Disember 22, 2025 -Isnin

 
 
 

Selasa 28/11/2017

JEMPUTAN MENGHADIRI UNWTO 6TH GLOBAL SUMMIT ON URBAN TOURISM (6TH GSUT) 2017, HOTEL MAJESTIC, KUALA LUMPUR, 4 - 6 DISEMBER 2017

Untuk makluman Tuan/puan, Malaysia dengan kerjasama World Tourism Organization (UNWTO) akan menganjurkan persidangan 6th Global Summit on Urban Tourism (GSUT) 2017 dengan tema "Sustainable and Competitive Tourism on the New Urban Agenda". Persidangan ini adalah susulan daripada kejayaan UNWTO dalam menganjurkan persidangan pertama hingga ke lima yang telah diadakan sejak tahun 2012 yang akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Hari/Tarikh : Isnin - Rabu 4 - 6 Disember 2017

Masa : Rujuk Nota 6th General Information

Tempat : The Majestic Hotel Kuala Lumpur, 5 Jalan Sultan Hishamuddin, 50000 Kuala Lumpur, Malaysia


GSUT 2017 Ke-6 bertemakan "Sustainable and Competitive Tourism on the New Urban Agenda" bakal menghimpunkan peneraju-peneraju utama sektor pelancongan, penggubal-penggubal polisi dan pakar-pakar daripada sektor awam dan swasta dari seluruh dunia untuk berkongsi pengalaman, mencambah idea-idea dan mengemukakan hala tuju dan visi untuk kemajuan pembangunan pelancongan masa hadapan. Persidangan pada kali ini dijangka akan disertai oleh 800 orang peserta. Bersama-sama ini dikemukakan Preliminary Programme dan General Information Note 6TH GSUT 2017 untuk perhatian dan rujukan Tuan.

Klik di sini untuk Preliminary Program

Klik di sini untuk 6th GSUT General Information Note

Sehubungan itu, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (MOTAC) amat berbesar hati menjemput tuan/puan untuk menghadiri persidangan ini. Pendaftaran boleh dibuat melalui portal rasmi 6TH GSUT 2017 di http://destination.unwto.org/event/6th-global-summit-urban-tourism. Tarikh tutup pendaftaran telah DI LANJUTKAN pada 29 November 2017 (RABU) dan tiada yuran pendaftaran dikenakan. Walau bagaimanapun, perbelanjaan penginapan adalah dibawah tanggungan syarikat/agensi masing-masing.

Sekiranya pihak Tuan/puan memerlukan maklumat tambahan, sila layari portal rasmi 6TH GSUT 2017 di http://destination.unwto.org/event/6th-global-summit-urban-tourism atau berhubung terus dengan Sekretariat 6TH GSUT 2017.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan persidangan tersebut.

SUMBER : Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI SEKRETARIAT 6TH GSUT 2017:
Nama : Pn. Firna Azura Ekaputri Hj. Marzuki
Bahagian Dasar Pelancongan dan Hubungan Antarabangsa
Tel : +603 8891 7404 / +6 017 867 9300
Faks : +603 8891 7365
Emel : 6gsut@motac.gov.my

Nama : En. Muhamad Mazlan Kamaruddin
Bahagian Dasar Pelancongan dan Hubungan Antarabangsa
Tel : +603 8891 7410
Faks : +603 8891 7365
Emel : 6gsut@motac.gov.my

-BERNAMA









 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.