ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 29, 2024 -Jumaat

 
 
 

Sabtu 21/04/2018

JEMPUTAN MENGHADIRI/ MEMBUAT LIPUTAN MEDIA SEMINAR PELANCONGAN KEBANGSAAN IMT-GT: MEMANFAATKAN POTENSI PELANCONGAN SEBAGAI SUMBER PERTUMBUHAN BARU DI BAWAH KERANGKA KERJA PELANCONGAN IMT-GT, SELANGOR, 23 - 25 APRIL 2018

Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (KPK) akan menganjurkan Seminar Pelancongan Kebangsaan IMT-GT: Memanfaatkan Potensi Pelancongan Sebagai Sumber Pertumbuhan Baru Di Bawah Kerangka Kerja Pelancongan IMT-GTpada ketetapan seperti berikut:

Hari/Tarikh : Isnin-Rabu 23-25 April 2018

Masa : 3.00 Petang

Tempat : Hotel Royale Chulan Damansara
2A, Jalan PJU 7/3, Mutiara Damansara,
47810 Petaling Jaya, Selangor


Sila klik di sini untuk : Lampiran dan Program

Tujuan penganjuran seminar ini adalah bagi mengenalpasti produk pelancongan baru dan sedia ada di negeri-negeri (Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka) untuk dibangunkan dan dipasarkan sebagai pakej pelancongan IMT-GT melalui kolaborasi dan perkongsian pintar pihak Kerajaan dan penggiat-penggiat industri di negara-negara anggota IMT-GT iaitu Indonesia, Malaysia dan Thailand. Inisiatif ini adalah selari dengan peranan Malaysia sebagai pengerusi Kumpulan Kerja Pelancongan IMT-GT 2017-2019 dalam usaha membangun dan memasarkan rantau IMT-GT sebagai destinasi pelancongan yang lestari, inklusif dan kompetitif serta menggalakkan pelancongan rentas sempadan di wilayah-wilayah yang terangkum dalam IMT-GT.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi menghadiri dan membuat liputan majlis tersebut.

SUMBER : Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Encik Khairolnizam Saad
Tel : 03-8891 7395
Emel : knizam@motac.gov.my

Nama : Cik Jellialive Ami
Tel : 03-8891 7386
Emel : jellialive@motac.gov.my

-BERNAMA


 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.