) akan menganjurkan Seminar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Industri Perkayuan & Perladangan Hutan seperti perincian berikut:

i) SEMINAR KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN INDUSTRI PERKAYUAN & PERLADANGAN HUTAN

ii) MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MoU) DI ANTARA LEMBAGA PERINDUSTRIAN KAYU MALAYSIA (MTIB) DAN INTERNATIONAL INSTITUTE OF PLANTATION MANAGEMENT (IIPM)

Hari/Tarikh : Khamis 16 Mac 2017

Masa : 8.30 pagi – 5.00 petang

Tempat : Hotel Bangi-Putrajaya, Bangi, Selangor

Ucaptama & Perasmian : Y. Bhg. Dato. Dr. Jalaluddin Harun,
Ketua Pengarah
Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB)
‘Industri Perkayuan & Perladangan Hutan; Halatuju dan Masa Depan’


Sila klik di sini untuk Program

Sila klik di sini untuk Brosur

Tujuan seminar ini diadakan adalah untuk memberi kefahaman mengenai isu-isu keselamatan dan kesihatan pekerjaan kepada majikan, pekerja dan orang awam khususnya yang terlibat dengan industri perkayuan dan perladangan hutan disamping membantu pihak kerajaan mempromosikan pelan induk Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHMP 2020). Di antara topik yang akan dibincangkan:

i) Industri Perkayuan & Perladangan Hutan; Halatuju dan Masa Depan

ii) Halatuju Ke Arah Membudayakan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 2016-2020 (OSHMP 2020); Cabaran dan Tanggungjawab Majikan dan Pekerja

iii) Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Industri Perkayuan & Perladangan Hutan

iv) Pencegahan Kemalangan, Cabaran dan Penyelesaian dari Perpesktif PERKESO

v) Perkongsian Amalan KKP di Industri Perkayuan & Perladangan Hutan; Learn From Best Practice

vi) Pemerkasaan Bakat Bidang KKP Industri Perkayuan & Perladangan Hutan

Bersekali dengan seminar di atas, satu Majlis Menandatangani Memrorandum Persefahaman di antara Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) & International Institute of Plantation Management (IIPM) turut diadakan. Tujuan MoU ini diadakan bertujuan untuk mewujudkan kerjasama di antara kedua-dua belah pihak dalam menyediakan peluang pendidikan dan latihan formal dalam usaha melahirkan golongan profesional bagi memenuhi guna tenaga dalam industri perkayuan dan perladangan hutan.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis perasmian seminar dan majlis menandatangani MoU tersebut.

Sumber : International Institute of Plantation Management (IIPM)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Encik Mohd Najid Abd Rashid
Tel : 03-55225534/ 019-2822850

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.