Disember 04, 2025 -Khamis

 
 
 

Khamis 22/08/2019

JEMPUTAN MEMBUAT LIPUTAN KE OPENING CEREMONY WORLD TOURISM CONFERENCE (WTC) 2019

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia dengan kerjasama World Tourism Organization (UNWTO) akan menganjurkan World Tourism Conference (WTC) 2019 dari 26 hingga 28 Ogos 2019 di Kuala Lumpur.

Bertemakan "Beyond Tourism, Beyond Expectations", antara konsep utama WTC 2019 adalah menyatukan pemimpin dunia dalam bidang pelancongan dari para pembuat dasar, pakar dan pakar tinggi dari sektor awam dan swasta, kepada ahli akademik dan wakil dari NGO. Program ini akan dirasmikan oleh YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia.

Hari/Tarikh : Isnin 26 Ogos 2019

Masa : 9.00 pagi hingga 11.00 pagi

Tempat : Pusat Media World Tourism Conference 2019 Hotel Shangri-La, Kuala Lumpur

Sila klik di sini untuk PROGRAM

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.

SUMBER : Kementerian Pelancongan, Seni & Budaya Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama : Encik Jayappragas Muthuveeroo
Tel : 03-8891 7402
E-mel : jayappragas@motac.gov.my

Nama : Encik Mohd Fazil bin Wel
Tel : 03-8891 7190
E-mel : fazil@motac.gov.my

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.